Wanita perkasa dari basrah
RABIAH BINTI AL-ADAWIYAH dilahirkan sengsara. Beliau dijual sebagai hamba sahaya ketika masih kanak-kanak lagi. Seterusnya ia dibawa ke Basrah dan menetap di sana.
Mimpi Ketika Bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Rabiah dilahirkan di dalam keluarga yang sangat miskin. Ayahnya tidak mempunyai setitis minyak pun untuk disapukan pada pusat bayinya, apatah lagi lampu atau selimut buruk.
Isterinya meminta ayah Rabiah untuk pergi ke rumah jirannya untuk meminta sedikit minyak untuk menghidupkan lampu. Namun ayahnya pernah bersumpah tidak akan meminta apapun pada orang lain. Kerana itu, ayahnya telah pergi ke rumah jirannya dan hanya meletakkan telapak tangannya di ata spintu rumah jirannya, lalu ia pulang.
“Mereka tidak membukakan pintu,” katanya kepada isterinya. Isterinya terus menangis. Dalam keadaan itu ayahnya meletakkan tangan di atas lututnya dan terus tertidur. Ketika itulah, ayahnya bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw.
“Jangan berduka,” kata baginda nabi saw kepadanya. “bayi yang baru lahir, anakmu yang keempat itu, ratunya para wanita, yang akan menjadi pembimbing kepada 70000 umatku. Esok pagi pergilah berjumpa dengan Isa al-Zadan, Gabenor Basrah. Tulislah kalimat ini di atas selembar kertas, ‘Setiap malam engkau mengirimku seratus selawat dan pada malam Jumaat empat ratus. Semalam, malam Jumaat, tetapi engkau melupakanku. Untuk menebusnya, berikan empat ratus dinar halal kepada lelaki ini’, kata nabi saw kepada ayah Rabiah.”
Ketika bangun, ayah Rabiah menangis dan menulis apa yang diperintahkan Nabi Muhammad saw kepadanya, lalu mengirimkannya kepada Gabenor Basrah itu melalui bendaharanya.
“Berikan dua ribu dirham kepada fakir miskin itu,” perintah gabenor setelah membaca surat tersebut. “ini merupakan tanda terima kasih Allah yang telah mengingatkanku,” sambungnya lagi.
Ayah Rabiah mengambil wang emas yang diberikan Gabenor itu lalu membeli semua yang diperlukan.
Rabiah dijual Enam Dirham.
Ketika Rabiah mula membesar, ayah dan ibunya telah pergi meninggalkannya. Sedangkan pada masaitu bencana kelaparan melanda Kota Basrah. Rabiah memberanikan diri keluar dari rumahnya. Malangnya, beliau diculik penjahat yang inginkan wang. Penjahat itu telah menjual Rabiah sebagai hamba dengan harga enam dirham.
Rabiah sering diberikan pekerjaan berat oleh majikannya. Pada suatu hari, beliau telah dihampiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Beliau terus lari dan malangnya terjatuh di atas tanah. “Allahhu Rabbi,” jeritnya. Beliau berkata, “aku orang yang tak dikenali, yatim piatu, tawanan yang tak berguna, lagi pula tanganku terkilir. Namun aku tak sedih atas semua derita ini. Yang kuperluka hanya kesenanganMu, untuk mengetahui apakah Engkau meredhai diriku atau tidak”.
“Jangan berduka,” ia mendengar satu suara yang entah dari mana dan siapa. “Nanti engkau akan mendapat sebuah tempat yang membuatkan semua orang iri hati termasuk para malaikat”.
Kemudian Rabiah kembali ke rumah majikannya. Pada siang hari, beliau selalu berpuasa dan malam harinya solat hingga pagi. Pada suatu malam majikannya terjaga dan melihat Rabiah sujud dan berdoa:
“Ya Allah, Engkaulah yang maha mengetahui keinginan hatiku sesuai dengan perintahmu. Sinar mataku sentiasa siap menerima keputusanMu. Jika dapat, aku tidak akan menyisakan waktu sesaatpun selain untuk mengabdikan diri kepadaMu. Tetapi Engkau sendirilah yang meletakkan aku dibawah seorang makhluk”.
Itulah rangkaian doanya. Ketika itu, mjikannya terlihat cahaya di atas kepala
Rabiah. Pagi itu juga, dia memanggil Rabiah dengan ramah dan membebaskannya. Rabiah memutuskan hendak mengerjakan haji dengan menunggangi keldai.
Di tengah perjalanan, beliau berhenti, “Ya Allah,” jeritnya. “Hatiku lelah. Ke manakah aku akan pergi? Aku hanyalah segenggam tanah hitam, sedangkan rumahMu dari batu. Aku memerlukan Engkau di sini”.
Kemudian Allah mengilhamkan kedalam hati Rabiah, “Rabiah, engkau sedang berjalan di atas sumber hidup lapan belas dunia. Apakah engkau tidak tahu, Musa berdoa ingin melihatKu? Lalu aku turunkan beberapa ayat yang Aku arahkan ke Gunung Tursinadam ketika itu juga Gunung Tursina hancur berkeping-keping. Berpuasalah sekarang atas namaKu”
Tamu Rabiah
Suatu ketika dua tokoh agama terkemuka mengunjungi Rabiah dalam keadaan yang lapar.
