Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, February 03, 2015







Kekasih kepada pelajar wanita ini dikatakan mempunyai masalah mental.

 Seorang wanita berusia 19 tahun dibunuh kejam oleh rakannya apabila lehernya dikelar di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang, di sini.

Mangsa seorang remaja perempuan, yang juga pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Nur Syuhada Johari, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang tadi selepas dia dipercayai dikelar di bahagian leher dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.





Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

“Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggang dan melihat ramai orang awam turut berhenti menyaksikan kejadian terbabit.

“Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah dikelar dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

“Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.

Sumber : Sinar Harian




Al-Fatihah. Doakan kebaikan untuk mereka yang telah pergi awal dari kita.

Sebab sebenar pelajar UiTM dikelar leher teman lelaki?

Sunday, January 25, 2015




Makin hari kita gagal melihat hebatnya panduan yang Nabi kita sampaikan. Malah perintah Allah kita buta-buta menolaknya. Bab hukum jauh sekali hendak diikutnya.

Pemimpin yang bertugas untuk mendidik akan rakyatnya jelas mengikut Tuhan HUMAN RIGHT yang seakan melihat manusia ini adalah tuan dan hidup sudah EGO dan SOMBONG. Inilah zaman manusia yang tingginya keilmuan tetapi gagal tunduk kepada pencipta. Malah seakan hilang sifat Bertuhan kepada Allah dalam diri.

Dan Hari ini kami melihat janggalnya para pemimpin yang mengatakan


"Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah"

 

 
Menteri bertanggungjawab hal kanak-kanak

 

Kami MEMBANTAH..

baca....

Isu rotan: Ambil iktibar kes pasangan Sweden

RUJUKAN kes pasangan Malaysia Sweden sudah jelas dan nyata, mungkinkah anak-anak akan dipisahkan dengan ibubapa kandung hingga berusia 18 tahun?

Akan wujudkah manipulasi dan 'industri anak angkat' yang memberi pulangan lumayan, sepertimana Sweden membayar 10 ribu Swedish Kronas (RM4,300) kepada ibubapa angkat ?

1. Pengalaman SukaGuam sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden mendapati larangan merotan anak seperti terkandung dalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ditentang hebat oleh pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak-pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

2. Jika pihak mereka juga tidak sependapat berkenaan perkara ini, mengapa pula Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat negara ini yang merotan anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin melalui kaedah tertentu.

3. Harus diingat bahawa merotan bagi tujuan mendidik adalah 'amat berbeza' dengan perbuatan mendera seperti yang ditafsir dalam CRC. Malah, statistik penderaan kanak-kanak tidak pun berkurangan, malah bertambah buruk di negara-negara yang melarang perbuatan merotan anak.

4. Kesalahan jenayah melibatkan 2 elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah). Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar dari pengertian ini.

5. SukaGuam bimbang, hukuman ke atas ibubapa yang merotan anak akan disusuli dengan tindakan susulan seperti di Sweden iaitu memisahkan anak-anak berkenaan sehingga berusia 18 tahun. Anak-anak akan diperintah mahkamah untuk diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berkemungkinan berbeza agama.

6. Hasil kajian kami di Sweden juga mendapati bahawa sejak undang-undang itu diperkenalkan pada 1979, sudah lebih 300 ribu kanak-kanak dipisahkan dengan ibubapa kandung mereka dan terpaksa hidup dengan keluarga angkat sehingga berusia 18 tahun. Undang-undang ini amatlah menyiksa jiwa anak-anak dan ibubapa kandung berkenaan.

7. Beberapa pihak di Sweden juga mendedahkan betapa undang-undang ini dimanipulasi untuk mengaut keuntungan dengan wujudnya 'industri anak angkat', di mana pemberi maklumat dan ibubapa angkat diberi bayaran sehingga 10 Ribu Swedish Krona (kira-kira RM4,300) bagi seorang anak angkat yang dijaga.

8. Menteri berkenaan mungkin terkhilaf dalam perkara ini, namun masih belum terlambat untuk memperbetulkannya. Merotan anak-anak adalah diharuskan oleh agama bagi tujuan mendidik, seperti yang disebut dalam Hadis Nabi.

9. Mengapa kita mahu termakan umpan agenda Barat melalui Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang secara halus mahu umat Islam menjauhi ajaran agama dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah?

10. Cadangan ini jika dilaksanakan bakal melahirkan 'generasi besar kepala', tidak menghormati ibubapa, seterusnya membesar dengan akhlak buruk seperti yang kini berlaku di negara yang mengamalkan peraturan larangan merotan anak.

Khairul Anwar Rahmat
Pengerusi SukaGuam Malaysia

Sumber  :Sinarharian



Merotan : Kita tak ikut panduan. Makin jauh dengan panduan Rasulullah S.A.W

Saturday, January 24, 2015



KUALA TERENGGANU - Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja, 86, mangkat di sebuah pusat perubatan di ibu negara pukul 3.26 petang hari ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda.

Beliau berkata berikutan kemangkatan itu, Terengganu akan berkabung selama 40 hari dan bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula hari ini sehingga 4 Mac.

"Jenazah almarhum dijangka tiba di Kuala Terengganu pukul 10 pagi esok dan akan dibawa ke Istana Maziah sebelum dibawa ke Masjid Abidin untuk solat jenazah serta dikebumikan di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin selepas solat zuhur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata waktu untuk pembesar negara dan negeri serta tetamu kenamaan memberi penghormatan terakhir dijangka bermula 12 tengah hari esok sehingga
pukul 1 tengah hari di Istana Maziah manakala untuk rakyat jelata yang ingin memberi penghormatan terakhir adalah dari 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurutnya Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari luar negara. 

Tengku Ampuan Intan Zaharah berkahwin dengan Seri Paduka Tuanku Ismail Nasiruddin pada 3 April 1944 dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu
pada 6 Jun 1949.

Baginda menjadi Permaisuri Agong dari 1965 sehingga 1970 dan pernah dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7
Februari 1966 selain dianugerahkan Darjah Utama Mahkota Negara pada 6 April tahun yang sama.

