Wednesday, May 11, 2011

Peluang dan Kenaikan harga barangan : Hidup Makin Terdesak


Ramai yang membuka bicara pagi di kedai-kedai kopi dengan keluhan panjang atas kenaikan harga gula sebanyak 20sen dan sebelumnya petrol RON97. keluhan ini mungkin disebabkan pendapatan masih ditakuk lama tetapi harga makanan dan barangan keperluan semakin meningkat. Ini sesuatu yang tidak adil bagi golongan-golongan yang kurang berkemampuan.

Apakah peranan kerajaan untuk menyelesaikan keluhan golongan-golongan ini. masih adakah menteri-menteri kabinet yang dapat merasai hakikat kepayahan golongan ini?

Persoalan lain yang timbul adalah apakah mereka ini(golongan miskin) terlalu malas untuk berusaha untuk menambah pendapatan mereka? adalah tidak adil mengatakan begitu kerana hakikatnya mereka bukan malas atau tidak berusaha tetapi dunia sekarang membuatkan mereka dan ramai daripada golongan bawahan gagal bersaing untuk mendapat peluang disebabkan ia telah dikaut oleh Si keparat kaya yang mementingkan imej semata-mata. Golongan kaya menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut semua keuntungan seperti hak pendidikan, peluang pekerjaan, cara berurusan, birokrasi dan lain-lain lagi.

Cuba kita lihat realiti sebenarnya hari ini. Dengan menggunakan pangkat dan gelaran, mereka mengugut untuk diberi ruang kepada anak beranak mereka dalam semua bidang. Dengan menggunakan "CABLE" , mereka semua dapat. Anak yang BODOH sekalipun boleh menyambung pelajaran diluar negara denga BIASISWA kerajaan. tetapi anak-anak kita yang bijak pandai tersekat dan terhalang dek kerana Golongan HANTU ini yang telah merampas peluang yang sepatutnya diperolehi oleh anak-anak miskin luar bandar!.

Sampai bilakah Golongan rakyat bawahan tanpa pengaruh dan miskin ini akan boleh mengubah hidupnya?Miskin tetap miskin dan kaya ditelan kekayaannya?

dan kini golongan bawahan akan menunggu satu lagi azab "KERAJAAN AKAN MENGURANGKAN SUBSIDI" RON95 racun untuk kami.

K'jaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

azlanMengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember. Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.

Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran. petrol price hike before increase panic consumers 040608 01

Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula. azlan

"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi. azlan

Barangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.

Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.

Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan

Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan. petrol price hike before increase panic consumers 040608 02

Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.

Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.

Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.

Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi.


http://www.malaysiakini.com/news/163869

0 komen:

Post a Comment