Showing posts with label Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bicara. Show all posts

Thursday, February 05, 2015





Betapa akhirnya kemurnian perjuangan mujahidin sunni Iraq dan Syria menentang kezaliman kerajaan boneka Syiah di Iraq dan kezaliman Basyar al Asad di Syria telah berjaya dihodohkan wajahnya dengan teramat buruk bersenjatakan halimunan ciptaan barat bernama IS.

Yang jahatnya kerajaan syiah akhirnya hilang. Yang timbulnya adalah bagaimana brutalnya IS membantai setiap yang menentang mereka. Sembelih, bakar, tembak, pancung, campak dari bangunan dan sebagainya.

Tenggelamlah bagaimana kisah sebenar muslim sunni di Iraq diburu dari rumah ke rumah. Dipukul, dirogol anak-anak gadis mereka dan dibunuh kaum lelaki mereka. Kisah tragis ini bukan saya dapat dari AP, AFP atau Agensi. Tapi dari seorang teman sunni Iraq yang berjaya melarikan diri dari negaranya. Sekarang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian di Sepang.

Orang sudah lupa bagaimana Fallujah, bandar sunni di Iraq yang digelar bandar masjid telah dibumi hanguskan oleh Amerika kemudian proses pemusnahannya disambung lagi oleh kerajaan Syiah Nuri al Maliki. Kezaliman dan kebrutalannya usah diceritakan lagi.

Syeikh Azhar turut menyatakan bahawa IS adalah syaitan yang perlu disalib! Dia terlupa bahawa dia juga pernah duduk dan menyokong kezaliman syaitan bernama as Sisi. Ada Syeikh Azhar pernah bersuara membela rakyat awam yang sedang menderita di Iraq dan Syria?

Saya masih berpegang dengan fakta bahawa mujahidin pejuang sunni yang sebenar tak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan IS dan yang sewaktu dengannya. 

Mujahidin yang sebenar tidak akan melakukan kezaliman atas nama perjuangan Islam.

Merenung semua ini, saya mengakui hakikat bahawa dizaman ini, siapa yang menguasai media, dia akan muncul sebagai pemenang dalam pertarungan...

Tulisan oleh saudara Dr Azman Ibrahim
Seorang pengamal perubatan.
Dr gigi di Kubang Krian
Juga seorang aktivis media

Teruskan membaca blog Harahinara. 

apabila media berkuasa melukis dunia, kejahatan akan menjadi ahli syurga

Tuesday, February 03, 2015





DERITA UMAT ISLAM CHECHEN YANG TAK DIPEDULIKAN
Oleh:Dr Riduan Mohamad Nor.

Salju seperti sedang runtuh daripada langit saat kami menghampiri kawasan pelarian Chenchen yang berada di pinggir bandar Warsaw, Poland. Dingin mengigit tulang temulang sehingga mencecah minus 13, tapi perasaan ingin mengenali teman-teman seakidah menyebabkan kami terlupa sebentar rasa sejuk menciut itu. Poland bukanlah negara yang bersahabat dengan Islam, fenomena Islamphobia masih merajai negara bekas komunis dan juga negara pertama disergap Perang Dunia kedua sehingga Kota Warsaw musnah 80 peratus dibaham ledakan skala besar pihak Nazi Jerman. Poland juga antara sketsa berdarah "holocaust" yang dilakukan oleh Adolf Hitler dan bala tenteranya kerana kelompok Yahudi yang masih berbaki di negara yang bersempadan dengan Rusia itu.

Sakibaki Yahudi di Poland hari ini juga terkenal sebagai kelompok tegar pembenci Islam termasuk tanpa berselindung menunjukkan rasa jengkel mereka terhadap pelarian Islam dari bumi Chenchen, Rusia. Sejarah Islam di Rusia bukanlah baru, kerana semenjak zaman Khulafa ar Rasyidin telah menyaksikan perang di Armenia dan Azebaijan, iaitu di zaman Saidina Uthman . Usai perang besar inilah berlakunya penyusunan al Quran kali kedua dan gerakan dakwah secara besaran juga berlaku di kawasan Asia Tengah ini di zaman Muawiyyah Bin Abu Suffian.

Sejarah Islam juga menyaksikan bagaimana hebatkan tentera tartar atau Monggul dari kawasan Asia Tengah menyerang Wilayah Islam di Asia Barat sehingga perlawanan sengit yang menumpahkan darah serta melenyapkan bukti tamadun emas yang dibina oleh pemerintahan Islam. Baghdad antara saksimata kekejaman tentera Tartar membakar kota dan memunggah kitab-kitab ilmu ke dalam Sungai Furat sehingga sungai menjadi hitam airnya. Mereka mara sehingga ke Wilayah Syam dan memaksa ulama Islam bersama para pemuda menjulang panji Jihad, meneriakkan takbir dan menjadi benteng kepada ummah. Bangsa yang zalim berbadan besar ini akhirnya telah memeluk Islam dan akhirnya menyemarakkan dakwah di rantau Sub Continent dan juga Asia Tengah. Islam telah mengubah sakhsiah dan cara hidup bangsa Tartar ini yang mendiami Asia Tengah.

MUSLIM CARE MENYANTUNI PELARIAN CHENCHEN.

Berbeza dengan peta luka umat Islam yang lain, maklumat dan bantuan lebih cepat sampai dan digerakkan oleh NGO-NGO kemanusiaan dari Malaysia, sifat pemurah rakyat Malaysia dan keprihatinan jaringan sivil negara ini antara terbaik di dunia muslim. Derita umat Islam Chenchen sangat jarang sampai ke telinga rakyat negara ini, penulis teringatkan sekitar pertengahan tahun 1990an, beberapa kali demonstrasi membantah kezaliman regim Russia diadakan . Segelintir pelajar-pelajar dari bumi Grozny dibawa belajar di Universiti Islam Antarabangsa ketika perang semakin memburuk,di Chenchen. Gerakan perlawanan dan jihad di Chenchen juga kurang mendapat liputan media negara ini, berbanding dengan sorotan berita gerakan jihad di Afghanistan, Palestin, Syria dan Bosnia.

Regim Soviet dengan segala kelengkapan perang telah menyerang Grozny dan membunuh serta melakukan pelbagai bentuk kezaliman terhadap umat Islam Chenchen. Ribuan terkorban , ribuan muslimah dirogol dan kampung-kampung muslim dikosongkan regim komunis. Kesannya ramai yang cuba untuk berhijrah keluar negara, termasuk ke Poland yang berjiran dengan Russia. Di pinggir bandar Warsaw, pelarian muslim ini berada di khemah pelarian tertutup dimana mereka tidak dibenarkan untuk menerima tetamu luar serta disekat akses dengan pihak lain. Lebih menyayat hati, makanan haram seperti babi menjadi sumber protein mereka dengan alasan murah dan menjimatkan pihak pengurusan kem.

Muslim Care Malaysia yang mendapat maklumat tentang keberadaan pelarian Chenchen di Poland melalui Persatuan Pelajar, rakyat Malaysia di Poland dan juga mendapat kerjasama yang baik daripada pejabat Mufti Poland akhirnya menggerakkan kempen bantuan musim sejuk. Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara juga turut bekerjasama mengadakan kempen membantu pelarian serta merangka bentuk bantuan jangkapendek. Di tanahair kita , selain Muslim Care menggerakkan kempen melalui siber, para pendakwah selebriti seperti Ustaz Ahmad Dasuki Rani, Ustaz Halim Din turut membantu mendapatkan dana kempen. Sebanyak 100 ribu ringgit berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada pelarian Chenchen dalam kempen misi musim sejuk.

Rombongan Muslim Care dan relawan yang terdiri daripada pelajar Malaysia telah melakukan pelbagai program disepanjang misi termasuk melawat sekolah pelarian, menyantuni mangsa peperangan yang dhaif, program bersama Mufti Poland, serta ramah mesra bersama pelarian . Saya terbayang guratan wajah gembira anak-anak kecil yang disantuni anggota misi serta curahan pengalaman warga dewasa pelarian tentang bahasa kesakitan dan kezaliman Russia terhadap umat Islam. Bumi Chenchen tetap mendakap relung hati mereka walau kebarangkalian untuk kembali menghirup udara nyaman tanah leluhur mereka sangat tipis.

