Monday, July 02, 2012

Zakat Emas : Syarat dan lengkapan

Zakat secara umumnya bermaksud setiap orang Islam yang mempunyai harta yang diwajibkan zakat melebihi syarat yang ditentukan oleh syariat islam, perlu memberikan sebahagian kecil dari hartanya tadi kepada mereka yang layak menerima zakat. Tidak kira samada kita ini seorang ahli perniagaan, usahawan atau hanya seorang pekerja. Sekiranya mempunyai emas dan perak mesti dan diwajibkan membayar zakat emas dan perak.


Sejarah telah membuktikan bahawa emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Emas dan perak telah dijadikan sebagai perhiasan malah sebagai nilai tukaran wang sehingga ke hari ini.
Syariat mewajibkan zakat kedua-duanya, baik emas dan perak dalam bentuk wang atau leburan logam, mahupun dalam bentuk yang lain seperti jongkong, matawang, perkakas atau perhiasan wanita atau rumah.
Wajibnya zakat dijelaskan dalam al-Quran dan balasan orang yang enggan membayar zakat sesungguhnya amatlah pedih. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih, pada hari mereka dibakar di dalam neraka jahanam dan dibakar muka mereka, rusuk dan belakang mereka hanya seraya dikatakan kepadanya inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu”. (Surah At-Taubah ayat 34-35)

Syarat2 wajib zakat emas dan perak

Islam

  • Zakat hanya dikenakan keatas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambil kira untuk zakat.

Merdeka

  • Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Sempurna

  • Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Haul

  • Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Cukup Nisab

  • Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak seseatu harta dikeluarkan. Pendapat para ulamatermasuk Imam Malik, Imam Syafi’e, Imam Hanafi, Imam Hambali, nisab emas adalah 20 dinar atau lebih kurang 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 8000 pada tahun 2009 (bergantung kepada harga semasa emas)
  • Kadar zakat emas ialah satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%).
Riwayat Abu Daud dari sabda Rasullullah s.a.w maksudnya:

“Apabila engkau memiliki 20 dinar (85 gram) dan genap setahun, maka kadar zakatnya setengah dinar dan yang lebih dikenakan kadar yang sama (2.5%)”
  •  Ijmak ulama telah menetapkan kadar nisbah perak pula sebanyak 200 dirham bersamaan 595 gram.

Jenis2 emas yang diwajibkan zakat

Emas yang tidak dipakai

  • Bermaksud emas yang tidak digunakan ayau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Emas yang dipakai

  • Emas samada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahuntidak wajib dikeluarkan zakat keatasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah RM14,118 atau sekitar 150 gram.

Contoh pengiraan zakat emas:

Emas yang disimpan dalam setahun: tidak dipakai jika melebihi nisbah iaitu RM8,000
Nilai Emas disimpan x 2.5%
Contoh: RM8,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 212.50
Emas yang dipakai : jika melebihi uruf iaitu 150 gram
(Berat emas dipakai - uruf) x Harga semasa (1 gram) x 2.5%
Contoh: 200 gram - 150 gram = 500 50 gram
500 gram x RM94.12 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 117.65

Contoh pengiraan zakat perak

Berat barangan perak x Harga semasa perak (1 gram) x 2.5%
1,000 gram perak (lebih 595 gram daripada nisab)
1,000 gram x 0.62 x 2.5% = RM15.50
Emas dan perak yang dipajak di Ar-Rahnu tidak dikenakan zakat. Sebaliknya jika emas itu digadai dalam masa kurang setahun dan menebus semula dalam tahun haul yang sama maka dikenakan zakat.

##search Zakat
http://www.e-zakat.com.my

0 komen:

Post a Comment