Thursday, February 05, 2015

apabila media berkuasa melukis dunia, kejahatan akan menjadi ahli syurga





Betapa akhirnya kemurnian perjuangan mujahidin sunni Iraq dan Syria menentang kezaliman kerajaan boneka Syiah di Iraq dan kezaliman Basyar al Asad di Syria telah berjaya dihodohkan wajahnya dengan teramat buruk bersenjatakan halimunan ciptaan barat bernama IS.

Yang jahatnya kerajaan syiah akhirnya hilang. Yang timbulnya adalah bagaimana brutalnya IS membantai setiap yang menentang mereka. Sembelih, bakar, tembak, pancung, campak dari bangunan dan sebagainya.

Tenggelamlah bagaimana kisah sebenar muslim sunni di Iraq diburu dari rumah ke rumah. Dipukul, dirogol anak-anak gadis mereka dan dibunuh kaum lelaki mereka. Kisah tragis ini bukan saya dapat dari AP, AFP atau Agensi. Tapi dari seorang teman sunni Iraq yang berjaya melarikan diri dari negaranya. Sekarang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian di Sepang.

Orang sudah lupa bagaimana Fallujah, bandar sunni di Iraq yang digelar bandar masjid telah dibumi hanguskan oleh Amerika kemudian proses pemusnahannya disambung lagi oleh kerajaan Syiah Nuri al Maliki. Kezaliman dan kebrutalannya usah diceritakan lagi.

Syeikh Azhar turut menyatakan bahawa IS adalah syaitan yang perlu disalib! Dia terlupa bahawa dia juga pernah duduk dan menyokong kezaliman syaitan bernama as Sisi. Ada Syeikh Azhar pernah bersuara membela rakyat awam yang sedang menderita di Iraq dan Syria?

Saya masih berpegang dengan fakta bahawa mujahidin pejuang sunni yang sebenar tak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan IS dan yang sewaktu dengannya. 

Mujahidin yang sebenar tidak akan melakukan kezaliman atas nama perjuangan Islam.

Merenung semua ini, saya mengakui hakikat bahawa dizaman ini, siapa yang menguasai media, dia akan muncul sebagai pemenang dalam pertarungan...

Tulisan oleh saudara Dr Azman Ibrahim
Seorang pengamal perubatan.
Dr gigi di Kubang Krian
Juga seorang aktivis media

Teruskan membaca blog Harahinara. 

0 komen:

Post a Comment