Sunday, January 18, 2015

Epal Jenis Gala, Granny Smith Disekat Masuk ke Malaysia






Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat berikutan beberapa tiga kes kematian dipercayai disebabkan epal yang tercemar oleh jangkitan Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya memetik laporan Bernama.



Apa itu Listeriosis?

Listeriosis adalah jangkitan baketeria boleh menyebabkan kematian dan antara simpton seseorang itu dijangkiti dengan Listeriosis termasuklah demam, sakit kepala yang teruk, loya dan leher tegang.



ni ada sedikit contoh bergambar jenis jenis Epal.

Bersumberkan Berita

0 komen:

Post a Comment