Showing posts with label Budaya. Show all posts
Showing posts with label Budaya. Show all posts

Thursday, August 02, 2012



Bulan Ramadhan selalu di alu-alukan bagi umat Islam. Bukan sahaja ia adalah masa untuk menunaikan ibadat puasa tetapi memberi kesempatan untuk meraih sedikit wang lebih di pasar-pasar Ramadhan bagi mereka yang pandai memasak.

Inilah masanya untuk menikmati pelbagai kuih-muih yang tidak mudah didapati pada bulan-bulan lain. Pantai timur tidak dikecualikan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kuih-muih tradisi sudah mula hilang kerana terlalu remeh untuk membuatnya. Kami menyajikan 5 jenis kuih Terengganu digemari ramai yang boleh dijumpai pada bulan Ramadhan.

No. 1- Akok, manis dan lemak, sesuap, maka kirim salamlah pada diet anda. Nasib baik orang-orang pantai timur ni makan lauk singgang yang dikatakan boleh merampingkan badan. Jadi dapatlah mengimbangkan kelemakkan kuih Akok. Akok yang terbaik dibancuh daripada santan perah, telur merah, tepung, gula nipa dan pati pandan. Ini dipukul menjadi bancuhan hijau muda dan kemudian dibakar di atas bara api daripada sabut kelapa. Mesti makan panas-panas!

No. 2- Lompat Tikang- Kuih yang amat cantik, berlapis hijau, putih dan bermakhkota pulut merah jambu. Tetapi perlu dinikmati dengan moderasi. Sum-sum hijau dibawah dibuat daripada tepung beras dan pandan, diatasnya santan masin dan gula nipa. Rasanya lemak-manis dengan kepahitan yang memberi kuih ini dimensi yang unik.

No. 3- Segumpal- Di pantai barat kuih ini lebih dikenali sebagai badak berendam. Ceritanya kuih ini mendapat namanya kerana setiap satu ‘digumpal’ dengan tangan menghasilkan kuih yang bulat dan comel. Ia mempunyai tekstur melekit, luarnya adalah sagu dan dalamnya kacang hijau yang telah dihancurkan. Sebalum dijual ia akan berendam di dalam mandian santan lemak-manis dengan kepedasan rasa halba dan halia.

No. 4- Mek Comey- Di Kelantan kuih popular ini dikenali sebagai Cek Mek Molek. Sayangnya namanya tidak serupa rupa. Lebih senang terserempak kucing bertanduk daripada terjumpa Mek Comey yang betul-betul comel. Rupa parasnya sederhana, lembut dan bewarna coklat keemasan diperbuat daripada adunan ubi kayu. Gigit Mek Comey ini dan cairan gula akan meleleh keluar. Memang betul kuih ni bakkan kuih keria yang diterbalikkan.

No. 5- Lok Lit- Ini memang rekaan Terengganu. Rupanya seiras Buah Gomok dan memang susah dijumpai walaupun di bulan Ramadhan. Ia juga bentuk bulat dibuat daripada kelapa parut, cairan gula nipa dan pulut yang ditumbuk halus. Ini dibulatkan menjadi lebih kurang bentuk bola ping pong. Cara terbaik untuk membuat kuih ini adalah dengan lesung kayu. Jikalau anda bernasib baik, kuih ini memang sesuai dijadikan juadah berbuka.

-------------------------
Artikel oleh FriedChillies.Com. Sejak 1998, FriedChillies.com telah banyak berkongsi tempat makanan best and resipi sedap untuk rakyat siber Malaysia dan dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari FriedChillies.Com

sumber : Yahoo Malaysia

5 kuih popular Terengganu di masa bulan Ramadan

Tuesday, November 16, 2010

Sekian lama kita tidak kedengaran kisah bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah tetapi kini ramai yang bercakap tentangnya dan kisahnya makin meletup dalam internet.

Syed Abdullah Al Attas, 48, anak lelaki kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al Attas. terkenal menerusi rancangan televsiyen Seekers, mengenai pencarian hantu dan sebagainya.

Cik Puan Aishah pula seperti semua kenal adalah Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan bekas Yang Dipertuan Agong ke 11.

Syed Abdullah meluahkan mengenai ‘halangan‘ dari pihak bapa kepada bekas Permaisuri berkenaan dalam enam siri kisah mereka yang disiarkannya dalam laman blognya setakat ini.

Kisahnya ditulis sendiri oleh Syed Abdullah dalam laman blognya, uncleseekers.blogspot.com.

Berita tentang cinta terhalang Syed Hussein Alattas dengan bekas Permaisuri Agong juga telah diterbitkan dalam berita portal AgendaDaily




dah kawin?

Anda baca sendiri apa entry yang diterbitkan dalam blog Syed Abdullah dan fikir2kan sendiri. Apa crita dengan kisah mereka.Siapa Mereka...

p/s : jaga lah keaiban diri dan keluarga, keburukan bukan untuk disebar mungkin sekadar untuk teladan

Kisah Cinta Bekas Permaisuri Agong dan Syed Abdullah Al Attas

Wednesday, October 27, 2010

Entah mana silapnya para pemimpin kita apabila berfikir. Mana letaknya jiwa dan Rohani apabila melakukan sesuatu benda. Kenapa harus terjadi pemikiran yang mengembalikan jahiliah kuno pada zaman canggih ini. Apabila kita makin jauh meninggalkan rasulullah, maka para manusia makin giat menhidupkan jahiliah, buka jahiliah kuno tapi jakiliah modan yang penuh dengan kecanggihan dunia.

