Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011


Kes Mahkamah

Pindahan saham Hartajaya Harmoni sah


2011/02/15
MAHKAMAH Persekutuan semalam memutuskan bahawa pemindahan 30 peratus kepentingan saham milik Hartajaya Harmoni Sdn Bhd dalam Magnificient Diagraph Sdn Bhd, iaitu pengendali Carrefour Malaysia, kepada Carrefour Netherlands BV sebagai sah.

Keputusan itu sekali gus menjadikan pengendali pasar raya besar Carrefour Malaysia itu 100 peratus milik syarikat berpangkalan di Belanda itu.
Carrefour Netherlands BV adalah anak syarikat kepada syarikat Perancis, Carrefour SA.
Mahkamah Persekutuan juga menolak permohonan injunksi oleh Hartajaya bagi menghalang saham terbabit dipindahkan sementara menanti keputusan tuntutan penindasan yang dibuat Hartajaya di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Petisyen Hartajaya itu ditolak mahkamah dengan kos RM30,000 dibayar Hartajaya kepada Carrefour.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan pemindahan 30 kepentingan Bumiputera dalam Carrefour Malaysia sudah dilaksanakan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Februari lalu.

Hartajaya dikuasai bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Aziz Shamsuddin, manakala Magnificient Diagraph adalah pengendali perniagaan runcit pasar raya besar Carrefour di Malaysia dan Singapura.
Tuntutan penindasan yang dibuat Hartajaya di bawah Seksyen 181 Akta Syarikat memperuntukkan pemegang saham boleh mendapatkan keadilan jika mereka tidak perlakukan secara adil.


Sementara itu Hartajaya dalam satu kenyataannya semalam, mendakwa struktur ekuiti baru itu melanggar syarat lesen pasar raya besar Carrefour yang diluluskan seperti ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna (PDNKK) sebelum ini.

Pegawai kementerian itu bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

sumber : Bharian Ekonomi

p/a : Apa kata Bumiputera, Orang2 kitalah yang ramai menderma ke pasaraya besar carrefour tapi apa yang kita dapat? semuanya dah kembali ke Carrefour Belanda. Negara kita tak nampak dijajah tapi ekonomi dah terjajah pun. semua dah dikaut kene bawak lari. Siapa yang terpaksa tanggung jatuhnya ekonomi kita?Kita tak buta tetapi tak nampak kita diJAJAH.

jangan kita lupa media sedang memperbodohkan kita kerana pemimpin pandai bermain dengan kata-kata.

MALAYSIA tidak perlu bimbang dengan harga tinggi barangan penting seperti makanan dan minyak, jika ia berjaya beralih kepada sebuah negara dengan ekonomi bernilai tinggi dan dari negara berpendapatan sederhana ke negara berpendapatan tinggi.


30Peratus : Kisah duka Saham Carrefour-Bumiputra Menangis

Wednesday, December 01, 2010


PENSWASTAAN AIR : MENGFARAIDKAN HARTA ORANG RAMAI

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Mahathir Muhamad bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh PWD - Public Works Department atau Jabatan Kerja Raya – JKR.

PWD/JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Pun Seri yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis dimana semua hak milik rakyat yang dibawah jagaan kerajaan di jualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata dimana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya bagini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar dimana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli sham.

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Keewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

Kementerian keewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form inilah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapongkan.

Sebelum ini Menteri Keewangan akan meletakan harga terhadap saham air disyarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapongkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapongkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dimana kaum kerabat , kroni dan elit kawan kawan United Malays National Organisation dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

Justeru – para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan – memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak disiang hari?

Betul. Ini satu rompakan resmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kesah rompakan ini diteruskan lagi :

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidak kah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik – orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaon yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara – lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan si pemandu pribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh !

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia.

Rahsia Syabas sudah kantoi !