(Penulis ialah aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dan Exco Muslim Care Malaysia)

DERITA UMAT ISLAM CHECHEN YANG TAK DIPEDULIKAN

Wednesday, May 11, 2011


Ramai yang membuka bicara pagi di kedai-kedai kopi dengan keluhan panjang atas kenaikan harga gula sebanyak 20sen dan sebelumnya petrol RON97. keluhan ini mungkin disebabkan pendapatan masih ditakuk lama tetapi harga makanan dan barangan keperluan semakin meningkat. Ini sesuatu yang tidak adil bagi golongan-golongan yang kurang berkemampuan.

Apakah peranan kerajaan untuk menyelesaikan keluhan golongan-golongan ini. masih adakah menteri-menteri kabinet yang dapat merasai hakikat kepayahan golongan ini?

Persoalan lain yang timbul adalah apakah mereka ini(golongan miskin) terlalu malas untuk berusaha untuk menambah pendapatan mereka? adalah tidak adil mengatakan begitu kerana hakikatnya mereka bukan malas atau tidak berusaha tetapi dunia sekarang membuatkan mereka dan ramai daripada golongan bawahan gagal bersaing untuk mendapat peluang disebabkan ia telah dikaut oleh Si keparat kaya yang mementingkan imej semata-mata. Golongan kaya menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut semua keuntungan seperti hak pendidikan, peluang pekerjaan, cara berurusan, birokrasi dan lain-lain lagi.

Cuba kita lihat realiti sebenarnya hari ini. Dengan menggunakan pangkat dan gelaran, mereka mengugut untuk diberi ruang kepada anak beranak mereka dalam semua bidang. Dengan menggunakan "CABLE" , mereka semua dapat. Anak yang BODOH sekalipun boleh menyambung pelajaran diluar negara denga BIASISWA kerajaan. tetapi anak-anak kita yang bijak pandai tersekat dan terhalang dek kerana Golongan HANTU ini yang telah merampas peluang yang sepatutnya diperolehi oleh anak-anak miskin luar bandar!.

Sampai bilakah Golongan rakyat bawahan tanpa pengaruh dan miskin ini akan boleh mengubah hidupnya?Miskin tetap miskin dan kaya ditelan kekayaannya?

dan kini golongan bawahan akan menunggu satu lagi azab "KERAJAAN AKAN MENGURANGKAN SUBSIDI" RON95 racun untuk kami.

K'jaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

azlanMengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember. Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.

Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran. petrol price hike before increase panic consumers 040608 01

Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula. azlan

"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi. azlan

Barangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.

Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.

Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan

Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan. petrol price hike before increase panic consumers 040608 02

Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.

Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.

Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.

Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi.


http://www.malaysiakini.com/news/163869

Peluang dan Kenaikan harga barangan : Hidup Makin Terdesak

Monday, November 15, 2010


Catatan Hujung

Kes pemecatan Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara dan dua lagi bekas Hakim Mahkamah Agung, Wan Sulaiman Pawanteh dan George Edward Seah Kim Seng, 22 tahun lalu, adalah babak paling hitam dalam sejarah badan kehakiman negara kita. Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab sepenuhnya dalam tragedi yang begitu memalukan itu.

Pakar Perlembagaan, Prof Abd Aziz Bari baru-baru ini mengaitkan kes pemecatan Tun Salleh ada kaitan dengan petaka mutakhir ini, termasuk yang menyebabkan pelabur asing tidak memilih Malaysia dan negara mendapat tempat yang corot dalam liga ketelusan dan anti-rasuah dunia.

Tulisan ini cuba menjelaskan mengapa Mahathir begitu beria-ia mahu memecat Tun Salleh, sekali gus meletakkan imej badan kehakiman kita begitu buruk sekali.

Tun Salleh dipecat pada 8 Ogos 1988, manakala Wan Sulaiman dan George Seah pada 7 Oktober. Ia semata-mata bagi menyelamatkan kerjaya politik Mahathir sebagai Presiden Umno, yang ketika itu dalam keadaan cukup kritikal, ekoran kemenangan tipisnya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah, dengan hanya majoriti 43 undi, pada pemilihan 24 April 1987, dipersoal di mahkamah.

Seramai 11 penyokong Ku Li mengemukakan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, di mana hanya terdapat seorang hakim, Harun Hashim. Mereka membawa bukti terdapat perwakilan haram yang mengundi, dan ini boleh menyebabkan pertandingan itu tidak sah dan terbatal. Isu itu sebenarnya sudahdirujuk kepada Setiausaha Agung Umno, Sanusi Junid sebelum pemilihan tetapi ia tidak dilayan.

Yang peliknya, Mahathir mengarahkan peguamnya, Sri Ram, membuat perakuan di mahkamah bahawa Umno memang mempunyai cawangan yang ditubuhkan tanpa kelulusan Pendaftar Pertubuhan, yakni cawangan haram. Dengan itu Harun Hashim tidak mempunyai pilihan lain kerana tertakluk kepada tuntutan Seksyen 12(1) dan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan. Lalu, pada 4 Februari 1988, Umno - seperti yang dikehendaki Mahathir - diisytiharkan pertubuhan haram.

Berpura-puralah Mahathir mengecam Harun Hashim seolah-olah beliau begitu terkejut dan amat tidak bersetuju dengan penghakiman itu. Buat seketika dunia diperbodohkan seolah-olah mahkamah di Malaysia membuat keputusan yang tidak menyebelahi Mahathir, walhal itulah yang dikehendakinya. Motif Mahathir untuk mengharamkan Umno lebih jelas apabila beliau sebagai Menteri Dalam Negeri tidak menggunakan kuasanya seperti diperuntukkan Seksyen 70, yang menegaskan menteri boleh atas budi bicaranya dengan bertulis membuat pengecualian ke atas mana-mana pertubuhan dari mematuhi mana-mana satu atau semua peruntukan dalam Akta Pertubuhan.

Mahathir mahu membentuk satu parti baru, yang namanya seakan-akan sama dengan Umno, kalaupun tidak serupa, dengan keahlian dan aset parti lama (melalui pindaan Akta Pertubuhan, Mac 1988), tapi serentak dengan itu dapat memastikan seteru politiknya, seperti Ku Li dan pengikutnya, dikeluarkan secara automatik.

Pada 8 Feb 1988, Mahathir mendaftarkan parti baru, Umno 88. Pada masa sama, satu lagi parti baru, Umno Malaysia didaftarkan bagi pihak Ku Li. Pihak Pendaftar Pertubuhan kemudiannya menolak permohonan kedua-dua pihak, atas alasan pengharaman Umno pada masa itu belum digazetkan lagi. Beberapa hari kemudiannya Umno Barudidaftarkan dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) ataupun Umno.

Bulan berikutnya Akta Pertubuhan dipinda bagi menjayakan strategi Mahathir seterusnya. Diperuntukkan bahawa satu pertubuhan baru yang kebanyakan ahlinya daripada satu pertubuhan yang diharamkan boleh mengambil alih harta, wang dan juga tanggungan pertubuhan yang diharamkan itu.

Kumpulan 11 tidak berpuas hati dengan keputusan Harun Hashim dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Agung. Mahathir arif benar, majoriti hakim Mahkamah Agung ketika itu tidak dapat dipengaruhinya. Keputusan yang amat ditakuti Mahathir adalah Umno akan dihidupkan semula, cuma pemilihannya sebagai Presiden Umno dibatalkan. Walaupun peruntukan akta memang menjelaskan Umno ketika itu boleh diharamkan tetapi hakim dikatakan boleh membuat keputusan lain memandangkan pesalah (Mahathir) mendapat manfaat besar daripada kesalahannya sendiri.

