
Tidak sesekali kita tetiba menjadi marah kalau tidak ada puncanya. Sifap pemarah sebenarnya kurniaan syaitan bagi merosakkan manusia untuk lupa sebuah ketentuan Ilahi yang telah lama mengaturkan perjalanan kita. MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dan Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.
Apakah kita marah itu sesuatu yang salah? Mempertahankan hak kita apabila kita dibohongi dan kita diperbodohkan menyebabkan marah itu salah? Marah adalah suatu reaksi yang dizahirkan apabila kita rasa ada orang yang membuatkan perasaan kita berubah dan yang mampu menyakitkan hati kita. Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan yang tidak sepatutnya terkeluar.
Marah Sepatutnya ia bertempat dan mestilah bersebab. Kalu tanpa sebab kita menjadi marah, itu adalah sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Bagi seseorang yang terasa melakukan kesilapan yang menyebabkan seseorang menjadi marah, tolonglah memahami erti kehidupan yang saling bergantungan. Bercakap benar adalah lebih baik daripada membohongi orang lain. Biar meraka marahkan kita asalkan kita benar. Jangan pula kerana kita berbohong menyebabkan orang terasa atas perbuatan kita dan kalau ini lah yang berlaku. Sememangnya kita perlu menerima kemarahan yang terzahir itu.
Berbuat baiklah kita semua supaya sifat2 mazmumah ini dapat dihindari dari diri kita agar hidup kita selamat dunia dan akhirat. Semoga amal baik kita akan diterima Allah Insyallah.
Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).
Aku telah memaafkan semua orang!!
0 komen:
Post a Comment