Thursday, June 30, 2011

Bukan Babi je Haram tapi Baju pun "haram"

Susulan posting citracahaya sebelum ini Bukan perhimpunan je "Haram" tp Baju pun? atas penangkapan aktivis keadilan kerana mempromosikan Bersih 2.0 kini secara sah Polis DiRaja Malaysia dan ketuanya Menteri Dalam Negeri mengistiharkan bukan sahaja perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja yang "haram" tapi Baju yang Kuning berlogo Bersih pun "Haram". berita pengharaman disiarkan dalam satu akhbar portal Hisham: Haram pakai baju BERSIH, boleh ditangkap

Entah dimana silap sehinggakan baju dan warna kuning di Haramkan Dalam pasaran Malaysia. Ini membuktikan bukan pihak berkuasa yang takut dengan Demam Rakyat tetapi yang sebenarnya pihak parti politik yang menggunakan segala penipuan untuk berkuasa takut akan kehilangan kuasa setelah memerintah selama lebih 50tahun.

Dengan segala kecelaruan yang terbit dalam pemerintahan Malaysia kini, seharusnya lebih ramai rakyat bangkit untuk menuntuk hak kuasa Rakyat lebih daripada kuasa pemerintah. Selama ini pemerintah terlalu ego dengan kuasa yang mereka ada sehingga sanggup memperkudakan rakyat bagi menanggung segala ketirisan dan rasuah serta kerugian ekonomi atas ketidakupayaan kerajaan menguruskan Kekayaan Bumi Malaysia.

Rakyat harus menzahirkan SIKAP "rakyat lebih berkuasa daripada pemerintah" oleh kerana rakyat sebenarnya yang memilih pemimpin untuk menjadi payung dan pengurus kepada rakyat. sekiranya kerajaan gagal untuk melindungi rakyat maka seharusnya rakyat sedar untuk berubah memilih pemimpin yang lebih baik dari pemimpin sekarang.

wallahualam

0 komen:

Post a Comment