Logiknya, seseorang pesalah tidak boleh mendapat keuntungan atau manfaat daripada kesalahan yang sengaja dilakukannya, malah dia sepatutnya dihukum. Pihak yang sengaja membiarkan ada cawangan haram adalah pihak Mahathir sendiri, dan mereka juga yang membuat perakuan bagi "memaksa" hakim mengharamkan Umno.

Apabila Umno diharamkan, terbukti bahawa yang mendapat keuntungan besar adalah pihak yang menyebabkan Umno itu diharamkan. Justeru, hakim tidak boleh membuat keputusan mengharamkan Umno kerana ia hanya menguntungkan pihak Mahathir. Dengan itu, keputusan perbicaraan yang memihak Mahathir itu harus dibatalkan kerana ia bercanggah dengan prinsip "keadilan semulajadi".

Mahathir sedar, dengan popularitinya berada pada tahap paling rendah dan taktik kotornya didedahkan, jika ada pertandingan semula besar kemungkinan besar Ku Li boleh mengecewakannya. Walaupun ramai pesalah terpaksa menunggu keputusan "hidup atau mati" di depan hakim, Mahathir tidak sanggup menanti takdir.

Tun Salleh mengarahkan sembilan hakim mendengar perbicaraan bersejarah itu. Implikasi arahan ini amat disedari Mahathir. Tujuh hakim Mahkamah Agung waktu itu (Tun Salleh, Eusoffee Abdolcadeer, George Seah, Wan Azmi, Wan Hamzah dan Lee Hun Hoe) diketahui umum sedia membuat keputusan yang tidak selari dengan kehendak Mahathir jika itulah yang dituntut keadilan.

Pilihan Mahathir terbatas. Tun Salleh mesti disingkirkan dengan apa jua cara. Tetapi masalah belum selesai dengan pemecatan Tun Sallah. Sembilan hakim yang majoritinya sukar "dikawal" itu tetap boleh mendengar rayuan tadi. Bukan saja Tun Salleh mesti dipecat, arahannya juga mesti "tidak boleh dilaksanakan".

Kebetulan waktu itu Syed Agil Barakbah bersara dari Mahkamah Agung dan mewujudkan satu kekosongan. Mahathir segera mengeksploitasi keadaan itu dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Agung.

Sekali lagi dunia tertipu apabila dicanang kenaikan pangkat Harun Hashim itu menandakan mahkamah Malaysia begitu bebas. Masakan tidak, seorang hakim yang mengharamkan Umno pun boleh dinaikkan pangkat. Walhal Mahathir melantiknya bagi menggagalkan arahan Tun Salleh agar sembilan hakim mendengar rayuan Umno 11.

Sebagai hakim yang mendengar kes itu di Mahkamah Tinggi, Harun Hashim tentu hilang kelayakan mendengar rayuan kes sama. Tinggal lapan yang layak, sedangkan hanya tujuh (angka ganjil) yang dikehendaki. Arahan Tun Salleh tidak boleh dilaksanakan lagi. Dengan itu, penggantinya, Abdul Hamid Omar (yang menjadi pengerusi tribunal memecatTun Salleh) boleh merombak komposisi hakim yang difikirnya sesuai untuk mendengar rayuan berkenaan.

Dengan membariskan Harun Hashim bersama hakim-hakim Mahkamah Agung, Mahathir meletakkan beliau dalam kedudukan lebih nutral. Sebagai Hakim Mahkamah Agung, Harun Hashim tidak boleh membuat keputusan bersendirian, seperti ketika berada di Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Mahkamah Tinggi, melainkan bersama-sama, sekurang-kurangnya dua orang hakim yang lain.-Harakahdaily

----
Artikel ini disunting secara bebas daripada tulisan yang pernah disiarkan pada Nov 2008. Ahmad Lutfi Othman bersama seorang peguam menulis buku berkaitan pemecatan Tun Salleh Abas, berjudul "Islam, Kehakiman dan Kediktatoran" (Penerbitan Pemuda, 1989)

Sumber : 1 , 2

Kehakiman, Kuasa ~~Tun Salleh dipecat kerana Ku Li?

Sunday, October 24, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamulaikum WBH saudara seagamaku dan laknat Allah terhadap iblis dan pengikutnya.

Apabila para pembaca Laman Emjay sedang membaca artikel ini sekarang, apa yang boleh saya katakan adalah anda semua sedang membaca dalam hati. Bolehkah anda semua menerima pernyataan ini? Kalau tak boleh, tak payahlah menerus pembacaan anda!! Membaca boleh dilakukan samada dengan mulut atau dengan hati. Membaca dengan mulut boleh didengar oleh orang lain apatah lagi sekiranya dibaca dengan kuat. Membaca dengan hati hanya diri sendiri yang memahaminya selain Alla SWT berdasarkan ayat Al Quran surah Al- Baqarah ayat 235 :” Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu,” dan banyak ayat-ayat lain.

Adakah membaca dalam hati sama dengan berniat?? Di Malaysia, ramai yang beranggapan bahawa membaca dalam hati adalah sama dengan berniat. Sebentar lagi saya akan mengupas tentang perkara ini.

Menurut Kamus Dewan, niat membawa definisi; maksud atau tujuan sesuatu perbuatan atau ingatan dalam hati. Ada yang menyatakan niat sebagai lintasan dalam hati. Apabila kita mengangkat kaki bergerak ke bilik air, pastinya sudah ada niat di dalam hati sama ada disedari atau tidak. Mungkin kita berniat nak meludah, buang air, mandi atau ingin mengambil wuduk.

Nabi telah bersabda mafhumnya:

“Katakanlah : “Setiap orang itu beramal menurut bentuk kehendaknya”

yang bermaksud seseorang itu membuat sesuatu perkara menurut apa yang menjadi niatnya dan bukan sebaliknya. Apabila seseorang berniat nak duduk, maka ia akan berusaha untuk duduk. Apabila seseorang ingin berjalan maka ia pun berjalan. Pokoknya setiap perbuatan adalah berdasarkan kepada niat .. Adakah terdapat mana-mana perbuatan yang dilakukan tanpa niat?? Sebenarnya setiap perbuatan dimulakan dengan niat, lain dengan perbuatan mengigau waktu tidur dan perbuatan tidak sengaja seperti tersepak kaki orang sewaktu kita berjalan. Mengigau dan tersepak kaki orang ini adalah perbuatan yang dilakukan tanpa niat.

Apabila seseorang mengambil kunci keretanya, pastinya beliau sudah mempunyai niat termasuk ingin ke mana dan hendak buat apa. Inilah yang dinamakan niat dan niat ini keluar dari hati tanpa paksaan. Sekiranya seorang suami dipaksa isteri untuk membeli telur, sang suami apabila mengambil kunci kereta, beliau sudah ada niat untuk pergi ke kedai membeli telur. Niat ini tidak akan hapus sehinggalah sang suami ini sampai ke kedai dan membeli telur. Setelah selesai membeli telur, niat sang suami ini akan berubah pula ingin kembali ke rumah.

Marilah kita lihat kes-kes berikut:

1. Apabila seseorang membasuh kereta, ada yang melakukan perbuatan ini kerana ingin menunjukkan kepada saudara mara bagaimana cantiknya kereta barunya. Maka niat orang ini adalah untuk menayang kereta barunya yang cantik kepada saudara maranya.

2. Ada wanita yang memasak untuk keluarganya dengan harapan semoga suami memuji dan menyayanginya. Maka niat wanita ini memasak adalah untuk dipuji dan disayangi oleh suami.

3. Ada kakitangan di pejabat melakukan kerja-kerja sebagaimana diarahkan bosnya dengan tujuan agar dirinya disanjung dan dihormati semoga kelak sasaran kerja tahunannya (SKT) cemerlang. Maka niat orang ini melakukan kerja adalah untuk disanjung, dihormati dan untuk SKTnya.

4. Ada orang melakukan ibadah korban kerana malu kerap diperli dan diajak oleh bapa mertuanya. Maka niat ibadah korban orang ini adalah kerana malu kepada bapa mertua.

