Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yg akan berangkat untuk berperang dijalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya, "Wahai isteriku ...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali". Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda (yang bermaksud) kepada utusan itu, "Hendaklah dia mentaati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya & tidak berani keluar rumahnya.
Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yg berbunyi, "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya”. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu. Inilah sebenarnya perkara yg menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yg seperti dituntut oleh penjahil agama.Sedangkan dalam peristiwa Israk & Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah memasukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka...dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita.
Oleh itu takutilah kita semua akan ALLAH....
Sama2lah kita beringat. Hidup tak lama kat cni.
0 komen:
Post a Comment