Thursday, May 12, 2011

Kereta sport paling mahal ciptaan Lamborghini:Para pesawah mampu Pakai!

Hujan lebat sekali sekala kat sini memberikan rahmat bagi para petani yang mengusahakan tanaman padi. Andaikata hujan yang berterusan akan menyebabkan banjir dan kita akan mendengar rintihan para petani yang menyerah semua keringat untuk mengusahakan bendang. Padi yang ditanam habis ditelan banjir. Itulah hakikat sebuah kehidupan, rezeki sudah ditentukan Allah.

Ini cerita hanya untuk orang-orang kaya dan sering ego dengan kekayaan mereka.

Hoooo...Kereta hebat sudah keluar, teknologi ni hanyalah mampu dipakai oleh golongan bangsawan kaya raya yang lupa tanah daratan. Lamborghini telah mengeluarkan jenteranya yang termahal di dunia. Hanya 20 buah sahaja kereta ini akan dibina. Ini semestinya di beli oleh hartawan dan bilionwan.kereta Lamborghini Sesto Elemento memiliki kelajuan 321 kilometer sejam. dengan kelajuan ini, ternyata akan menjadi kegilaan semua.

Petani kat kampung-kampung mampu beli jugak? boleh...Jual bendang dan jual semua.. gadai semua.. Kalau satu kampung bergolok bergadai, Insyallah hanya sebiji kereta ini baru boleh beli.Kongsilah ramai-ramai tapi kalu orang-orang kaya, dua biji Kereta Lamborghini Sesto Elemento pun boleh beli. Pakai kad kredit je.


KERETA Lamborghini Sesto Elemento.

Kereta sport paling mahal kini milik Lamborghini


LONDON - Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta apabila kereta Lamborghini buatan Itali berjaya memintas pendahulu sebelum ini, Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Lamborghini Sesto Elemento itu dijual dengan perbezaan harga £170 ribu (RM830,389) dengan nilai £1.77 juta (RM8.7 juta).

Ia dibina pada tahun ini di Sant'Agata Bolognese, Itali.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann, model itu pertama kali dipamerkan dalam Pertunjukan Kereta Paris Oktober lalu.

Bagaimanapun, kereta Lamborghini Sesto Elemento yang memiliki kelajuan 321 kilometer sejam masih tidak dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport buatan Jerman dengan kelajuan maksimum 407 kilometer sejam.

Kereta terbaru Lamborghini itu menggunakan enjin 5.2 liter V10 dna beratnya kurang satu tan.

Hanya 20 buah nit kereta itu akan dibina.

Kereta Bugatti Veyron dikeluarkan di Molsheim, Alsace, Perancis. - Agensi

sumber: kosmo online

0 komen:

Post a Comment