5. Ramai wanita apabila memakai pakaian walaupun menutup aurat adalah dengan tujuan untuk kelihatan cantik anggun dan menawan. Maka niat wanita ini berpakaian sedemikan adalah untuk kelihatan cantik anggun dan menawan.

6. Ada wanita memakai tudung kepala kerana tidak tahan dengan leteran suami. Maka niat wanita ini memakai tudung itu adalah untuk menyelamatkan dirinya dari leteran suami.

7. Ada orang menjemput para sahabat berhari raya ke rumahnya kerana ingin menunjukkan rumah barunya yang mahal lengkap dengan perabot mahal serta pinggan mangkuknya yang juga mahal. Maka niat orang ini menjemput tetamu datang adalah untuk menayangkan rumah serta perabot dan pinggan mangkuk yang mahal.

8. Seorang suami isteri jarang solat di rumah mereka. Apabila balik ke rumah mertua suami ini akan solat lengkap dengan berjemaah bersama isteri. Apakah niat solat sang suami ini??

Bagi kes 8 di atas ini, pastinya sang suami waktu bersolat ada melafazkan “Usholli fardazuhri arbaarakatin......” serta berniat dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”. Saya ingin bertanya kepada para pembaca sekelian, apakah niat sebenar sang suami solat berjemaah bersama isteri di depan mertua?? Adakah niatnya ikhlas kerana Allah Taala? Kalau ikhlas kerana Allah Taala, mengapa apabila di rumah mereka tidak solat??

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh sang suami ini ialah membaca dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala” dan niat sebenar sang suami adalah sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada mengerjakan solat.

Itulah sebabnya di atas, saya ada mempersoalkan samaada membaca dalam hati adalah sama dengan niat!. Sebenarnya membaca dalam hati adalah bukan niat. Membaca dalam hati adalah satu bacaan yang dilakukan sama seperti apa yang anda semua sedang lakukan sekarang iaitu membaca artikel saya ini di dalam hati. Apabila orang yang sedang solat berkata / membaca dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”, mereka sebenarnya bukan sedang berniat. Niat seseorang sewaktu melakukan solat adalah tujuan sebenar mengapa mereka solat dan dalam kes 8 di atas, niat sebenar solat sang suami tersebut adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada melakukan solat.

Adakah kita sedar sebenarnya bahawa niat kita solat mungkin tergolong daripada salah satu perkara berikut:

I. Kerana mengelakkan leteran ibu bapa

II. Kerana mengelakkan leteran suami / isteri

III. Kerana malu dengan jiran.

IV. Kerana untuk mendapat sanjungan / perhormatan jiran tetangga / orang ramai

V. Kerana malu sebagai ketua pejabat

VI. Kerana tanggungjawab terhadap Allah SWT

VII. Kerana takut akan azab Allah SWT

Allah SWT insyaAllah hanya akan menerima ibadah solat seseorang apabila ianya dilakukan dengan ikhlas. Niat-niat dari nombor I – V adalah niat yang tidak diterima Allah manakala niat nombor VI – VII insyaAllah diterima oleh Allah.

Itulah sebabnya Nabi Muhamad SAW tidak pernah sama sekali mengajarkan lafaz “Usholli fardazuhri arbaarakatin......” dan bacaan dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”. Semua imam besar yang empat termasuk As Syafiee juga tidak pernah mengajarkan lafaz usholli dan bacaan dalam hati yang sedemikan. Saya apabila melakukan solat, niat saya adalah kerana saya ada tanggungjawab sebagai seorang umat Islam, saya wajib untuk solat, saya patuh dengan arahan Islam dan saya takut akan azab Allah SWT. Apabila saya berwuduk, niat saya ini sudah saya tanamkan dalam hati dan niat ini saya hanya akan lepaskan sesudah saya memberikan salam di hujung solat. Sekiranya saya terkentut waktu solat, saya juga melepaskan niat saya tersebut dan saya memasang pula niat baru untu ambil wuduk dan seterusnya berniat untuk ulang solat.

Ada setengah orang mengatakan bahawa isu lafaz “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” ini adalah kes membesarkan perkara kecil yang akan memecah belahkan masyarakat. Bagi saya perkara ini bukan satu perkara kecil malahan perkara yang boleh merosak akidah.

Kita lihat sahaja panduan solat di Malaysia hari ini. Ramai orang mengajar bahawa lafaz “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” adalah sunat hukumnya. Kalau perbuatan ini sunat hukumnya, pastinya Nabi Muhamad SAW pernah mengajarkannya dan terdapat dalam kitab hadisnya. Seandainya kita menyatakan bahawa “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” adalah sebahagian Islam, maka kita telah membuat fitnah kepada Allah SWT dan rasulNya Muhamad SAW. Apabila Nabi tidak pernah mengamalkan amalan lafaz “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....(dalam bahasa arab)” bagaimana boleh jatuh hukum sunat untuk melakukan perbuatan ini?? Maka dengan itu bacaan “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” di dalam hati adalah satu bidaah dan sesungguhnya setiap bidaah adalah neraka balasannya.

Kesan buruk yang lebih parah dari amalan “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” di dalam hati kini ialah umat Islam tidak pandai lagi untuk berniat apatah lagi untuk niat yang ikhlas. Ingatlah bahawa Allah hanya akan menerima amal ibadah yang dilakukan oleh hambaNya, yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan dengan kaedah yang betul. Lihatlah mafhum hadis berikut:

Dalam Al Bayan Hadis Nombor 1128 pula Nabi bersabda mafhumnya:

Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya. (Niat yang bagaimana di terima Allah SWT?)

Daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a., berkata: “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana fanatik perkauman dan yang ketiga kerana menunjuk-nunjuk; yang mana satukah di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah”. Riwayatnya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim.

Dari hadis daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a di atas, niat-niat ketiga lelaki tersebut sewaktu berperang tertolak kerana tiada keikhlasan di sisi Allah SWT.

Sudah banyak kali kita bercakap tentang ikhlas tetapi apakah maksud sebenar ikhlas? Kamus Dewan menjelaskan maksud ikhlas sebagai hati suci, tidak berpura-pura, tidak mengharapkan balasan. Dalam kontek Islam, pengertian sebagaimana dijelaskan Kamus Dewan tidak memuaskan. Apabila saya mengajukan soalan yang sama kepada para pelajar saya di UTM, jelas bahawa mereka juga kabur tentang maksud sebenar ikhlas di dalam Islam. Saya cuba mencari di internet maksud ikhlas, tetapi masih belum berjumpa dengan pengertian ikhlas yang sejajar dengan kehendak Islam. Islam mengajarkan bahawa segala amal ibadah yang tidak ikhlas sebagai amal ibadah yang sia-sia.

Sekiranya kita mengambil perngertian sebagaimana di dalam Kamus Dewan iaitu tidak mengharapkan balasan, adakah saya dikira tidak ikhlas apabila mengajarkan ilmu agama dengan tidak mengharap balasan dari pelajar saya tetapi dalam masa yang sama mengharapkan balasan dari Allah SWT? Menurut Islam perlakuan seperti ini adalah dikira sebagai ikhlas.

Sekiranya saya membaca surah Al Kahfi dengan mengharapkan dosa-dosa saya diantara dua Jumaat diampunkan serta mengharapkan dielakkan dari segala fitnah selama lapan hari, adakah amalan saya membaca surah Al Kahfi tersebut tidak ikhlas?? Menurut Islam perlakuan seperti ini adalah dikira sebagai ikhlas. Untuk memahami perkara ini, fahamilah dua hadis berikut:

Mafhum Hadis 1.
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)

Mafhum Hadis 2.
Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir)

Ramai pelajar saya menjawab pengertian ikhlas sebagai semata-mata kerana Allah SWT. Namun apabila saya menyoal mereka apa maksud “semata-mata kerana Allah SWT”, mereka gagal menjelaskannya. Ini bermakna mereka tahu tetapi tidak faham. Jawapan ini adalah merupakan jawapan yang paling banyak tetapi rata-rata mereka tidak faham apakah maksudnya “semata-mata kerana Allah SWT”.

