Wow...Hebat, Empat tingkat dan berhadapan dengan permandangan indah. Sungguh mewah dan terbukti BANGLO bukan rumah pangsa seperti kat Ampang dan Keramat(AU4)..
Andai anda tinggal di KL,anda akan lihat rumah pangsa yang didiami berpuluh keluarga tetapi dengan kekayaan yang melimpah ruah..1 keluarga hidup aman tenteram dalam bangllo 4Tingkat..
CANTIK sungguh rumahnya... dapatkah kita merasai kemewahan ini...
Insyallah..dapat!!
Usaha tangga kejayaan...
Rumah Setiausaha Agung Umno Terbakar
KUALA LUMPUR: Rumah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor rosak dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan alat pendingin hawa.
Beliau berkata insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi Ahad di banglo empat tingkat miliknya yang terletak di Lorong 5, Taman Duta di sini.
"Saya sedang tidur sebelum anak saya Tengku Muhammad Hafis yang berusia 15 tahun kejutkan dari tidur, dia mengadu sebuah pendingin hawa di biliknya terbakar.
"Saya kemudiannya bergegas memeriksa biliknya yang terletak ditingkat empat. Saya cuba untuk memadam api namun ia merebak dengan begitu cepat dan akhirnya saya mengarahkan semua anggota keluarga untuk keluar dari rumah," katanya sambil menyatakan beliau segera memaklumkan kebakaran berkenaan kepada pihak bomba.
Unit pemadam kebakaran pertama tiba di lokasi pada pukul 6.05 pagi.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, tingkat empat banglonya itu musnah teruk serta beberapa bahagian lain juga rosak.
"Syukur, kesemua 16 orang penghuni rumah ini terselamat," katnya sambil menambah bahawa beliau tidak pasti jumlah kerosakan sebenar akbiat insiden itu.
Sumber: agendadaily.com
Penulis mengucapkan takziah kpd keluarga Datuk Seri Tengku Adnan..Semoga Ujian ALLAH ini membantu kita membawa bekalan cukup untuk perjalanan akhirat..Insyallah
0 komen:
Post a Comment