Thursday, April 15, 2010

Selamat Pengantin Baru YB Baru

Sama padan sama indah mempelai dua sejoli. selamat pengantin baru buat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang yang baru, Tan Sri Mohd Isa Samad yang selamat diijabkabulkan dengan bekas Setiausaha Puteri Umno Malaysia, Bibi Sharliza Mohd Khalid di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Fatimah Kuala Pilah Negeri sembilan.






Kedua-duanya orang kuat UMNO dan Tan Sri Isa Samad merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang keSembilan dan memegang jawatan menteri besar selama 22 tahun dari April 1982 - Mac 2004.

Sember : Wikipedia

Bibi Sharliza, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah menjadi Adun Paroi pada 2004 selain dilantik Ketua Puteri Umno Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Puteri Umno Malaysia dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Rembau.

Sember : Berita Harian

P/S Citra Cahaya mengucapkan selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Semoga Allah merahmati kalian berdua. Harap2 nanti lahir la zuriat yang boleh menjuangkan Agama Islam kat bumi Malaysia ini. Insyallah.Mintak2 ada la Ustaz dalam keluarga tu eh...


0 komen:

Post a Comment