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal dimana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor di swastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa : bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah 5.1 juta ringgit setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau 5 juta ringgit ini duit lima sen sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini , syarikat Syabas ini telah memberikan 72% kontrek bernilai 600 juta ringgit kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaiman 325 juta ringgit ‘tenggelam lesap’ entah kemana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon – malah seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir Muhamad dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik – adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justeru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad yang akan datang ini warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang Dipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetikawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api leterik dan hopital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.( TT )

Disalin terus dr TukarTiub
http://tukartiub.blogspot.com/

Tak AdA Orang nak AIR Naik! AHAD 5 DISEMBER DI MASJID NEGARA

Tuesday, November 16, 2010

Sekian lama kita tidak kedengaran kisah bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah tetapi kini ramai yang bercakap tentangnya dan kisahnya makin meletup dalam internet.

Syed Abdullah Al Attas, 48, anak lelaki kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al Attas. terkenal menerusi rancangan televsiyen Seekers, mengenai pencarian hantu dan sebagainya.

Cik Puan Aishah pula seperti semua kenal adalah Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan bekas Yang Dipertuan Agong ke 11.

Syed Abdullah meluahkan mengenai ‘halangan‘ dari pihak bapa kepada bekas Permaisuri berkenaan dalam enam siri kisah mereka yang disiarkannya dalam laman blognya setakat ini.

Kisahnya ditulis sendiri oleh Syed Abdullah dalam laman blognya, uncleseekers.blogspot.com.

Berita tentang cinta terhalang Syed Hussein Alattas dengan bekas Permaisuri Agong juga telah diterbitkan dalam berita portal AgendaDaily




dah kawin?

Anda baca sendiri apa entry yang diterbitkan dalam blog Syed Abdullah dan fikir2kan sendiri. Apa crita dengan kisah mereka.Siapa Mereka...

p/s : jaga lah keaiban diri dan keluarga, keburukan bukan untuk disebar mungkin sekadar untuk teladan

Kisah Cinta Bekas Permaisuri Agong dan Syed Abdullah Al Attas

Sunday, November 14, 2010


sumber: TVSelangor.com

KUALA LUMPUR 13 NOV : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.

Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Anwar, Azizah Dan Nik Aziz Tersenarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2010

Saturday, April 03, 2010

18 Rabiulakhir 1431H
Email : Fatiq Mohezad Mohd Suhaimi

Segitiga bermuda yang juga biasa disebut segitiga setan terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah2 teritorial britania raya sbg titik di sebelah utara, puerto rico teritorial amerika serikat titik di sebelah selatan dan miami negara bahagian florida amerika serikat sbg titik disebelah barat.

Pasti pernah dgr kan peristiwa2 aneh di sana yang sering terjadi kapal2 hilang baik laut maupun udara secara misterius.Ada yang bilang segitiga bermuda itu adalah tempat mangkalnya alien dan ufo.Ada yg bilang itu adalah pusat magnet terbesar didunia.Ada juga yang bilang itu pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menyedot apapun yg melintas.Lalu apa pendapat islam tentang segita bermuda?

Ada hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebagibn lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan bermuda???

Alasannya karena bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadist ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda.Perkara2 aneh yg terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu??? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak bisa mendekati pusat kawasan agung itu,maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu(segitiga bermuda).Karena sesungguhnya barang siapa yg bisa sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya.

Banyak orang2 zaman dahulu yang telah mencuba kepusat Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencoba masuk ke kawasan agung itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

PS: ya Allahu’alam… Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.


@Regards,

Fatiq Mohezad Mohd Suhaimi
Structural Draughtsman,
Design Department,
New Doha International Airport,
Sinohydro-Gamuda-WCT Joint Venture,
P.O Box 23948, Doha, Qatar.

http://idhamlim.blogspot.com/2010/04/misteri-segitiga-bermuda.html

Misteri Segitiga Bermuda

Friday, February 26, 2010

Barangsiapa yang telah melihat orang yang mencintai Allah, maka bererti dia telah melihat-Nya. Barangsiapa yang melihat Allah dengan hatinya, maka dia akan masuk kepada-Nya dengan hatinya. Tuhan kita adalah suatu yang wujud (ada) dan dapat dilihat. Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud :

“Kekal kamu akan melihat Tuhan kamu, sebagaimana kamu melihat matahari dan bulan, dan kamu tidak akan merasa sakit dalam melihat-Nya.”