Saya dengan ini menyarankan pengertian ikhlas yang selaras dengan kehendak Islam sebagai:

1. Segala perlakuan yang dibuat dengan niat selari mengikut kehendak Islam

2. Segala perlakuan yang dibuat semata-mata kerana Allah SWT.

Apabila saya memberikan sedekah kepada anak yatim dengan niat melaksanakan suruhan Nabi Muhamad SAW, adakah perbuatan ini dikira sebagai ikhlas? Mengikut definisi pertama di atas, ia dikira sebagai ikhlas kerana perbuatan ini adalah mengikut kehendak Islam. Mengkut definisi kedua pula perbuatan tersebut dikira sebagai ikhlas kerana apabila saya menuruti suruhan Nabi Muhamad SAW maka saya sebenarnya melakukan perbuatan tersebut kerana mengikut perintah Allah SWT kerana Nabi Muhamad SAW menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Mentaati perintah Nabi Muhamad SAW sebenarnya adalah mentaati perinah Allah SWT.

Apabila saya makan dan minum dengan tangan kanan dengan niat akur perintah Nabi Muhamad SAW, insyaAllah amalan ini diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadah kerana menepati kedua-dua definisi tersebut.

Apabila kita membaca Al Quran, adalah satu perkara yang sangat digalakkan agar kita berniat mana-mana satu dari berikut atau kesemua sekali iaitu:

1. Niat untuk mendapatkan ilmu

2. Niat sebagai satu amal ibadah

3. Niat untuk bermunajat (berdialog dan berbisik seorang hamba terhadap Tuhannya)

4. Niat untuk mendapatkan ganjaran pahala dari Allah SWT

5. Mencari ubat

Mana-mana niat yang dipilih sewaktu kita membaca Al Quran tidak perlu dimulakan dengan lafaz “Usholli..” atau “Nawaitu....” atau dengan bacaan dalam hati “sahaja aku.......”. Ia adalah lintasan dalam hati atau tujuan maksud satu-satu perbuatan.

Dalam kes nombor 8 di atas iaitu seorang suami isteri jarang solat di rumah mereka. Apabila balik ke rumah mertua suami ini akan solat lengkap dengan berjemaah bersama isteri. Niat sebenar sang suami ini adalah sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada melakukan solat. Bacaan dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala” adalah sebenarnya satu bacaan yang dipaksakan di dalam hati yang bukan terbit dengan suci dari hati nurani. Bacaan ini seolah-olah satu perlakuan untuk menipu Allah SWT yang kononnya ia solat berjemaah bersama isteri adalah sesuatu yang ikhlas. Namun itulah yang diajarkan oleh ustaz ustazah kita di sekolah.

Dalam bab solat lima waktu ini, memadai niatnya sebagai mana-mana satu dari berikut:

1. Aku solat kerana menurut perintah Allah SWT

2. Aku solat kerana diwajibkan kepada aku

3. Aku solat kerana aku perlu melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam

4. Aku solat sebagai pengesahan bahawa aku adalah hamba kepada Allah SWT

5. Aku solat kerana aku ingin sekali memasuki syurga Allah SWT.


Mana-mana niat ini adalah selari dengan kedua-dua definisi ikhlas di atas iaitu selari dengan kehendak Islam dan kerana semata-mata untuk Allah SWT. Semoga amal ibadah yang ikhlas ini diterima oleh Allah SWT.

Saya sewaktu TAKBIRATUL IHRAM iaitu mengucapkan perkataan Allahu Akbar, di dalam hati saya berkata Allah Maha Besar, maha hebat maha berkuasa. Amat lemah dan kerdilnya diri saya ini. Sekiranya pada waktu tersebut saya perlu berkata juga di dalam hati “sahaja aku solat fardhu ...... kerana Allah Taala”, ini sebenarnya adalah satu perkara yang mustahil. Inilah namanya The impossible three in one. Nabi Muhamad SAW sebagai pesuruh Allah SWT pun tidak pernah mengajarkannya dan para sahabat pun tidak pernah mengamalkannya. Imam besar yang empat Hanafi, Maliki, Hambali dan Shafiee pun tidak pernah mengajarkannya. Niat sebenar dalam solat tidak pernah hilang mulai kita mengambil wudhuk. Itulah sebabnya saya telah menjelaskan dibahagian atas bahawa sebenarnya setiap perbuatan dimulakan dengan niat melainkan perbuatan mengigau waktu tidur dan perbuatan tidak sengaja seperti tersepak kaki orang sewaktu kita berjalan. Saya makan nasi kerana saya telah berniat untuk melakukan perbuatan makan nasi tersebut. Apabila telefon saya berbunyi, saya berniat untuk berhenti sementara daripada makan nasi dan bergerak untuk menjawab telefon . Saya terlebih dahulu berniat untuk menjawab telefon tersebut.

Apabila kita memahami maksud sebenar niat, insyaAllah kita dapat memahami dengan mudah mengapa Sayyidina Ali tidak jadi membunuh musuhnya tetapi menarik kembali pedangnya ketika beliau akan menghayun ke leher orang musyrikin, hanya karena si musuh itu meludahinya.

Sayyidina Ali tidak mahu membunuh orang musyrikin ini kerana hawa nafsu, iaitu hanya kerana dirinya yang diperlekehkan, beliau hanya ingin membunuh kerana agama Islam yang dicela, bukan kerana peribadi atau kaumnya. Sekiranya beliau membunuh pada ketika mukanya diludah, maka niat sebenar beliau membunuh adalah disebabkan marah kerana peribadinya yang diperlekehkan dan bukan kerana Allah SWT. Sekiranya ini dilakukan oleh Sayyidina Ali maka perbuatannya itu bukan merupakan perbuatan yang ikhlas.

Sebagai penutup:

1. "SOLATLAH SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU SOLAT" (HR. Muslim) Nabi telah mengajar segala-galanya tentang agama ini. Dengan merujuk hadis-hadis yang sahih kita akan dapat mengamalkan sunnah Nabi yang mulia. Elakkanlah dari melakukan perkara yang Nabi Muhamad SAW tidak melakukannya seperti lafaz “Usholli...”, “Nawaitu....” dan “sahaja aku ....”. Ia kelihatan menambahbaik solat tetapi sebenarnya merosakkan umat Islam sehingga mereka sukar untuk melakukan solat dan menjadi orang yang tidak pandai berniat dengan ikhlas.

2. Membaca di dalam hati adalah bukan niat. Niat adalah apa yang terbit dihati tentang maksud atau tujuan sesuatu perbuatan.

3. Setiap amal ibadah hendaklah ikhlas iaitu dengan niat semata-mata kerana menurut perintah Allah SWT dan selari mengikut kehendak Islam.

4. Sebelum kita melakukan sebarang amalan seperti membasuh kereta, memasak untuk keluarga, memakai pakaian dan belajar, sertakanlah dengan niat yang ikhlas kerana hanya dengan kesempurnaan ini setiap amalan tersebut insyaAllah dikira oleh Allah SWT sebagai satu amal ibadah.

Sekian wallahuaqlam

Emjay

Sumber:
http://emjayjb.multiply.com

Ramai tidak tahu berniat dan tak faham maksud ikhlas

Thursday, July 29, 2010


1. Kini lambakan barangan atau produk haram bagi ummat Islam kian bertambah malah semakin membimbangkan ummat Islam . Lebih malang terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

2. Fenomena ini mencetus kekeliruan dan memerangkap ummat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab .

3. Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti JAKIM , pihak berwajib ini juga mesti berani untuk mengisytiharkan produk - produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan ummat Islam .

4. Setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal , saya kira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo Haram untuk menjauhkan masyarakat ummat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram .

5. Sebelum ini , telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka justeru mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal , sementara pihak JAKIM tidak mempunyai skuad yang memadai untuk membuat pemantauan yang serius.

6. Saya jangka , andainya JAKIM mengisytiharkan produk - produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo Haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut , peluang untuk lambakan barangan haram dipasaran akan menjadi lebih kecil . Pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo Haram jika mereka benar - benar mahu mencari produk halal di pasaran.