Wajarkah pemimpin kita kini meneruskan jahiliah moden dengan menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Hanya kerana ingin memajukan dan menarik wang dari luar, kita menggagalkan perangcangan masa depan yang harmoni untuk generasi masa depan?

Bagi rakyat, Jangan biarkan lahirnya pemimpin semacam ini untuk memimpin kita..kerana ia akan merosakkan generasi akan datang. lahirlah nanti generagi yang lemah, tak bermaya dan leka dalam keseronokan dunia yang akan menjatuhkan suatu tamadun yang kini kita semua bina.

---------------------------------------------~~~~~~--------------------------------------------------

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.


Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
• Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
• Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
• Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market. Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Berita sumber Malaysiakini BM

Pemikiran Yang Makin Jauh Dari Hakikat

Tuesday, October 26, 2010

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan Malaysia hub pusat hiburan malam dilihat sebagai ekonomi ‘pumping' (turun naik), kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

"Jika benar apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, peringkat awal mungkin ia akan dapat menjana pendapatan tetapi kesan sosial yang diterima akan menjadikan kita rugi besar," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Katanya, kerajaan terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial.

"Ini kerja sia-sia, kerja korek dan kemudian timbus. Pertumbuhan gejala sosial juga akan parah daripada apa yang sedia parah.

"Ini sebenarnya nak membawa Malaysia ke arah kehancuran kerana dia lupa modal insan merupakan asas yang sangat penting untuk menjadi negara maju," tegas beliau dalam nada yang kecewa.

Nasrudin juga melihat apa yang dirancang oleh kerajaan pimpinan Najib sebagai suatu yang mundur, bersifat jahiliah dan tidak sepatutnya terfikir oleh seorang pemimpin di dunia moden kini.

"Langkah ini, langkah mundur kebelakang kerana negara sepatutnya dipacu untuk menjadi negara maju kehadapan dengan mendidik rakyat kerja keras dan menjadikan rakyat berdikari, rajin dan bermoral, tetapi malan dia mahu menjadikan rakyat malas, bodoh dan tenggelam dalam dunia hiburan," katanya.

Nasrudin juga hairan pada masa Najib menjadi Perdana Menteri, beliau memperbanyakkan program-program hiburan, berbeza dengan zaman Dr Mahathir yang tidak menjadikan hiburan sumber utama dalam penjanaan ekonomi.

"Saya bukan menolak hiburan, tetapi menjadikan hiburan sebagai suatu tumpuan, industri besar akan melumpuhkan modal insan dan kerajaan pula terpaksa membelanjakan perbelanjaan yang besar untuk membangunkan modal insan," tambahnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29188:hub-hiburan-pemuda-pas-sifatkan-mundur-jahiliah&catid=1:utama&Itemid=50
.

Hub hiburan: Pemuda PAS sifatkan mundur, jahiliah

Friday, October 08, 2010

Nama Maher Zain sudah tidak asing lagi kepada peminat seni hiburan, apatah lagi album pertamanya, Thank You Allah, mendapat sambutan yang amat membanggakan.

Penyanyi berasal dari Lubnan ini, berharap akan dapat berkongsi sesuatu bersama peminat-peminatnya menerusi album yang memuatkan 14 buah lagu itu.

Berhasrat agar lagu-lagu bercorak ketuhanan semakin dekat di hati pendengar di seluruh dunia, penyanyi yang berusia 28 tahun ini tidak lokek berkongsi pengalaman di sebalik pembikinan album tersebut.

“Saya mahu sesuatu yang baru dan segar untuk pendengar. Saya mahu mereka terkesan apabila mendengar bait-bait lirik lagu yang saya nyanyikan.

“Lagi pula, tiga tahun lalu, saya pernah leka dalam menunaikan tanggungjawab saya sebagai Muslim. Saya jauh dengan Allah dan pernah terlupa bagaimana untuk membaca surah al-Fatihah. Saya rasa seperti orang lain,” katanya pada sidang media pelancaran albumnya di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya lagi, kehidupannya di negara Barat banyak mengajarnya untuk lebih dekat dengan Allah.

“Saya pernah tersilap memilih kawan dan mengakibatkan hidup saya tidak ada arah tuju. Bukan mudah untuk saya hidup di negara orang. Jika tak ada iman yang kukuh pasti boleh jauh tersesat,” ceritanya yang mula berhijrah ke Sweeden bersama keluarganya seawal usia lapan tahun.

Selain hadir untuk melancarkan album, Maher Zain juga akan mengadakan konsert mini Save The Soul bagi membantu mengutip dana untuk Raudhatus Sakinah sebuah institusi yang menjadi pelindung kepada mangsa sosial.

Konsert mini tersebut akan di adakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini.


Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

.

Maher Zain pernah jauh dari Islam, lupa baca al-Fatihah

Tuesday, July 20, 2010

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

dr maza
July 2010

.

Mana pergi subsidi kami : Dr Asri Zainal Abidin