Showing posts with label Linux. Show all posts
Showing posts with label Linux. Show all posts

Thursday, November 04, 2010

Kami mengumumkan keterdapatan DVD Fedora 14 yang baru dilepaskan dua hari yang lepas. Fedora 14 juga dikenali sebagai Laughlin turun membawakan pelbagai teknologi sumber terbuka terkini pada distronya.

Label DVD Fedora 14

Antara ciri terbaru Fedora ini termasuklah (maaf tak diterjemah dalam Bahasa Melayu takut ramai yang tak faham) :

* Updated Boost to the upstream 1.44 release
* Addition of the D compiler (LDC) and D standard runtime library (Tango)
* Concurrent release of Fedora 14 on the Amazon EC2 cloud
* Updated Fedora’s Eclipse stack to Helios releases
* Updated Erlang to the upstream R14 release
* Replacement of libjpeg with libjpeg-turbo
* Inclusion of virt-v2v tool
* Inclusion of Spice framework for VDI deployment
* Updates to Rakudo Star implementation of Perl 6
* NetBeans IDE updated to the 6.9 release
* Inclusion of ipmiutil system management tool
* Inclusion of a tech preview of the GNOME Shell environment

Bagi yang baru mengenali Fedora, ia sebuah distro yang mengkhusus dalam pembangunan dan juga pelopor teknologi terkehadapan dalam sumber terbuka. Fedora banyak digunakan bagi tujuan server di samping distro lain seumpamanya seperti Red Hat, CentOS dan OpenSUSE.

Kami juga akan mengeluarkan reviu sedikit masa lagi. Siapa yang berminat boleh membuat tempahan di sini.

JomLinux

DVD Fedora 14 Kini Boleh Ditempah!

Tuesday, November 02, 2010

Walaupun ramai antara pengguna Linux yang menggunakan Ubuntu tapi ramai juga yang masih terkeliru dengan penamaan atau istilah yang digunakan Ubuntu. Kebanyakkanya yang baru berjinak-jinak dengan OS ini.

Seperti mana yang kami katakan dalam entri lepas, kami akan kupaskan istilah ini berserta maknya supaya para newbie tidak terkontang-kanting.

Edition.

Terdapat 3 jenis Edition yang digunakan Ubuntu…satunya adalah Desktop Edition dan satu lagi Server Edition dan terbaru Netbook Edition.

Yang ini sebenarnya banyak mengelirukan orang — mereka sering bertanya, Desktop Edition ni boleh pakai kat laptop atau netbook ke?

Ni sebab ramai dari kita faham yang Desktop tu merujuk komputer besar gedabak yang ada badan utama, monitor, papan kekunci dan tetikus. Sedangkan dalam dunia komputer Desktop juga diertikan apa-apa PC yang digunakan bagi pengguna akhir termasuklah laptop, netbook dan desktop itu sendiri.

Server Edition pula merujuk spesifik komputer yang digunakan khas untuk menjadi pelayan. Contohnya, print server, web server dan lain-lain.

Server Edition boleh gak digunakan pada desktop, laptop dan netbook tapi korang nanti ternganga pasal dia takde persekitaran desktop (kena guna command) dan tak ada perisian tambahan macama OpenOffice dan lain-lain. Ia kecil dan ringkas hanya untuk menjalankan aktiviti server.

Netbook Edition pun boleh guna kat Desktop dan laptop cuma pelik jelah pasal ikon dia besar-besar.

Alternate.

Ubuntu Desktop atau Server Edition ni juga ada pula versi Alternate. Ubuntu Desktop Alternate atau Server Alternate ini digunakan untuk menaik taraf versi lama Ubuntu.

Atau digunakan untuk memasang Ubuntu pada perkakasan lama yang tidak cukup syarat dalam keperluan perkakasan (minimum hardware requirement).
32-bit dan 64-bit.
Hmm…agak panjang kalau nak cerita pasal apa beza 32 dan 64. Tapi kami ceritakan secara analogi.

Kebanyakkan komputer sekarang menggunakan OS 32-bit yang mana bolehlah dianggap seperti jalan raya yang mempunyai hanya 1 baris untuk kereta lalu. Dalam analogi ini kereta dianggap data.

OS 64-bit pula ibaratnya jalan yang mempunyai 2 baris. Ia bukan sahaja lebih besar malah membenarkan lebih banyak kereta berada di jalan dalam satu-satu masa.

Ubuntu 32-bit atau OS lain yang menyokong 32-bit hanya boleh menggunakan RAM sehingga maksima 4GB sahaja (walaupun ada cara nak tambah)

64-bit boleh juga menyokong sehingga 16 Exabytes tapi kebanyakkan perkakasan meletakkan had seperti AMD yang menghadkan sehingga 4 Petabytes RAM. Pendek kata, 64-bit boleh digunakan untuk jangka masa panjang dan memberikan kelebihan memproses.

Kalau tak caya cuba pasang Kdenlive dan cuba rendering video 30 minit HD antara 32 dan 64 bit. Anda akan dapat saksikan bezanya walaupun pada perkakasan yang sama.

Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu, Lubuntu.
Beza antara *Buntu ini cumalah Desktop Environment atau persekitaran desktop serta aplikasi lalai yang terpasang. Contohnya, Kubuntu menggunakan Konqueror berbanding Ubuntu yang gunakan GNOME.

Lucid Lynx, Maverick Meerkat, Gutsy Gibbon.
Ada cerita di sebalik penamaan kod nama ini, tapi itu kita tinggalkan dulu. Nama-nama yang tertera pada tajuk ini dipanggila kod nama atau codename.

Ia digunakan oleh pembangun sahaja (kadang-kadang bukan pembangun pun guna) untuk merujuk pada versi yang sedang diusahakan. Contohlah, Ubuntu 10.04 dipanggil Lucid Lynx..Ubuntu 10.04 ada banyak Editionjadi untuk menyimpulkan kesemuanya merujuk pada satu sahaja mereka memanggilknya Lucid.
Rumusan.

Kami buat sini senarai variasi Ubuntu rasmi yang ada. Kami bahagikan peringkat awal dengan jenis bit, disusuli edisi dan lain-lain.

Ubuntu 32-bit.
* Ubuntu Desktop Edition
* Ubuntu Desktop Edition Alternate
* Ubuntu Server Edition
* Ubuntu Server Edition Alternate
* Ubuntu Netbook Edition

Ubuntu 64-bit.
* Ubuntu Desktop Edition
* Ubuntu Desktop Edition Alternate
* Ubuntu Server Edition
* Ubuntu Server Edition Alternate

Ada juga Ubuntu variasi lain bagi platform lain macam PPC dan ARM tapi cukuplah ini dahulu ye!

Aku meSokong Linux
Sumber Terbuka

Makna Istilah Ubuntu