Hari ini kamu dapat melihat-Nya dengan hati dan batinmu, sedangkan di akhirat kelak engkau akan melihat-Nya dengan mata kepalamu sendiri. Allah Taala berfirman yang bermaksud;

“Tiada suatu pun yang serupa dengan-Nya, dan sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(As-Syura: 11)

Orang yang cinta kepada-Nya, redha kepada-Nya bukan kepada selain-Nya. Mereka meminta pertolongan kepada-Nya dan menyingkirkan apa-apa yang selain-Nya. Dengan sedemikian, maka akan jadilah kepahitan kefaqiran dan kemiskinan itu di sisi mereka sebagai sesuatu
yang manis.

Faqir di dunia adalah milik mereka, redha kepada-Nya adalah milik mereka, merasa nikmat dengan kurnia-Nya adalah milik mereka. Mereka kaya di dalam kemiskinan. Memperolehi kenikmatan dalam kesakitan.Tenteram dalam ketakutan. Dekat dalam kejauhan. Senang dalam kesedihan. Apabila sudah demikian, maka beruntunglah bagi kamu, wahai orang-orang yang sabar, yang redha, yang meleburkan diri daripada nafsu dan syahwat mereka.
Wahai kaumku…! Turutilah Allah dan redhalah kamu atas semua perbuatan-Nya, baik untuk darimu atau yang lain. Janganlah kamu mengkaji dan memikirkan Dzat yang lebih pandai daripada kamu. Allah berfirman yang bermaksud :

“Allah mengetahui, sementara engkau tidak mengetahui.” (al-Baqarah:232)

Berhentilah kamu dihadapan-Nya atas dasar kejahilan akal dan ilmu kamu, agar kamu memperolehi ilmu-Nya. Janganlah memilih-milih sehingga engkau akan mendapat ilmu dengan itu. Adapun yang pertama sekali berlaku ialah kebingungan, kemudian pada tahap kedua ialah ilmu, dan pada tahap ketiga ialah mencapai apa yang dimaksudkan. Lebih dahulu bermaksud, kemudian berhasil mencapai apa yang dimaksudkan. Dengarlah dan lakukanlah, kerana sesungguhnya akulah yang memintal tali kamu. Aku memintal talimu dengan kemas dan penuh kelembutan, jika putus, maka penyebab terputusnya adalah dari kamu bukan dari aku. Aku tidak mempunyai cita-cita, kecuali cita-cita kamu. Tiada kesedihan bagiku, tetapi kesedihan kamu. Sesungguhnya aku adalah seekor burung, di mana aku jatuh, maka engkau akan mendapatkannya (memungutnya).
~Risalah Mutiara~

Menemui Allah Di Hari Akhirat

Friday, February 05, 2010

Semua dijemput hadir..

Forum Kalimah ALLAH...

Monday, November 10, 2008


KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa agensi kerajaan dan pihak berkaitan mengkaji penggunaan bahan bakar RON95.

Gesaan itu dibuat berikutan terdapat dakwaan penggunaan bahan bakar berkenaan menjadi salah satu faktor kenderaan mudah terbakar apabila terbabit kemalangan.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun dakwaan itu belum terbukti, satu kajian perlu dilakukan bagi memastikan bakar itu selamat digunakan pengguna kenderaan.

“Ada desas-desus mengenai penggunaan RON95 sebagai salah satu faktor kenderaan mudah terbakar. Bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti.

“Namun, perkara ini perlu dipandang serius dan pihak tertentu sewajarnya mengkaji kebarangkalian kebenaran dakwaan itu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai jumlah kemalangan membabitkan kenderaan yang terbakar sehingga meragut nyawa kian meningkat kebelakangan ini.

Sabtu lalu, empat bersaudara rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas bertembung sebuah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.

Mohd Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kecuaian pemilik kenderaan menjadi salah satu faktor kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan.

“Kini kebanyakan pemilik kenderaan gemar mengubah suai kenderaan di bengkel yang tidak bertauliah sehingga berlaku masalah pendawaian yang memudahkan kenderaan terbakar,” katanya.

Harianmetro

Pesanan ' kerajaan perlu bertindak segera..'

.

Kaji dakwaan RON95 cetus api dalam nahas - FOMCA