Baginda merupakan Penaung Pertubuhan Pandu Puteri Terengganu. - Bernama


Al- Fatihah 

Tengku Ampuan Tua Terengganu mangkat

Tuesday, May 03, 2011

Kini kita kehilangan seorang manusia yang berani melawan kuasa besar dunia. akan lahir lagikah Manusia Besar seperti Assyahid Osama bin Laden? Betapa busuknya hati Amerika sehingga menembak mati Osama dan jasadnya dibuang ke Laut!
mungkin terlalu bencikan assyahid adalah penyebab sehingga mayatnya dikebumikan(dibuang) ke laut








Osama : Sebagai seorang penentang kuasa imperialis yang konsisten lebih 37 tahun, Osama percaya dan yakin bahawa sebesar dan sehebat manapun kekuatan kuffar yang menzalimi umat Islam seluruh dunia, mereka tetap boleh dikalahkan

As Syahid Osama membawa bersamanya sebuah iltizam yang berasaskan sikap Islamnya yang tegas dan tidak berkompromi. Beliau tahu benar bahawa yang dihadapi bukan kekuatan militer tetapi sebenarnya ia berhadapan dengan tamadun salibi Barat bersama zionis Yahudi yang kini menguasai seluruh dunia.





As Syahid Osama mempunyai kefahaman mengenai hegemoni politik Barat yang sangat jelas ketika beliau

sang mujahid ini telah membuktikan bahawa dirinya, nyawanya demi untuk menghancurkan musuh Islam al kubra. Yakni setan besar, kata Khomeini.



Barak Obama. Amerika tetap Amerika, walau apapun "jasa"nya terhadap umat Islam tapi hakikatnya merupakan musuh yang nyata lagi terang.

P/S: marilah kita semua bangkit menolak pergantungan kepada kuasa ku'far!! Bangkitlah Umat sekalian.

Sumber wikipedia

Born March 10, 1957
Died May 2, 2011 (aged 54)
Cause of death Gunfire Years active 1988–2011
Successor Ayman al-Zawahiri Religion Sunni Islam (Qutbism)[1][2]
Children Abdallah Laden
Saad bin Laden
Omar bin Laden
Hamza bin Laden
Place of birth Riyadh, Saudi Arabia
Place of death Abbottabad, Pakistan 34.16928°N 73.24252°E
Resting place North Arabian Sea
Allegiance Al-Qaeda

Battles/wars
Soviet war in Afghanistan
War on Terror:
• War in Afghanistan
o Battle of Tora Bora
• War in North-West Pakistan
o Operation Geronimo

Kematian Assyahid Osama bin Laden

Sunday, January 30, 2011


beritaislamglobal.blogspot.com

Pekerjaannya hanya sebagai tukang kayu dan menjual-beli hasil pertanian di Mesir, seorang yang sangat berani, cerdas, sabar dan memiliki jiwa yang sangat tenang, sangat perihatin dan bersemangat untuk membela kaum muslimin, membela saudara-saudaranya di Palestin yang dizalimi penjajah Zionis Yahudi.

Tukang kayu tersebut bernama Yusuf Thala’at, atau lengkapnya Yusuf Izzuddin Muhammad Thala’at, lahir pada Ogos 1914 M di kota Ismailiyah, Mesir.

Setelah berkenalan dengan Imam Hasan Al Banna, Mursyid Am Al Ikhwan Al Muslimin pada tahun 1936, Yusuf Thala’at terdorong untuk berjuang membela, menolong kaum muslimin, khususnya kaum muslimin di Palestin yang sedang berjuang melawan penjajah Inggeris yang pada masa itu didukung Zionis Antarabangsa.

Perjuangan menyokong dan membela Palestin dilakukan Yusuf Thala’at dengan berbagai macam cara, bermula dari menyebarkan risalah, mengadakan latihan perang, berkhutbah, berceramah sehinggalah berdemonstrasi.

Sepak terajang dan aksi Yusuf Thala’at bersama Jama’ah Al Ikhwan Al Muslimin dalam demonstrasi aman untuk Palestin mendapat liputan media masa Mesir. Akhbar Al Ahram, Mesir terbitan 13 Julai 1938 melaporkan, “ Jamaah Al Ikhwan Al Muslimin di kota Ismailiyah mengadakan demonstrasi dari masjid Jami’ Al Abasi menuju ibupejabat Al Ikhwan Al Muslimin untuk memperlihatkan perasaan dan kecintaan mereka terhadap rakyat Palestin. Polis menangkap sejumlah penunjuk perasaan. Setelah selesai melakukan siasatan terhadap mereka, pemerintah Ismailiyah mengambil keputusan menahan Hasan Al Banna, Yusuf Thal’at, dan tokoh-tokoh Ikhwan lain. Mereka ditahan selama empat hari untuk disoal-siasat”.

Pada tahun 1948, Imam Hasan Al Banna, mengerahkan 10,000 orang anggota Al Ikhwan Al Muslimin dari Mesir, Syria dan negara Arab lainnya untuk berjihad di Palestin menentang penjajah Zionis Yahudi yang mendapat sokongan Inggeris.

Yusuf Thala’at termasuk di dalam pasukan Al Ikhwan Al Muslimin yang berjumlah 10,000 orang tersebut. Ia merupakan orang yang pertama kali bergegas berangkat jihad ke Palestin bersama sejumlah ikhwan dari Ismailiyah.

Dengan semangat juang yang tinggi dan tanpa perasaan takut kecuali kepada Allah swt, Yusuf Thala’at memimpin perang di Dirul Balah melawan tentara Zionis Yahudi. Dalam peperangan itu, 12 orang mujahidin Al Ikhwan Al Muslimin gugur sebagai syuhada.

