Sunday, November 18, 2012

Kita, Malaysia dan Palestin

PePerangan kita juga Bermula....

Apa kita boleh buat, kita Malaysia...?

Bangkitlah Islam kata semua... nnt kita tahu bagaimn kita mampu membntu saudara kita....



[Boikot]Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/posts/375094659203013

diperjelaskan di sini, McD diboikot bukan kerana dia syarikat Yahudi (kalaupun dia syarikat Yahudi), tetapi McD diboikot kerana dia menyokong zionis (Israel). Semata-mata kerana seseorang tiru yahudi atau syarikat Yahudi tidak ada kewajaran utk boikot. Begitu juga semua syarikat di USA samada diasaskan oleh bangsa yahudi, yang beragama Kristian atau muslim sekalipun bukan sebab utk kita boikot. Tetapi apabila syarikat-syarikat ini terbukti menyumbang kepada ekonomi Israel (McD menerima anugerah rasmi tahunan dari Israel kerana sokongan yang berterusan kpd ekonomi Israel). Sebab itu tdk ada seruan utk boycott Pizza Hut, Burger King, KFC, Microsoft, Boeing dsbnya kerana syarikat-syarikat ini tdk diketahui membantu israel. Semuga ini juga menjelaskan kedudukan FB.

0 komen:

Post a Comment