Saturday, July 02, 2011

Kemuncak : Semua dah HARAM


Akhbar online Malaysiakini melaporkan dalam beritanya menyatakan kemuncak pengharaman aktiviti BERSIh sampai ke kemuncaknya dengan organisasi BERSIH 2.0 diistiharkan HARAM. Ini menzahirkan ketakutan pihak kerajaan terhadap pertubuhan ini walaupun perhimpunan yang diadakan 9 Julai ini hanyalah suatu penzahiran sikap kecewa terhadap SPR dan memorandum i9ni akan disampaikan kepada Yang Dipertuan Agong.

Hishammuddin menganggap BERSIH suatu pertubuhan yang telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang. Inilah suatu ketakutan melampau kerajaan terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0 terhadap SPR.

Sepatutnya kerajaan tidak perlu takut dengan tuntutan ini kerana sekiranya kerajaan sedar, ia sekadar ingin melihat tranformasi yang perlu dilakukan oleh SPR. Persoalannya kenapa kerajaan gusar dengan tuntutan ini. Sekiranya perkara ini gagal ditangani denga penuh hikmah oleh kerajaan maka rakyat akan tergelak dengan gelagak kerajaan yang gagal memahami kehendak rakyat dibawah pemerintahan sekarang.

Hisham isytihar BERSIH 2.0 pertubuhan haram

Kini rakyat boleh melihat kebabrokan pentadbiran kerajaan kerana gagal mentadbir kerajaan dengan adil dan saksama yang harus ada dalam sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Rakyat tidak lagi harus leka dengan penipuan pihak-pihak tertentu yang hanya pandai menipu dengan menggunakan media perosak bangsa. Suatu kebangkitan rakyat harus dinyatakan dengan SIKAP bagi menghalang golongan "bangsawan" terus menipu kita semua. BANGKIT RAKYAT.

BERFIKIR dan MENGANALISIS.

0 komen:

Post a Comment