Ketika diadakan gencatan senjata untuk menyerahkan jenazah para korban. Panglima perang Inggeris tercengang apabila melihat mujahidin Al Ikhwan Al Muslimin yang gugur, kesemuanya terkena tembakan peluru di bahagian dada. Peristiwa ini menjadi perbincangan diantara pasukan musuh, mereka mengetahui sikap pejuang sejati, pejuang yang tidak ingin lari dari medan perang, pejuang yang tidak takut mati, pejuang yang bersedia memerangi lawan untuk mendapatkan syahid di jalan Allah.

“dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, Maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan." (QS: An Nur/24: 52).

“Sesungguhnya kamu mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; (sekarang) sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya”. (QS: Ali Imran/3 : 143)

Pada tarikh 8 Disember 1954, Koran Bari Matish terbitan Perancis mewartakan bahawa:

“Pada pukul enam pagi tanggal 7/12/1954, bendera hitam dikibarkan di penjara Kaherah dan orang-orang yang dijatuhi hukuman mati diiringi pengawal, dengan berkaki ayam dan memakai pakaian eksekusi hukuman berwarna merah.

Pada pukul lapan, bermulalah eksekusi hukuman mati terhadap enam orang anggota Al Ikhwan Al Muslimin: Mahmud Abdul Latif, Yusuf Thala’at, Handawi Dawir, Ibrahim Ath Thayyib, Muhammad Farghali dan Abdul Qadir Audah. Keenam-enam orang ini berjalan ke tali gantung, dengan keberanian luar biasa dan memuji Allah karena mendapat kemuliaan syahid”.

“dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.” (QS: Al Baqarah/2 : 154).

“janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (QS: Ali Imran/3 169).

“di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya),” (QS: Al Ahzab/33:23).

Sahabat Yusuf Thal’at, Syekh Abdul Qadir Audah (gambar bawah), seorang hakim lagi faqih dan pakar undang-undang, sebelum dilaksanakan hukuman mati berdoa kepada Allah, “Darahku akan menjadi laknat atas pemimpin-pemimpin Revolusi”.


Allah mengabulkan doa orang yang dizalimi, darahnya menjadi laknat bagi penguasa yang terlibat dalam eksekusi terhadap para ulama dan pejuang Palestin. Tidak ada seorangpun di antara mereka yang zalim itu selamat dari hukuman Allah di dunia. Mereka mengalami kehidupan yang sangat tragis.

Jamal Salim, ketua Mahkamah, menderita penyakit saraf. Saudara Jamal Salim, Shalah Salim, ginjalnya tidak berfungsi, hinga air kencingnya tertahan dan mati keracunan. Syamsu Badran dijatuhi hukuman seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri atau diracun. Hamzah Basyuni dilanggar dengan teruk, hingga tubuhnya hancur dan bertebaran di atas tanah. Al Askari Ghunaim ditemui mati dalam kebun. Ash Shaul Yasin diserang untanya dan tulang lehernya retak hingga mati. Abdun Nashir seluruh hidupnya dipenuhi rasa ketakutan dan keresahan, baik dalam jaga maupun tidur. Bahkan kuburnya digenangi aliran air.

Semoga Allah mengumpulkan pejuang-pejuang yang gugur di jalan-Nya bersama Rasulullah saw di dalam surga-Nya yang mulia. Amin.


-BIC

p/s kebangkitan islam kini telah diasaskan oleh ulama dan cendikiawan selepas jatuhnya kalifah uthmaniyyah di Turki dahulu. Perjuangan mereka ini disandarkan dengan air mata dan darah para pejuangan yang ingin menegakkan agama Allah iaitu ISLAM untuk melihat islam kembali di segani dan dihormati oleh manusia seluruh dunia. Sedarkah kita bahawa kita kini dikaburi oleh musuh2 Islam yang mengatakan melalui media2 mereka bahawa para pejuangan dan ulama yang ingin mendaulatkan ISLAM di bumi Allah ini adalah PENGGANAS! Sekalian umat islam juga yang turut bersubahat dengan musuh2 islam ini juga mengambil kesempatan menolak jasa2 pejuangan ini dengan dengan bercakap senada dengan musuh2 islam. Maka kita yang sedar bahawa agama Allah akan kembali berdaulat perlu bersama-sama berjihat untuk menegakkan ISlam dengan apa juga usaha hatta dengan titisan DARAH sekalipun.

Moga Bumi Malaysia juga mendapat tempias dari perjuangan untuk memartabatkan agama Allah, Islam. Bersama-samalah kita dengan para ulama dan solehin untuk bangkit menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman Makmur dibawah pentadbiran Islam. Islam tidak menghalalkan pemimpin yang kurop, pemimpin yang menghalalkan judi, pemimpin yang mengaut kekayaan dari keringat rakyatnya sendiri.

Tukang kayu berjihad di Palestin

Monday, January 10, 2011


Hebat!! Apabila pemimpin dekat dengan agama dan tuhannya maka kita lihatlah rakyatnya juga akan dekat dengan agamanya. Apa pula pilihan kita, pemimpin manakah yang ingin dijadikan 'role model' kepada ralkyat pada masa kini. Adakah Pimpinan yang ada sekarang ini mampu lakukan seperti barisan pemimpin ini??Rakyat pasti tahu dan rakyat perlu berubah mencari pemimpin yang mampu memimpin dunia dan akhirat.

Malaysiakini,10 Jan - Tidak kurang 12 ribu rakyat berhimpun dalam majlis solat hajat dan ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.


Mereka juga berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN. Selain itu orang ramai juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

"Kita bersama MB Selangor, Khalid Ibrahim akan mempertahankan Selangor daripada BN," kata naib pengerusi PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan pembukaannya.

Majlis berkenaan bermula sekitar jam 7 petang yang menyaksikan orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah oleh timbalan mursyidul am pas, Datuk Harun Din.

Berkerusi roda

Selesai solat Isyak, mereka mengadakan sembahyang hajat.Antara yang hadir termasuk, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang datang dengan berkerusi roda. Kehadiran menteri besar Kelantan itu disambut dengan laungan 'takbir' yang bergema di stadium berkenaan.


