Dalam jawapan beliau, Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta iaitu sejumlah RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.Perbelanjaan ini termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.
- Kos Sewa lebih RM18,000 untuk sehari.
- Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan,
- bil elektrik RM5,704 sehari
- bil air RM1,092 sehari.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
- Kos Sewa RM32,972,115.55
- kos baik pulih RM3,581,744.78
- bil elektrik RM10,267,868.15
- bil air RM1,967,386.55
"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.
Selama ini rakyat diingatkan supaya berjimat cermat dalam menghadapi kenaikan barangan di pasaran yang disebabkan oleh pelaksanaan penyelarasan subsidi bagi menjana ekonomi negara bagi mencapai negara berpendapan tinggi.
Agak menyeksakan apabila rakyat tersalah percaturan oleh seruan tersebut kerana kegagalan para pemimpin yang tidak menyahut seruan yang dilaung-laungkan oleh diri sendiri.
kini rakyat perlulah faham tentang hak-hak sebagai rakyat yang berkuasa untuk menikmati keselesaan hidup tanpa diperbodohkan oleh golongan yang hanya pandai memperkotak-katikan rakyat bawahan semata-mata ingin terus berkuasa.
Menzahirkan sikap untuk menuntut hak di bumi sendiri seharusnya dipergunakan oleh seluruh rakyat bukan hanya menzahirkan rasa tetapi lebih dari itu.
RAKYAT BANGKIT!
0 komen:
Post a Comment