Sunday, April 18, 2010

Al-Fatihah : Achik Spin Terbabit Dalam Kemalangan


Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27,meninggal dalam kemalangan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) petang tadi.

Achik yang memandu MPV Toyota Estima terbabas dan melanggar papan tanda.Arwah meninggal di tempat kejadian . seorang lagi rakannya yang turut berada dalam MPV tersebutcedera parah. Mengikut laporan bernama, Achik bersama rakannya itu dalam perjalanan pulang ke Seremban selepas menyertai rangcangan di RTM.

Penyanyi ini yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Allahyarham, Insyallah. Citra Cahaya mengucapkan salam takziah buat keluarga achik spin

Yang Pergi Takkan Kembali


0 komen:

Post a Comment