Selain Nik Aziz, turut bersama adalah Anwar, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Solat Isyak dan solat hajat perdana diimamkan oleh Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Anwar.

Hadi dalam pidatonya juga menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak lawan yang mahu merampas negeri itu.

Katanya, apa yang menimpa Selangor hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959 lagi.

Mesti bersabar

"Kita mesti bersabar dan kami dalam PAS telah lama alami keadaan ini.


"Kita berpengalaman sejak tahun 1959 apabila kerajaan PAS Terengganu diguling sebelum kita ambil balik pada tahun 1999," katanya .

Menurut Hadi yang juga bekas menteri besar Terengganu, pengalaman sama turut menimpa kerajaan PAS Kelantan, apabila diguling pada tahun 1978 dengan menggunakan Akta Darurat pada waktu itu.

Namun PAS Kelantan kemudiannya bangkit semula dan berjaya merampas negeri itu pada tahun 1990.

Terbaru pula jelasnya, rakyat dipertonton dengan tragedi rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang, mahu rakyat tahu bahawa tindakan merampas negeri secara zalim, adalah strategi orang yang lemah.

"Cara begini bukan kekuatan, menipu ini satu kelemahan, tindakan tidak bijak dan tidak pandai.

Tunjuk perangai

"Dan sekarang mereka tunjuk lagi perangai itu," katanya.

Namun apa yang penting menurut Hadi, Pakatan Rakyat perlu melangsungkan perjuangan dengan konsisten dan bersabar.


Perjuangan tersebut katanya, perlu dibuat pada landasan yang betul dan jangan terpesong atau mengikut golongan yang tidak mengerti.

"Ini bukan janji PAS, bukan PKR, tapi ini janji Allah dalam al-Quran.

"Teguhkan ikatan ini, perbetulkan cara bertindak kita. Insya Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada kita dalam pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Anwar dalam pidatonya pula berharap pimpinan kerajaan negeri Selangor tidak hilang fokus dan terus menambah serta memperbaiki khidmat biarpun teruk diasak, khususnya dalam kes pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Lawan Umno

"Ingatan dan nasihat saya kepada menteri besar, ahli exco dan kerajaan negeri Selangor, kita jawab tetapi fokus. Kita pertahankan Selangor dan tambah khidmat kebajikan, pastikan tata kelola yang baik di Selangor. Ini yang akan memenangkan kita.


“Kerana kalau tunduk kepada muslihat mereka. Ini menyebabkan kita asyik bertahan. Mengapa kita perlu asyik bertahan, kuasa di tangan kita di Selangor, rakyat Selangor bersama kita. Kita lawan Umno di Selangor. Lawan Tetap Lawan!" laung Anwar di ribuan hadirin.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu sentiasa bersedia lantaran negeri Selangor merupakan idaman Umno yang sehingga kini masih gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia ini.

"Dalam ucapan kita sebelum peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib, kita ingatkan kita akan hadapi tindakan lebih rakus dari dulu. Ternyata apa yang berlaku membuktikan andaian tersebut.

Tak boleh tahan

“Selangor dianggap mutiara bagi Umno. Mereka berkuasa di pusat tapi masih lemas kerana tiap hari dia terpaksa lalu Selangor. Nak pergi ke pelabuhan, nak pergi lapangan terbang, jadi dia tak boleh tahan," kata Anwar.

Justeru, Anwar mahu Pakatan Rakyat berpegang jelas dengan prinsip Pakatan Rakyat yang mendaulatkan institusi diraja, serta menjunjung Perlembagaan Negara dan tidak goyah walaupun diserang dan difitnah bertubi-tubi oleh Umno dari semua hala.

NONE"Soal derhaka. Semua orang tahu. Baca semua ucapan Presiden Umno tatkala meminda perlembagaan. Kasar, tiada pertimbangan. Orang ini nak ajar kita tentang taat? Tak payah defensif. Tak payah apologetik. Mengadap ke bawah Duli Tuanku. Beritahu pendirian kita.

“Pendirian DAP, PKR dan PAS. Pertahankan Perlembagaan. Pertahankan Bahasa Melayu. Islam agama Persekutuan dan Kedaulatan Raja-Raja. Itu pendirian kita, tak payah jelaskan kepada Umno ini pendirian kita," kata Anwar lagi.

-MalaysiaKini

Ribuan rakyat hadiri solat hajat di Shah Alam

Tuesday, January 04, 2011


Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.

Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.

“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.

Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan. - BHarian Online

Proton perlu bangkit mencari peluang untuk terus bersaing dalam sektor permotoran yang kini berkembang dengan Pengurusan syarikat yang seharusnya memperbanyakkan kerjasama srategik antara syarikat permotoran dunia sekiranya ingin bersaing dalam bidang ini. Ia seharusnya lebih relevan dengan mengeluarkan model-model yang futuristik dan memahami kehendak pasaran kereta malaysia dan juga pasaran antarabangsa.

Model gantian Perdana guna platform Nissan Fuga

Sunday, December 05, 2010



Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.

Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno.

Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.

Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.

217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.


Artikel asal bertajuk Tanah Melayu terhakis angkara Umno ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad

Bongkar Kepupusan Melayu~~ Usah cuit Hak Melayu kata Sultan Selangor

Tuesday, November 30, 2010

Bila saat ajal datang menjelang, malaikat izrail mainkan peranan, nyawa dan tubuh pun merenggang.. Allahukhbar janjimu telah datang


Takziah untuk keluarga Arwah dr CitraCahaya, Al Fatihah

PILU...Hayati mengiringi jenazah suaminya ke HKL untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Helmi.

KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.

Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.

Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.

“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak
jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.

“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.

Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian.

Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih.

Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.

Anggota polis trafik bersama anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha memindahkan mayat mangsa selain mengalihkan batang pokok terbabit yang menghalang laluan.

Hayati kemudian turut menaiki kenderaan polis menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Bapa saudara Hayati yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak buahnya memberitahu mengenai kemalangan kira-kira jam 9 pagi.

Dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bergegas pulang ke ibu kota dan terus ke HKL.

