Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Saturday, February 05, 2011

Selasai sahaja solat Jumaat, badan-badan bukan kerajaan serta beribu umat islam Khususnya mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokong rakyat malaysia terhadap kebangkitan rakyat Mesir yang sekarang ini menjadi isu dan titik permulaan kebangkitan rakyat seluruhnya.

Perarakan ini bermula dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Peserta dan badan-badan NGO membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Turut serta dalam himpunan ini ialah golongan Mahasiswa mewakili golongan muda yang berfikiran lebih terbuka dan berjiwa kental.
Seharusnya seluruh gerakan mahasiswa bersatu membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak-hak rakyat supaya tidak dijadikan patung kepada golongan pemimpin-pimimpin yang zalim seperti di Mesir sejak dahulu. Mahasiswa perlu ke depan membincangkan soal-soal negara dan dunia seluruhnya, dan bukan sekadar belajar di bilik kuliah semata-mata. Golongan inilah yang akan mencorak masa depan negara agar rakyat lebih terbela dan hidup dalam kemakmuran.

Syabas untuk Mahasiswa yang bangkit memperjuangkan nilai-nilai kemanusia sejagat dan harapan rakyat Malaysia agar lebih ramai Mahasiswa bangkit menjadi pembela.
Syabas GAMIS dan NGO mahasiswa lain.

Suara Mahasiswa perlu diDENGAR

Saturday, July 10, 2010

Awal Julai ini menyaksikan puluhan ribu kemasukan pelajar baru di IPTA/IPTS seluruh negara.

Tergambar kegembiraan diwajah ibu bapa masing-masing melihat kejayaan anak mereka bergelar mahasiswa, niat murni ibu bapa yang pastinya diiringi dengan harapan ingin melihat anak yang dihantar ke universiti, keluar sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai keyakinan tinggi dan mampu merubah masyarakat.

Paling tidak, ia mampu memperbaiki corak kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik dan teratur.

Oleh hal yang demikian, pembinaannya bermula daripada asasnya. Bagi mahasiswa baru, first impression mereka adalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru alam kampus yang selama ini dibayang-bayangkan sebagai sebuah pusat 'gedung keilmuan' dan keintelektualan.

Maka minggu haluan siswa yang menjadi acara wajib saban tahun sebagai tapak pemula. Mereka akan didedahkan dengan realiti kampus, suasana, kehidupan dan cabaran yang bakal ditempuhi.

Minggu haluan siswa ataupun minggu suaikenal merupakan antara program wajib universiti yang melibatkan seluruh mahasiswa baru menjadi tapak pemula. Sinonimnya, minggu dimana mahasiswa mengetahui realiti tentang kampus dan gaya hidup dan cabaran sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.

Seorang bapa dari Pantai Timur, merasa kesal dengan pengisian minggu haluan siswa. Ini kerana beliau dihubungi anaknya yang bertanyakan pendapat untuk pertandingan debat yang bertajuk “Isu gosip mengangkat nama artis Malaysia.”

Berikutan daripada itu, beliau menyatakan, sangat tidak relevan bagi seorang mahasiswa membincangkan perkara tersebut dan beliau mencadangkan perdebatan di kalangan mahasiswa sepatutnya berunusur ilmiah dan membina keintelektualan mahasiswa sebagai contoh pendidikan di Malaysia, jelasnya.

Memetik kenyataan Tan Sri Arsyad Ayub, pengerusi lembaga pengarah Universiti Malaya, dalam amanatnya sewaktu merasmikan minggu haluan siswa Universiti Malaya menasihat agar mahasiswa menjauhi perkara yang melalaikan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa seperti lepak, hiburan melampau dan pesta-pesta yang meruntuhkan moral dan kredibiliti mahasiswa.

Dimanakah intelektual mahasiswa yang diura-urakan universiti?

Budaya keilmuan tidak lagi menjadi agenda utama dalam membangunkan modal insan mahasiswa. Bukan menolak hiburan, namun mahasiswa tidak boleh dididik dengan budaya hiburan yang melampau, kelak memberi kesan tatkala mereka sudah berada di tengah masyarakat.


Mohd Idham Zainal Abidin Jul 9, 10 12:36pm
Malaysiakite

Minggu haluan siswa: Ibu terkilan, bapa kesal

Monday, September 07, 2009


Apa kabar semua. Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1430 Hijrah bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Macam blog aku ni satu dunia datang jer..he333..


Oklah, artikel hari ni tersangat lah ringkas iaitu Senaman Ringan Bagi Pengguna Komputer. Lakukan senaman ini selama 4 minit, setiap 2 atau 3 jam selepas menggunakan komputer. atau lakukan nya sekiranya anda sudah berasa letih. Senaman ini boleh mencergaskan kembali diri anda, dan mengembalikan kesihatan anda, pengaliran darah menjadi lancar serta otot – otot menjadi longgar.


Insya’Allah anda tidak akan berada dalam keadaan stress..



Senaman Ringan Bagi Pengguna Komputer

Friday, May 22, 2009

Cerita tentang final exam masih lagi panas. ada yang sudah selesai dan masih ramai lagi yang ada kertas yang belum habis. Pelajar DTK 6 masih lagi ada 3 kertas akhir yang masih belum terjawap.

terkejut pulak ada jugak manusia yang ditangkap berkhalwat. Pelajar Politeknik sendiri. Apa ke Jadah semua 2. Datang sini nak buat apa pun tak tahu. Kami nasihat kan untuk semua, belajar sampai berjaya dan lakukan perkara yang boleh mengembirakan semua. Jangan tinggalkan nama BUSUK, bukan nama sendiri tapi ingat la nama keluarga dan nama Politeknik sendiri.