7. Sebahagian besar pengguna tidak mampu untuk mengenali dan mengetahui kod - kod barangan yang haram seperti produk yang mempunyai gelatin dan sebagainya termasuk produk haram yang diimport dari Israel. Kod - kod barangan yang mengandungi bahan - bahan haram hendaklah diganti dengan logo Haram .

8. Jika logo Haram dapat dikuatkuasa , maka mudahlah bagi JAKIM yang selalu menyatakan bahawa mereka mengalami kekurangan tenaga untuk memantau , justeru produk haram ini tidaklah sebanyak produk halal di pasaran .

9. Risiko pemalsuan logo Haram juga mungkin lebih kecil berbanding pemalsuan logo halal . Lantaran logo halal menarik perhatian pengguna sementara logo haram tentunya menjauhkan pengguna .

10. Kaedah Islam , asal sesuatu perkara [ produk ] ialah halal kecuali telah datang nas yang jelas mengharamkannya atau produk itu bercampur dengan bahan dan unsur haram . Ertinya yang haram ini jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah produk yang halal . Sepatutnya yang haram itulah diletakkan logonya iaitu Logo Haram bukan logo halal .

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

.

JAKIM Perlu Perkenalkan Logo HARAM - Ust Nasrudin

Wednesday, July 21, 2010

SELEPAS 8 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal, Jun 2002, Jun 2010 Ustaz Shukri pula meninggal.

Memperingati lapan tahun Presiden PAS kembali menemui Tuhannya, PAS Kawasan Permatang Pauh menganjurkan majlis memperingati perjuangan pemimpin besar ulama negara dasawarsa 90an dan 2000.

Saya diberi penghormatan untuk meriwayatkan beberapa perkara penting dalam sejarah dan kehidupannya sepanjang lebih 60 tahun itu.

Bagi saya beliau dilahirkan bagi menjadi pemimpin Islam yang tabah, berhati-hati, teliti, berpandangan jauh dan berfikiran tajam serta penyabar.

Setelah menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Azhar, Ustaz Fadzil telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Ketika itu pemimpin Kedah Datuk Abu Bakar Umar, yang berkunjung ke Mesir mencadangkan kepada beliau agar menangguh pengajian dan pulang ke Kedah kerana PAS Kedah memerlukan pemimpin pelapis dan bakat dan ilmunya ada sudah memadai bagi memimpin PAS Kedah.

Kata isterinya Kak Jah Ibrahim, Ustaz Fadzil menyambut pelawaan Datuk Abu Bakar Umar dan pulang. Tetapi keadaan menyebabkan cadangan untuk bersama memimpin PAS Kedah tertangguh. Beliau tidak segera menjadi pemimpin.

Keadaan menjadikannya seorang pensyarah jurusan Islam di Universiti Teknologi Malaysia yang membawanya jauh dari Kedah.

Sebagai pensyarah universiti banyak pantang larang untuk bergiat dalam politik, apa lagilah dalam PAS yang menjadi penentang utama UMNO. Ruang tidak mengizinkannya untuk bergiat cergas dalam PAS, tetapi ruang yang terbuka dalam dakwah ialah dalam Abim. Di sinilah bakat pimpinannya terselah.

Walau pun tidak menjadi pemimpin utama Abim tetapi beliaulah penasihat utama Anwar Ibrahim yang memimpin Abim yang kepimpinannya terserlah ke seluruh alam.

Dari Abim inilah UMNO menonjolkan bakatnya untuk menjadi pemimpin PAS dari hujung tahun 70an hingga awal tahun 2000. Bukan kerana UMNO sayang kepadanya mahu beliau menjadi parti seterunya, tetapi dera yang UMNO kenakan kepadanya menyebabkan beliau menjadi pemimpin PAS dan menjadi penentang utama politik UMNO.

Banyak pantang larang berpolitik bagi pensyarah. Larangan itu menyebabkan para pensyarah Islam yang memimpin berundur dari pimpinan kerana dikehendaki menumpukan tugas di universiti saja. Pantang larang inilah yang menghalang Ustaz Fadzil untuk bergerak cergas.

Tetapi dalam pilihan raya umum 1978, beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah dan kalah. Tindakannya itu bertentangan dengan kemahuan UMNO. Dengan pengaruh yang ada pada UMNO, UTM memecatnya.

Jika beliau diberi amaran saja, mungkin beliau akan mematuhi larangan berpolitik seperti lain-lain penyarah yang meninggalkan pimpinan PAS untuk memberi penuh masa mengajar universiti. Bukan senang bagi seseorang untuk meninggalkan gaji besar di universiti semata-mata untuk berpolitik yang tiada janji berjaya.

Tetapi UTM memilih untuk memecatnya. Beliau yang biasa bergaji besar tiba-tiba jadi penganggur. Bagi mengisi masa menganggur inilah Ustaz Fadzil diberi sebuah bilik di Pejabat Agung PAS dan menggunakan sepenuh masanya untuk menjelajah seluruh negara berceramah di pentas PAS.

Keperluan hidup Ustaz Fadzil ditanggung oleh kawasan-kawasan PAS yang mengundangnya berceramah dan bantuan rakan-rakannya.

Ketika yang sama beliau memfailkan saman kepada UTM atas pemecatannya. Beberapa tahun kemudian beliau memenangi perbicaraannya dan disambung semula perkhidmatannya. Mahkamah memerintahkan dibayar gajinya selama tempoh penganggurannya.

Ustaz Fadzil yang sudah sekian lama merasa bebas, terasa terikat apabila terpaksa ke kampus semula. Tidak dapat berceramah lagi.

Oleh kerana beliau sudah tahu bagaimana hendak hidup tanpa gaji semasa penganggurannya dulu, maka beliau tidak takut untuk tidak bekerja semula. Beliau berhenti dari universiti untuk bergerak sepenuh masa dalam politik.

Keadaan inilah membuka jalan baginya untuk menjadi pemimpin. Bermula dengan menjadi jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik, beliau menjadi Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya menjadi Presiden dan anggota Majlis Syura Ulama.

Jika beliau tidak dipecat, saya tidak dapat membayangkan beliau akan meninggalkan tugasnya di universiti. Seperti lain-lain pensyarah masa mereka untuk terjun aktif dalam PAS ialah setelah bersara. Orang bersara adalah orang tua yang tenaga pun sudah tidak kuat. Sudah tidak banyak masa dan tenaga yang dapat diberikan kepada PAS.

Kerana Ustaz Fadzil dipecat dalam usia 40an, masih belia yang bertenaga, maka pengalaman itu mengajarnya untuk berdikari, maka beliau memanjat tangga pimpinan PAS dan terbukti beliau muncul sebagai seorang pimpinan gerakan Islam yang disegani olah kawan dan lawan.

Di zaman pimpinannya beliau membuka semula peranan Muslimat untuk menjadi calon. Dan peranan luas yang diisi oleh Muslimat sekarang dimulai di zamannya.

Beliau mengambil masa untuk mengadakan hubungan dengan masyarakat bukan Islam. Tetapi persetujuannya untuk membentuk CCC, kumpulan komuniti Cina untuk bekerjasama dengan PAS dalam tahun 1986, membuka kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam dan muafakat dengan DAP dan lain-lain badan bukan Islam secara terbuka.

Ia adalah antara peninggalan pimpinannya.

.

Setelah lapan tahun Fadzil Noor pergi oleh Subky Latif

Wednesday, July 14, 2010

Roslan SMS

Isu kemiskinan bandar merupakan suatu realiti yang tidak seharusnya dipandang kecil oleh semua pihak. Bandaraya Kuala Lumpur yang tersergam indah dengan menara dan bangunan pencakar langit, pusat hiburan taraf dunia dan kompleks beli belah mega umpamanya masih punya penghuni yang jumlah pendapatan mereka di bawah para kemiskinan.

CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif di Kuala Lumpur ada yang berpendapatan RM150 sejam manakala ada penghuni bandar di KL yang mencatat tak sampai RM3.50 sejam atau RM2,500 sebulan iaitu di bawah paras kemiskinan. Sepinggan maggi goreng mungkin kurang RM2 tetapi ada yang menghirup sup sirip ikan yu (sharksfin soup) mencecah RM250 semangkuk kecil!

Itulah jurang kaya dan miskin di KLsetelah hampir 53 tahun Merdeka.

Tetapi kita bukan negara sosialis atau kominis dimana pengagihan kekayaan negaran wajib dibahagi sama rata. Malah itupun sudah tidak lagi terpakai di beberapa negara kominis umpama Republik Rakyat China. Memang kekayaan dan kemewahan hak masing-masing individu dan setiap individu berhak atas hasil usaha masing-masing dengan syarat ia tidak bertentangan dengan undang-undang, itulah amalan di negara kitab (dan bagi yang Muslim tidak mengabaikan kewajiban berzakat).

Walaubagaimanapun itu tidak bermakna kebajikan warga miskin dan kurang berkemampuan dipinggirkan begitu sahaja.

Dalam laporan sisipan Metro akhbar The Star semalam didedahkan darihal ramai warga sedemikian di KL tidak ditawarkan rumah pangsa PPRT walaupun mereka layak. Manakala sebahagian yang lain mengadu mereka tidak berjaya mendapatkan pinjaman bank yang ternyata memeras golongan ini.

Menurut sumber Dewan Bandaraya KL DBKL telah mengeluarkan 18,000 surat tawaran kepada mereka yang layak (pendapatan kurang RM2,500 sebulan). Dari jumlah itu 11,226 telah menjawab terima walaubagaimanapun yang benar-benar membeli cumalah 1,500 orang.

Dari 1,500 orang itu cuma 957 membayar tunai manakala 543 mendapatkan pinjaman bank. Selebihnya bagaimana?

Terdapat dua jenis rumah pangsa kos murah yang ditawarkan kepada rakyat yang layak iaitu yang pertama oleh MTEN PPR yang berjumlah RM35,000 seunit manakala oleh DBKL ditawarkan antara RM21,500 ke RM35,000 seunit tertakluk kepada saiz unit.

Jika dalam kes DBKL di atas dari 18,000 yang ditawarkan cuma 1,500 sahaja yang mampu ataupun 8.3 peratus sahaja bermakna lebih 91.66 peratus rakyat miskin masih tidak mampu memiliki rumah sendiri walaupun kerajaan telah menawarkan rumah kos murah kepada mereka.

Dimana silapnya di sini?

Penghuni rumah setinggan telah diarahkan berpindah dan rumah mereka dirobohkan untuk memberi jalan kepada pembangunan. Akhirnya mereka dipindahkan ke rumah kos murah tetapi rupanya tidak mampu memilikinya!

Rupanya ada rakyat Malaysia yang tinggal di ibunegara tetapi tidak mampu memiliki rumah sendiri walaupun rumah pangsa kos murah! Ini anak bangsa kita sendiri. Bukannya warga asing,bukan juga warga pemastautin tetap (PR).

Kita sedih bila tonton TV yang memaparkan kemiskinan rakyat di dunia ketiga, di Afrika, di Amerika Latin di sebahagian Asia, tetapi rupanya nasib yang sama menimpa rakyat kita sendiri tetapi tidak kita sedar.

Terdapat desakan agar satu skim yang lebih praktikal diperkenalkan untuk memudahkan mereka ini memiliki rumah berkenaan. Satu skim sewa beli yang lebih ringan dan mampu perlu segera diperkenalkan, jika tidak warga kita ini nanti bagaikan ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.

Mana pergi pejuang bangsa? Mana pergi juara rakyat?

KL: Ayam di kepuk mati kelaparan...

Saturday, July 10, 2010

Awal Julai ini menyaksikan puluhan ribu kemasukan pelajar baru di IPTA/IPTS seluruh negara.

Tergambar kegembiraan diwajah ibu bapa masing-masing melihat kejayaan anak mereka bergelar mahasiswa, niat murni ibu bapa yang pastinya diiringi dengan harapan ingin melihat anak yang dihantar ke universiti, keluar sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai keyakinan tinggi dan mampu merubah masyarakat.

Paling tidak, ia mampu memperbaiki corak kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik dan teratur.

Oleh hal yang demikian, pembinaannya bermula daripada asasnya. Bagi mahasiswa baru, first impression mereka adalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru alam kampus yang selama ini dibayang-bayangkan sebagai sebuah pusat 'gedung keilmuan' dan keintelektualan.

Maka minggu haluan siswa yang menjadi acara wajib saban tahun sebagai tapak pemula. Mereka akan didedahkan dengan realiti kampus, suasana, kehidupan dan cabaran yang bakal ditempuhi.

Minggu haluan siswa ataupun minggu suaikenal merupakan antara program wajib universiti yang melibatkan seluruh mahasiswa baru menjadi tapak pemula. Sinonimnya, minggu dimana mahasiswa mengetahui realiti tentang kampus dan gaya hidup dan cabaran sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.

Seorang bapa dari Pantai Timur, merasa kesal dengan pengisian minggu haluan siswa. Ini kerana beliau dihubungi anaknya yang bertanyakan pendapat untuk pertandingan debat yang bertajuk “Isu gosip mengangkat nama artis Malaysia.”

Berikutan daripada itu, beliau menyatakan, sangat tidak relevan bagi seorang mahasiswa membincangkan perkara tersebut dan beliau mencadangkan perdebatan di kalangan mahasiswa sepatutnya berunusur ilmiah dan membina keintelektualan mahasiswa sebagai contoh pendidikan di Malaysia, jelasnya.

Memetik kenyataan Tan Sri Arsyad Ayub, pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaya, dalam amanatnya sewaktu merasmikan minggu haluan siswa Universiti Malaya menasihat agar mahasiswa menjauhi perkara yang melalaikan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa seperti lepak, hiburan melampau dan pesta-pesta yang meruntuhkan moral dan kredibiliti mahasiswa.

Dimanakah intelektual mahasiswa yang diura-urakan universiti?

Budaya keilmuan tidak lagi menjadi agenda utama dalam membangunkan modal insan mahasiswa. Bukan menolak hiburan, namun mahasiswa tidak boleh dididik dengan budaya hiburan yang melampau, kelak memberi kesan tatkala mereka sudah berada di tengah masyarakat.


Mohd Idham Zainal Abidin Jul 9, 10 12:36pm
Malaysiakite

Minggu haluan siswa: Ibu terkilan, bapa kesal

Monday, June 07, 2010

Kita sekarang ini pula digembar-gemburkan bahawa negara berada pada landasan yang betul untuk membawa Negara mencapai sebuah Negara maju. Negara kita juga berada dalam kedudukan 10 negara di dunia yang berdaya saing tinggi menurut laporan daya saing dunia yang dikeluarkan baru-baru ini. Tetapi kenapa kita dikejutkan oleh PEMANDU yang kita akan menanggung hutang yang tnggi sekiranya subsidi tidak dihapuskan. Fakta yang akan membebankan rakyat yang rata-rata masih lagi terkais-kais mencari rezeki.

Sebenarnya dari kaca mata masyarakat adalah Negara akan muflis akibat kegagalan pemerintahan untuk mentadbir kekayaan Negara. Kalau sesetengah pihak yang membandingkan Malaysia dengan masalah hutang dan muflis Negara Greece maka layak juga rasanya kita membandingkan kekurangan Greece berbanding Malaysia. Apakah Greece kaya dengan hasil mashul buminya seperti Malaysia. Berapakah deficit bajet Greece berbanding Malaysia? Hujah untuk mengatakan Malaysia akan muflis adalah satu jenis ugutan untuk menafikan ketidakbolehan pemerintah untuk mentadbir Negara dan kekayaan bumi Malaysia ini juga hanya untuk mencari ihsan dari rakyat yang ‘buta’ isu semasa.