Menurutnya, melalui gambar dirakam kawan arwah di tempat kejadian, dia mendapati pokok itu sudah reput. Katanya, kejadian malang itu mungkin dapat dielak jika pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan menebang pokok yang boleh membahayakan nyawa.

“Namun, kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang,” katanya.

Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid HKL sebelum dibawa ke kampung halaman mangsa di Ipoh, Perak untuk dikebumikan.

HarianMetro

Menyayat Hati ~~Sujud dakap jenazah suami

Sunday, November 14, 2010


ALOR SETAR, 14 Nov (Bernama) -- Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan kerajaan negeri dan semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Baginda bertitah semua kakitangan jabatan negeri, persekutuan, badan-badan sukarela dan pihak-pihak lain didapati saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan juga fahaman politik, yang menggambarkan kekukuhan semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.

"Beta bersimpati kepada 60,240 orang yang menjadi mangsa banjir kali ini dan berasa sedih di atas kerosakan harta benda, tanaman, ternakan serta kemudahan awam yang dialami oleh setiap mangsa banjir. Namun beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 di Wisma Darul Aman, di sini.

Sultan Abdul Halim juga bertitah badan pemantauan untuk mengukur tahap pelaksanaan projek perlu ditubuhkan, dan pada masa sama rakyat diberi peluang untuk menzahirkan aduan, pandangan mahupun komen serta maklumat terkini agar perancangan yang dibuat dapat melahirkan kehidupan lebih berkualiti dan harmoni di masa hadapan.

Titah baginda, prestasi negeri Kedah dalam menerima masuk pelaburan asing juga adalah memberangsangkan di mana bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, jumlah pelaburan dalam sektor perkilangan menjangkau RM1.8 bilion, dan ini menampakkan negeri Kedah sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menarik dan menguntungkan di kaca mata pelabur asing.

Baginda seterusnya menyeru agar para petani dan penternak melakukan tranformasi kaedah pertanian secara kecil-kecilan kepada kaedah pertanian bercorak komersil dengan lebih agresif.

"Kerajaan beta menyediakan beberapa program pertanian berskala besar yang turut melibatkan kerjasama GLC, syarikat swasta, petani dan penternak," titah baginda.

Dalam aspek menyemarakkan ilmu keagamaan, baginda bertitah kerajaan negeri menjalankan usaha berterusan bagi meningkatkan penguasaan dan penghayatan ilmu di kalangan masyarakat Islam.

Sultan Abdul Halim bertitah minat dan kecenderungan untuk melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah agama semakin meningkat, justeru kerajaan negeri bertindak memperkukuh Maktab Mahmud dan sekolah-sekolah agama milik kerajaan negeri bagi memenuhi pertambahan bilangan pelajar.

-- BERNAMA

Pesanan : Semua pihak telah memainkan peranan dan melaksanakan tugas yang terbaik semasa bencana banjir yang berlaku di bahagian utara semenanjung baru2 ini tetapi dek kerana media yang telah mengapi2kan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri menyebabkan segelintir rakyat telah termakan dengan berita2 bodoh yang disebarkan oleh mereka2 yang rendah ETIKAnya. Rakyat juga termakan kata2 lunak orang2 kaya yang tak bersingsing kain meredah banjir tetapi hanya datang selepas semuanya dah dibantu dan mereka hanya pandai bercakap memburukkan golongan yang bertungkus lumus membantu mangsa2 banjir ini. Kita perlu kenal dan Menghargai INTAN di depan mata, Bukan kaca yang bersinar di seberang laut.Usah kita diperbodohkan..
.

Banjir: Sultan Kedah Dukacita Sumbangan Kerajaan Negeri Tidak Dihargai

Saturday, November 06, 2010

.
SEJAK Proton melancarkan model Inspira, ramai pemilik Mitsubishi Lancer GT yang makan hati. Bukan sahaja kerana harganya yang jauh lebih murah, malah ramai wakil media yang memandu uji Inspira mendakwa kualiti pemanduannya lebih baik berbanding Lancer GT.

Paling kasihan ialah pengimport dan pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd (MMM). Mereka terpaksa menjawab rasa kurang puas hati segelintir peminat tegar Lancer yang merasakan diri mereka seolah-olah menjadi mangsa keadaan. Sedangkan, apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasa MMM.

Apa pun persepsinya, anda harus tahu bahawa tindakan menjadikan model Lancer sebagai produk terbaru Proton adalah satu keputusan bermotifkan bisnes. Pendek kata, kedua-dua pihak iaitu Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Jepun dan Proton akan sama-sama memperoleh manfaat daripada kerjasama tersebut.

Terutama dari aspek skala ekonomi dan penjimatan kos dalam penghasilan model baru. Pada masa yang sama, membolehkan lebih ramai pengguna memandu model idaman itu pada harga mampu milik.

Kolaborasi antara pengeluar kenderaan dalam melakukan proses yang dikenali sebagai rebadging kini sudah menjadi lumrah. Semuanya kerana mahu mengurangkan kos, memaksimumkan keuntungan dan jangkauan para pembeli berpotensi. Salah satunya ialah Aston Martin yang mengambil model Toyota iQ untuk menghasilkan model Cygnet.

Lancer Sportback ialah varian daripada keluarga Lancer yang mengambil pendekatan sebuah model wagon atau turut dikenali sebagai estate di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Sudah semestinya model itu lahir dengan DNA sebuah Lancer sama ada dari reka bentuk (dalaman dan luaran) mahupun pengendaliannya. Kalau ada yang tertanya-tanya sama ada ia akan menjadi 'Inspira Sportback' pula untuk beberapa tahun akan datang, saya tidak fikir Proton mahu ambil peduli terhadap pasaran yang cukup niche ini.

SISTEM audio 2DIN ini boleh memainkan muzik dalam format MP3.