Kami tinggalkan Berita Sinar Harian Edisi Terengganu untuk tatapan seluruh dunia. Disini kami anggap Bukan salah keluarga ataupun salah pengurusan Politeknik tapi Salah sendiri yang KERAS KEPALA untuk Di didik dan dah rasa cukup BESAR untuk Dinasihat.


Gadis sunti masuk perangkap penuntut IPT

DUNGUN - Seorang gadis sunti yang baru meninggalkan alam persekolahan, nyaris menjadi mangsa seks penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika dia berkunjung ke rumah sewa teman lelakinya dekat Taman Seri Intan 2, di sini, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota Penguat Kuasa Syariah Jabatan Agama Daerah Dungun yang menyerbu rumah dipercayai dijadikan sarang maksiat remaja berkenaan, berjaya menyelamatkan gadis yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar ini daripada terus ‘diratah’ penuntut IPT yang didakwa teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kes tangkapan khalwat kira-kira jam 2.00 awal pagi kelmarin di sebuah rumah sewa yang didiami kira-kira 10 pelajar IPT berdekatan, pasangan terbabit ketika ditahan dipercayai sedang melakukan adegan panas yang memberahikan.

Ketika intipan dilakukan, lelaki yang berasal dari Machang, Kelantan itu dikatakan sedang meniarap di atas tubuh teman wanitanya.

Sebaik pintu dibuka, kedua-duanya tergamam dan setelah disoal siasat, mereka tidak mempunyai pertalian muhrim dan gagal menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong fakta yang boleh menyelamatkan mereka.

Remaja lelaki berusia 19 tahun yang kini mengikuti kursus kejuruteraan mekanikal plastik di IPT berdekatan rumah sewanya mengaku membawa kekasihnya ke bilik tidur tanpa diketahui rakan yang ketika itu turut berada di bilik berasingan.

Gadis berusia 17 tahun yang tinggal bersama ibu saudara setelah ibu bapanya bercerai dibawa ke pejabat Unit Penguatkuasa Syariah, Pejabat Agama Daerah Dungun bersama kekasihnya untuk diambil keterangan.

Masing-masing dibebaskan setelah dijamin penjamin masing-masing sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah, Dungun nanti.

Kedua-duanya menghadapi pertuduhan mengikut seksyen 31(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Takzir Negeri Terengganu, jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ketua Unit Penguatkuasa Syariah, Jabatan Agama Daerah Dungun, Yusuf Musa mengesahkan kes berkenaan.


www.sinarharian.com.my

Pelajar Politeknik Ditangkap BerKHALWAT!! - Sinar Harian

Saturday, March 28, 2009

Sabtu 28-3-2009

Perkara yang rasanya selalu jugak lah didengar setiap semester kat poli ni.. Pernah sekali dulu masa Latihan Industri penulis terbaca tentang budak poli kene tangkap kerana benda mengarut ni, tapi dulu kene tangkap kes Ecstasy.

Dengar cerita lecturer bagitahu, dia dah jadi kaya raya sebelum ditangkap. Entah pekerjaan apa yang pernah mereka ni buat penulis pun tak tahu. Penulis tak kata mereka ni kaya ..... Ni cerita terbaru pelajar Politeknik masuk surat khabar.Kes Dadah jugak ooi. Penulis tatapkan kisah memalukan pelajar politeknik seluruhnya dan maruah IPT.

Sembilan penuntut IPT ditahan pihak polis

DUNGUN – Polis menahan 12 remaja termasuk sembilan daripadanya adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah rumah sewa, di Taman Mutiara, di sini.

Serbuan itu dilakukan pada jam 8.30 malam selepas polis mendapat maklumat mengatakan rumah berkenaan sering menjadi tumpuan penagih dadah yang kebanyakannya membabitkan golongan remaja, sebahagiannya adalah penuntut IPT.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, serbuan yang turut disertai beberapa pegawai termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dilakukan setelah polis mendapat maklumat mengatakan rumah itu dijadikan tempat persembunyian seorang suspek yang disyaki terbabit dalam satu kes culik di Marang.

“Daripada 12 yang ditahan, lapan daripadanya adalahpenuntut jurusan Diploma Mekanikal dari IPT berdekatan.

“Hasil ujian air kencing mendapati empat daripada remaja terbabit positif dadah dan ditahan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seorang daripada remaja berumur 20-an itu adalah suspek disyaki terbabit dalam kes culik dan remaja yang berasal dari Felda Kerteh 5 itu kini ditahan untuk siasatan lanjut, sementara beberapa yang lain dibebaskan selepas negatif dadah,” katanya.

Menurut Dahlan, walaupun polis telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memerangi najis dadah, antaranya mengadakan ceramah kepada penuntut di IPT, namun kes penyalahgunaan dadah membabitkan institusi pengajian tinggi itu terus menunjukkan peningkatan.

“Segala usaha dilakukan pihak polis bagi memberi kesedaran kepada golongan itu nampaknya tidak membuahkan hasil, malah kes yang dilaporkan berlaku membabitkan pelajar masih berterusan,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada remaja yang juga penuntut IPT ditahan kerana positif dadah berkata, dia mula mengambil dadah ketika belajar di institusi terbabit.

“Saya mendapat bekalan dadah jenis ganja daripada seorang pengedar tempatan ketika menuntut di sini.

“Bagaimanapun saya sama sekali tidak menyangka kunjungan saya ke rumah sewa seorang rakan telah memerangkap saya sehingga merengkok dalam lokap,” kata penuntut jurusan kejuruteraan yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan itu.

http://www.sinarharian.com.my (Sabtu 28-3-2009)

Pelajar Politeknik Ditahan Kerana Dadah