Cuba kita lihat pembaziran yang ditonjolkan atas nama pembangunan. Kemanakah hasilnya? Dulu kita dibesarkan tentang projek IRDA, ECER, NCER, SCORE, SDC dizaman bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Projek-projek ini menelan belanja berbilion-bilion ringgit dan hasilnya tidak juga dinikmati seluruh rakyat. Apabila Dato’ Najib mengambilalih tugas sebagai perdana menteri, rancangan koridor ini seakan-akan terbiar dan senyap ‘membisu’. Dicipta pula NKRA dan model ekonomi baru hasil idea perdana menteri baru.

Cerita ini sama anginnya seperti slogan-slogan yang dicipta untuk mencari publisiti dalam pentadbiran. Dizaman Tun Mahathir dengan Wawasan 2020,Negara Maju. Tun Abdullah dengan Islam Hadhari dan kini Dato’ Najib dengan 1Malaysia. Bukan salah slogannya tetapi pemikiran yang tidak mesra rakyat kerana idea-idea ini menghabiskan peruntukan yang banyak sekadar untuk membasuh pemikiran rakyat bagi menampakkan ketinggian pemikiran para pemimpin yang memerintah. Tanpa menyedari wang yang digunakan adalah untuk kesejahteraan rakyat bukan untuk menunjuk kehebatan diri untuk memimpin. Lihatlah pemerintah Umar Al-khattab. Bagaimana beliau menjaga rakyatnya dengan cara menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa ada slogan-slogan indah. Hanya yang ada kini menjadikan Umar sebagai panduan untuk memerintah .

Pemerintah perlu sedar kesilapan dalam menguruskan kekayaan Negara. Kenapa sebuah konglomerat kerajaan yang bertaraf dunia terpaksa menanggung kerugian RM1.2bilion. adakah kerajaan tidak mengetahui akan masalah yang menimpa SimeDarby ini? Mungkinkah SimeDarby ini dipaksarelakan untuk menyiapkan Empangan Bakun di Sarawak yang selama ini kita tahu tentang kerugian dalam melaksanakan projek besar ini dan menyebabkan GLC ini terpaksa menanggung kerugian besar? PosMalaysia juga menjadi adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang terpaksa menanggung kerugian dalam operasinya. Dimana urustadbir professional untuk mentadbir syarikat ini. Pemantauan tentang pelaburan tidak dijalankan dengan baik sehinggakan pelaburan yang dijalankan mendatangkan liabiliti pada Negara hingga meningkatkan beban hutangnya kepada RM227juta. Nilai ini bukannya kecil untuk digelaketawakan. Ini adalah bukti kegagalan pentadbiran dan pemantauan oleh kementerian kewangan sebagai pentadbir GLC ini. Juga dana-dana KWSP, Perkeso, Tabung Haji, dan dana-dana awam lain yang dijadikan mangsa untuk membantu pelaburan dalam syarikat-syarikat yang tidak menguntungkan.

Satu lagi kerugian terhadap Negara adalah terkorbannya dua telaga minyak Negara seperti yang dilaporkan oleh Tun Dr Mahathir. Perkara ini telah dibuat keputusan tetapi masih kabur dalam penjelasan kerajaan. Cuba kita luangkan minda kita untuk berfikir, sekiranya tanpa Tun Mahathir yang mempunyai “orang dalam” yang rapat dengan beliau dan tanpa ruang untuk bersuara, adakah kita akan mengetahui hal-hal yang amat penting ini? Akhbar-akhbar dan TV tidak langsung menyiarkan terkorbannya telaga blok L dan M ini. Setelah Tun Mahathir menyiarkan dalam Blognya, Barulah kita tahu hal besar ini sedangkan perkara ini telah ditandatangani lebih setahun yang lepas. Ini adalah penganiayaan kerajaan kepada rakyat yang memberi amanah untuk memerintah. Tetapi yang lebih penting dari itu adalah kerugian Simpanan minyak yang bernilai RM320bilion. Cuba bandingkan nilai ini dengan nilai wang yang disubsidikan kepada rakyat atas barangan keperluan harian. Adakah kerana subsidi Negara akan muflis atau pemerintah tidak tahu untuk menjaga kebajikan golongan yang diperintah?

Sekiranya ketirisan dan pembaziran terus berlaku, Negara kita tetap akan muflis walaupun subsidi dihapuskan. Ini adalah sebagai pembuka hati yang tertutup atas rasa keselesaan, pembuka mata bagi golongan buta melihat keindahan permodenan Negara untuk berfikir dan bangkit mencari sebuah kehidupan berintelektual tanpa ditipu dan dijadikan bahan sogokan kepada golongan-golongan elit yang sekadar mahu hidup atas penderitaan golongannya sendiri. Jangan biarkan diri diperbodohkan atas nama keselesaan semata-mata. Kita berhak menuntut kemakmuran atas Negara kita sendiri.

Pilih Pemerintah : Tangan Rakyat Penentu Masa Depan (II)

Saturday, May 01, 2010



Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.

Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

(i). Solat sunat
( ii). Puasa sunat
(iii). Berzikir
(iv). Bersedekah
(v).Mengusap rambut anak yatim
(vi). Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
(vii). Membantu orang susah


Wallahuaklam……

Akuinginbebas

Aku Menangis...

Friday, April 09, 2010

Beribu batu kita melangkah dan jutaan pengalaman akan mengajar kita tentang erti kehidupan. Tapi kita mesti ingat bahawa perjalanan kita ari ini dan seterusnya adalah perjalanan yang sementara dan akhirnya kita akan di matikan untuk menjalani kehidupan yang akan kekal buat selama-lamanya.

Kelas yang berakhir dengan sebuah perbentangan program yang bagi aku sesuatu yang amat mendukakan kerana seorang pelajar yang belajar selama satu semester tetapi gagal memahami satupun objektif pembelajaran. Amat mendukacitakan.

selepas ini bermulalah kerukunan untuk 'survive' mengadap dan memahami apa yang kita belajar selama ini. DiPaksarelakan untuk belajar dan mengulangkaji apasaja yang berkaitan. Dengan perasaan yang kosong, jiwa yang hilang bagaimana untuk mengerakkan diri untuk meneruskan perjalanan yang sementara ini. Apa yang akan aku bagi untuk menjawap semua soalan dan persoalannya.

Rindu ini Rasa Ini Kasih ini dan Hidup ini....

Kini aku berharap Hidup aku akan kembali semula untuk meneruskan perjuangan yang selama ini berjuang tanpa pejuang

Salam Peperiksaan untuk semua..Moga berjaya insyallah

Hari Terakhir dan Permulaan Ketegangan Otak

Saturday, April 03, 2010

18 Rabiulakhir 1431H
Email : Fatiq Mohezad Mohd Suhaimi

Segitiga bermuda yang juga biasa disebut segitiga setan terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah2 teritorial britania raya sbg titik di sebelah utara, puerto rico teritorial amerika serikat titik di sebelah selatan dan miami negara bahagian florida amerika serikat sbg titik disebelah barat.

Pasti pernah dgr kan peristiwa2 aneh di sana yang sering terjadi kapal2 hilang baik laut maupun udara secara misterius.Ada yang bilang segitiga bermuda itu adalah tempat mangkalnya alien dan ufo.Ada yg bilang itu adalah pusat magnet terbesar didunia.Ada juga yang bilang itu pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menyedot apapun yg melintas.Lalu apa pendapat islam tentang segita bermuda?

Ada hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebagibn lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan bermuda???

Alasannya karena bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadist ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda.Perkara2 aneh yg terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu??? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak bisa mendekati pusat kawasan agung itu,maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu(segitiga bermuda).Karena sesungguhnya barang siapa yg bisa sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya.

Banyak orang2 zaman dahulu yang telah mencuba kepusat Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencoba masuk ke kawasan agung itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

PS: ya Allahu’alam… Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.


@Regards,

Fatiq Mohezad Mohd Suhaimi
Structural Draughtsman,
Design Department,
New Doha International Airport,
Sinohydro-Gamuda-WCT Joint Venture,
P.O Box 23948, Doha, Qatar.

http://idhamlim.blogspot.com/2010/04/misteri-segitiga-bermuda.html

Misteri Segitiga Bermuda