Melengkapi varian Lancer

Kali ini medan ujian Lancer Sportback nun di pulau bebas cukai, Pulau Langkawi. Sebenarnya, sesi pandu uji yang meliputi perjalanan sejauh lebih 200 kilometer (km) itu turut melibatkan model crossover kompak, Mitsubishi ASX.

Lancer Sportback merupakan model kedua yang dilancarkan pada suku keempat tahun ini selepas Pajero. Ia melengkapkan varian Lancer yang ditawarkan oleh MMM iaitu Lancer GT dan Lancer EX. Maksudnya, jika anda mahukan sebuah Lancer yang lebih berkuasa dan tidak kurang dari segi ruang kargonya, inilah jawapannya.

Dijual pada harga RM132,980 seunit, anda bakal memperoleh sebuah Lancer yang benar-benar berbeza. Enjinnya lebih berkuasa dengan sesaran 2.4 liter yang dipadankan dengan transmisi CVT enam kelajuan. Sesaran enjin tersebut adalah yang paling besar dalam pasaran segmen C tempatan pada masa kini.

Di atas kertas, enjin ini mampu menjana sehingga 170PS dan tork maksimum 226Nm. Namun sebaik pedal minyaknya ditekan, pemandu mungkin berasa Lancer Sportback agak berat.

Pemanduan meyakinkan

Letakkan sahaja tuil gear pada kedudukan D, kuasa yang diagihkan kepada kotak gear automatik itu lancar, walaupun sedikit malas. Jika mahu mengawal sendiri kedudukan gear, gunakan sahaja paddle shifter yang ada di belakang stereng.

Walaupun kuasa tork kurang memberangsangkan, pertukaran gear yang dibuat dengan pantas menghilangkan kekecewaan itu.

Paling penting, Lancer Sportback menjanjikan pemanduan yang cukup meyakinkan. Pandulah dengan agresif mana pun, olengan tubuhnya adalah minimum. Setting suspensi topang MacPherson bebas pada roda hadapan dan suspensi jenis multilink bebas membuatkan anda tersenyum ketika melayan selekoh pada kelajuan yang tinggi. Ditambah pula dengan sistem Active Stability Control (ATC) dan Traction Control, apa lagi yang anda mahukan?

Model yang didatangkan dari Jepun itu meneruskan wajah Lancer dengan rekaan gril lebar dan disalut krom pada bingkainya.


Berada di dalam kabin Lancer Sportback, anda boleh mengagak rekaan papan pemuka Mitsubishi yang ringkas. Semua butang kawalannya mudah dicapai. Tempat duduknya yang disalut dengan kulit berwarna hitam itu cukup selesa walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.

Radio Kenwood dengan ciri skrin sentuh itu pula memerlukan sedikit masa untuk difahami cara operasinya. Mencari saluran radio secara automatik atau manual agak menyakitkan hati. Di pulau Langkawi, pilihan saluran radio Thailand lebih mudah ‘ditangkap’ berbanding radio tempatan.

Apa pun, Lancer Sportback boleh menjadi alternatif kepada mereka yang mahukan kelainan tanpa berkompromi dengan kualiti pemanduan terbaik. Ia hanya didatangkan dalam satu varian spesifikasi dengan tiga warna pilihan iaitu putih, biru dan hitam.

Kosmo! Online

.

Varian Lancer sebuah wagon

Friday, November 05, 2010

Sejak seminggu yang lepas bahagian utara tanah air meliputi negeri Kedah dan Perlis telah dilanda banjir yang teruk. ia dikatakan bencana yang lebih buruk berbandingkan daripada banjir yang telah dialami semasa 2005 yang lepas. Kawasan yang teruk ditenggelami air merangkimi kawasan kangar di Perlis dan kawasan Alor Setar dan Jitra di negeri Kedah.

Bagi mangsa yang mengalami musibah banjir ini, kita mengharapkan keampunan dari Allah sekiranya DIA menurunkan peringatan kepada kita supaya kita lebih dekat padaNYA.

------------------------------------------------------------------------------------
KEHIDUPAN seseorang manusia di muka bumi ini sentiasa diuji Allah dengan pelbagai musibah yang silih berganti.

Saban hari umat manusia di dunia ini mengalami penderitaan ditimpa bermacam-macam musibah. Gempa bumi, banjir, tanah runtuh adalah rentetan musibah yang terpaksa dilalui manusia sejak sekian lama dan tidak henti-henti sampai kini.


Pelbagai kajian dilakukan untuk memahami fenomena alam dan menciptakan kaedah bagi menghadapi malapetaka itu, namun hingga kini tiada siapa dapat menghalangnya daripada terus melanda bumi. Bagi sesetengah manusia, segala musibah dan bencana itu kerana faktor kejadian alam bukannya daripada Allah. Tetapi kita orang mukmin mesti mempercayai segala musibah dan nikmat datang daripada Allah sebagai satu dugaan untuk menilai ketakwaan kepada-Nya. Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: ‘Kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Jadi, sebagai hamba Allah seharusnya sikap bersabar menjadi elemen peribadi semasa berdepan dengan musibah itu. “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang khusyuk.” (Al-Baqarah ayat 45) Melalui dua cara inilah Allah menjanjikan pertolongan kepada kita dalam menangani rasa dukacita dilanda musibah. Sabar dan tunaikan solat, insya-Allah bantuan Allah akan sampai kepada kita.

Apa yang penting semasa ditimpa musibah, seseorang yang mengaku beriman kepada Allah dikehendaki bersikap sabar dan tidak terlalu bersedih hati. Allah akan memberikan ganjaran pahala yang tidak terhitung kepada orang-orang mukmin yang sentiasa bersabar tatkala mengalami musibah. “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang ketika musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.” (Al-Baqarah ayat 155 ). Inilah perkhabaran menggembirakan buat umat yang terkena musibah lalu mereka tetap tabah menghadapinya kerana faham dan insaf kejadian yang menimpanya, keluarganya, anak-anaknya serta harta bendanya satu ujian Allah untuk menguji tahap ketakwaannya.


Mari kita perhatikan satu lagi firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 22-23 yang bermaksud; “Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz ) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” Mereka yang ditimpa musibah hendaklah sentiasa memperkuatkan keyakinan diri bahawa apa yang menimpanya atas kehendak Allah. Lalu dengan berdoa bermunajat kepada Allah dengan penuh sifat kehambaan dan rendah hati, pasti Allah mendengar segala rintihan kita dan mengabulkan apa yang kita minta.


Manakala Abu Al-Faraj Ibnu Al-Jauzi ada meninggalkan kepada kita enam tip dalam menghadapi musibah.

Antara katanya, hendaklah seseorang menyedari dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat bersenang-senang. Seseorang itu juga hendaklah memahami bahawa setiap musibah adalah ketentuan daripada Allah. Tip ketiga, ialah hendaklah seseorang yang mengalami musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya. Seterusnya kata Abu Al-Faraj, hendaklah seseorang itu membandingkan antara musibah menimpanya dengan musibah yang dialami oleh orang lain, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur. Yang kelima, hendaklah seseorang mengharapkan ganti dari Allah sekiranya yang pergi atau hilang itu masih boleh mendapat gantinya. Dan yang terakhirnya hendaklah seseorang yang berdepan dengan musibah mengharapkan pahala dengan sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian terbaik baginya. Inilah petua berguna dan efektif kepada kita sebagai bekalan menghadapi sebarang musibah.


Seperkara lagi yang perlu kita insafi ialah tiada gunanya kita berkeluh kesah apabila berhadapan dengan musibah. Ini kerana sikap sedemikian tidak akan memberi sebarang makna. Marilah kita hayati pesanan Yahya bin Mua’az ra; “Wahai anak Adam, mengapa kamu harus menyesal terhadap sesuatu yang luput darimu yang tidak akan kembali lagi? Mengapa pula kamu merasa bergembira terhadap sesuatu yang kamu dapatkan, padahal kematian akan mengakhiri semuanya itu? Maka ketahuilah olehmu, bahawa keluh kesah ketika ditimpa musibah itu tidak akan dapat mengembalikan apa yang luput dari dirimu dan keluhan itu hanya akan menggembirakan musuh-musuhmu, bukankah musibah itu sudah merupakan kepastian daripada Allah? Justeru, persiapkanlah diri untuk menghadapi hal itu.” Di samping itu seseorang yang mengalami musibah perlu agar berterusan berdoa dengan yakin akan pertolongan Allah. Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud; “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan permohonanmu itu.” Diperturunkan di sini satu bacaan doa buat orang-orang yang ditimpa musibah. Bacalah doa ini, insya-Allah Allah akan meringankan penderitaan yang dialami. “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, kepada-Mulah aku mengharapkan pahala daripada musibah ini, maka berilah aku balasan (pahala) daripadanya dan berilah aku pengganti yang lebih baik daripadanya.”

> Penulis seorang guru
-----------------------------------------------------------------------------------------

Banjir Teruk landa utara tanah air(Kedah dan Perlis)

Friday, October 08, 2010

Nama Maher Zain sudah tidak asing lagi kepada peminat seni hiburan, apatah lagi album pertamanya, Thank You Allah, mendapat sambutan yang amat membanggakan.

Penyanyi berasal dari Lubnan ini, berharap akan dapat berkongsi sesuatu bersama peminat-peminatnya menerusi album yang memuatkan 14 buah lagu itu.

Berhasrat agar lagu-lagu bercorak ketuhanan semakin dekat di hati pendengar di seluruh dunia, penyanyi yang berusia 28 tahun ini tidak lokek berkongsi pengalaman di sebalik pembikinan album tersebut.

“Saya mahu sesuatu yang baru dan segar untuk pendengar. Saya mahu mereka terkesan apabila mendengar bait-bait lirik lagu yang saya nyanyikan.

“Lagi pula, tiga tahun lalu, saya pernah leka dalam menunaikan tanggungjawab saya sebagai Muslim. Saya jauh dengan Allah dan pernah terlupa bagaimana untuk membaca surah al-Fatihah. Saya rasa seperti orang lain,” katanya pada sidang media pelancaran albumnya di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya lagi, kehidupannya di negara Barat banyak mengajarnya untuk lebih dekat dengan Allah.

“Saya pernah tersilap memilih kawan dan mengakibatkan hidup saya tidak ada arah tuju. Bukan mudah untuk saya hidup di negara orang. Jika tak ada iman yang kukuh pasti boleh jauh tersesat,” ceritanya yang mula berhijrah ke Sweeden bersama keluarganya seawal usia lapan tahun.

Selain hadir untuk melancarkan album, Maher Zain juga akan mengadakan konsert mini Save The Soul bagi membantu mengutip dana untuk Raudhatus Sakinah sebuah institusi yang menjadi pelindung kepada mangsa sosial.

Konsert mini tersebut akan di adakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini.


Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

.

Maher Zain pernah jauh dari Islam, lupa baca al-Fatihah

Wednesday, August 11, 2010

RANTAU ABANG – Penantian seorang pemajak telur penyu untuk melihat sekumpulan anak penyu yang pernah dilepaskan olehnya lebih 30 tahun dahulu pulang semula menjadi kenyataan, apabila reptilia lindungan itu kembali mendarat di Pantai Rantau Abang, dekat sini, malam kelmarin.

Peristiwa bersejarah yang disaksikan penduduk tempatan dan beberapa Pegawai Jabatan Perikanan serta Pusat Kajian Penyu Rantau Abang itu turut disaksikan beberapa pelancong asing.

Berkongsi pengalaman, Mat Nor Hamid, 73, yang pernah menjadi pemajak telur penyu di Pantau Rantau Abang lebih 15 tahun bermula awal 70-an hingga lewat 80-an berkata, dia dapat mengecam penyu berkenaan adalah antara 3,000 anak penyu yang pernah dilepaskannya bersama Jabatan Perikanan pada 1974 berdasarkan tag pada bahagian kaki serta ekor spesies penyu yang sedang mengalami kepupusan itu.

“Saya terharu apabila melihat binatang lindungan ini kembali ke pangkuan kami.

“Penyu ibarat anak saya sendiri. Saya yakin penyu masih ada, cuma agak berkurangan. Jadi sama-samalah kita pelihara khazanah kita, terutama jaga kebersihan pantai serta kawal aktiviti perikanan agar tidak menjejaskan habitat penyu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pusat Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, penyu belimbing itu dianggarkan berusia 30 tahun.

Katanya, penyu berukuran 1.45 meter lebar dan 1.16 meter panjang itu adalah antara 3,000 penyu yang pernah dilepaskan di Pantai Rantau Abang pada 1974 berdasarkan tag yang masih terdapat pada badannya.

“Seekor penyu boleh menjangkau hayat sehingga 81 tahun dan berat melebihi 500 kilogram, jadi penyu belimbing yang mendarat di sini malam semalam dijangka boleh hidup lebih daripada 40 tahun lagi jika keadaan kesihatannya sempurna dan tiada gangguan terhadap habitatnya,” katanya.

.

Selamatkan Dari Kepupusan - Penyu kembali ke Rantau Abang

Friday, April 02, 2010


Jam 1.30 malam tadi, pelawak yang juga penyampai radio Era FM, Din Beramboi atau nama sebenar beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri 44, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang. Beliau dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan selepas disahkan menghidap penyakit demam denggi berdarah.


Memang sedikit mengejutkan kerana kali terakhir beliau dilihat sihat adalah pada awal minggu lepas, dan malam Jumaat semalam Allah memanggil beliau. Tiada siapa yang dapat menolak takdir Allah. Saya ucapkan takziah kepada Isteri dan keluarga beliau. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham.


Namun, kes Din Beramboi ini menarik untuk kita fikirkan. Apalah kudrat seekor nyamuk berbanding manusia seperti Allahyarham yang jelas lebih besar dari segi fizikal. Kita pun kalau tengok perlawanan gusti atau tinju antara orang badan kecik dengan orang badan besar. Awal-awal lagi kita sudah fikir, yang kecik tu akan kena belasah teruk.


Tapi Allah itu maha kuasa, kecik itu bukan maknanya tiada kekuatan dan kelebihan. Begitulah nyamuk aedes. Walaupun ia kecik, tapi sengatannya boleh membunuh kita. Dah Allah nak panggil, apa kita boleh…macam-macam cara Allah boleh guna.


kita biasa terima jemputan kahwin atau kenduri. Macam-macam cara jemputan kita terima. Kalau kat kampung, tuan rumah datang sendiri jemput kita. Zaman sekarang nie, pakai kad jemputan sahaja. Kad pula banyak jenis, ada yang bagi kad dengan kotak berhias macam Dato’ Siti dulu….ada juga yang pakai sms dan email sahaja. Hari ini pula, pakai Facebook jer kalau nak menjemput.


Gitulah kalau manusia. Tapi kalau Allah, memang kita tak boleh nak fikir….Sebagai manusia kita kena redha dengan panggilan Allah. Macam-macam cara Allah nak panggil kita. Ada yang melalui kemalangan, sakit, peperangan dan macam-macam lagi.


Kita jangan ingat hari ini kita sihat kita akan hidup sampai petang nanti. Siapa tahu? Jadi beringat-ingatlah. Allah boleh jadikan apa sahaja sebagai penyebab kematian kita. Tapi kita berharap dan berdoalah supaya panggil atau jemputan Allah itu datang dalam keadaan yang baik dan mudah. Tidak terlalu menyiksakan seperti kemalangan atau sakit yang panjang….Allahuakhbar….Astaghfirulah Al-Azim….



Info tentang Demam Denggi dan nyamuk Aedes (Dari Wikipedia Bahasa Melayu):


framesDemam Denggi


Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).


Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.


Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala olehAedes albopictus).


Tanda dan gejala


Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).Tanda dan gejala


Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai polabiphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.


Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.


Diagnosis


Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.


Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.


Rawatan


Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.


Epidemiologi


Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.


Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.


Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.


Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.


Pencegahan


Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.


Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.


Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.


Wabak terkini


Di Asia Tenggara:



  • Indonesia (2006): 114,656 kes dilaporkan dengan 1,196 kes kematian.

  • Malaysia (2006): 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian.

  • Thailand (2006): 20,000 dijangkiti dengan 23 kematian.

  • Filipina (2006): 16,929 kes dengan 324 kematian.

  • Singapura (2006): 3,051 kes dikesan.

  • Thailand (2006): 20,00 kes dikesan dan 23 kematian.

  • Myanmar (2006): 11,383 kes dikesan dan 128 kematian.

  • Vietnam (2006): 77,800 kes dikesan dan 68 kematian.


Mengenal pasti demam denggi


Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.


Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.


Antara tanda-tanda demam denggi ialah:



  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan

  2. Bintik merah pada kulit

  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala

  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut

  5. Hilang selera makan

  6. Muntah-muntah

  7. Sakit perut

  8. rasa pahit pada lidah


Bagaimana demam denggi berjangkit



  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi

  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes

  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.

  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi



Nyamuk Aedes


framesNyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti “tidak menyenangkan”, kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih.Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.


Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.


Tabiat nyamuk aedes



  1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya

  2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja

  3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah


Tempat pembiakan nyamuk aedes



  1. Dalam Rumah

    1. Akuarium

    2. Perangkap semut

    3. Pasu Bunga

    4. Timba

    5. Tempayan

    6. Kolam (kolah) mandi

    7. Tempat air peti sejuk



  2. Luar Rumah

    1. Tayar buruk

    2. Tempurung kelapa

    3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air

    4. Salur air hujan

    5. Tempayan

    6. Pokok Pisang

    7. Pokok Keladi

    8. Longkang yang tersekat

    9. Tangki septik (terdedah)




Pencegahan pembiakan nyamuk aedes



  1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru

  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur

  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam

  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir

  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk

  7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.


  • Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali
  • Din Beramboi Meninggal Kerana Seekor Nyamuk