“Mana tahu, dia akan memberikan kita makanan kepada kita,” kata salah seorang daripada mereka.
“Makanannya pasti dari sumber yang halal,” kata salah seorang lagi.
Ketika mereka sedang duduk, mereka dihidangkan dua potong roti. Mereka sangat gembira. Sejenak kemudian datang seorang pengemis dan Rabiah segera memberikan dua potong roti itu kepada pengemis tersebut. Kedua-dua tokoh agama itu bingung tetapi tidak berani berkata apa-apa. Tiadak lama kemudia datang seorang pelayan membawa banyak roti hangat.
“Majikan saya mengirimkan ini,” dia menerangkan. Rabiah menghitung jumlahnya : ada lapan belas potong.
“Mungkin bukan ini yang dia kirimkan untukku,”kata Rabiah. Pelayan itu berusaha meyakinkannya bahawa roti itu adalah untuknya, tetapi Rabiah tetap dengan pendiriannya. Memang benar, pelayan itu telah mengambil dua potong roti untuk dirinya sendiri.
Kemudian pelayan itu kembali kepada majikannya dan meminta dua potong lagi daripada majikannya. Lalu ia kembali kepada Rabiah. Rabiah berkata, “inilah yang dikirimkan oleh majikanmu”.
Rabiah segera mempersilakan tetamunya itu dengan roti-roti tersebut. Mereka kagum dengan Rabiah dan menanyakan apakah yang tersirat daripada kejadian tadi.
Rabiah berkata, “aku tahu kalian datang ke sini dalam keadaan yang sangat lapar. Aku berkata kepada diriku sendiri, bagaimana mungkin aku memberikan dua potong roti kepada dua orang terhormat? Maka ketika pengemis datang meminta, aku segera memberikannya lalu berdoa, ‘Ya Allah, Engkau telah berfirman bahawa Engkau akan memberikan imbalan sepuluh kali ganda. Aku percaya sepenuhnya atas firmanMu. Sekarang aku telah memberikan dua potong roti untuk manyenangkanMu. Maka engkau akan memberikan dua puluh potong sebagai imbalannya.’ Ketika roti yang berjumlah lapan belas potong itu diberikan kepadaku, aku tahu bahawa ada dua kemungkinan: ada kekurangan atau roti itu memang bukan dimaksudkan untukku.
Berjalan di Atas Air dan Terbang di Udara
Pada suatu hari Rabiah pergi ke pergunungan. Setibanya di sana sekumpulan rusa dan kambing gunung mengelilinginya. Tiba-tiba Hasan Al basri tiba di tempat itu dan terlihat Rabiah, lalu beliau terus menghampirinya.Tetapi kehadiran Hasan membuatkan para binatang berlarian meninggalkannya.
Hasan Al Basri lantas bertanya, “mengapa mereka melarikan diri dariku dan mendekatimudengan jinak?’
“Apa yang guru makan hari ini?” tanya Rabiah.
“Bubur campur bawang sedikit,” jawab Hasan Al basri.
“Guru memakan lemak mereka, bagaimana mungkin mereka tidak melarikan diri?” jawab Rabiah dengan penuh yakin.
Suatu hari Rabiah pernah menziarahi gurunya itu. Ketika itu Hasan Al Basri sedang menjengukkan kepalanya di luar jendela sambil menangis. Rabiah segera mendekatinya sambil berkata ;
“Guru, tangisan ini petanda kelesuan rohani. Tahanlah air matamu, agar air tersebur menggelombang bagai laut di dalam dirimu. Engkau tidak akan menemukan hatimu di sana kecuali di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.”
Kata-kata Rabiah tersebut cukup membuatkan Hasan Al Basri gelisah. Lalu pada suatu hari, beliau melihat Rabiah di tepi sebuah tasik. Sambil menghamparkan sejadahnya di permukaan tasik, Hasan Al Basri memanggil Rabiah, :
“Rabiah, ke sini. Mari kita solat dua rakaat di sini”
“Guru,” sahut Rabiah, “Jika engkau mempamerkan kebaikan rohanimu di pasar dunia, maka pertunjukanmu itu tidak dapat dilihat orang lain”.
Lalu Rabiah menghamparkan sejadahnya ke udara dan melayang di atasnya.
“Mari ke sini guru. Di sini orang dapat melihat kita,” teriak Rabiah.
Hasan Al Basri walaupun sudah dianggap guru, tetapi belum mencapai tahap seperti itu, tidak mampu berbuat apa-apa.Kemudian Rabiah cuba menasihatinya.
“Guru, apa yang engkau lakukan itu dapat dilakukan oleh ikan dan apa yang kulakukan itu dapat dilakukan oleh makhluk lain yang mempunyai kepak. Masalah yang hakiki berada di luar tipu daya ini. Orang harus menyibukkan dirinya dengan perkara yang hakiki,” nasihat Rabiah kepada Hasan Al basri.
Lelaki yang Kepalanya dibalut
Suatu ketika Rabiah melihat seorang lelaki yang kepalanya dibalut.
“kenapa kelamu dibalut?” tanya Rabiah.
“Kerana kepalaku sakit”,jawab lelaki itu.
“Berapa usiamu?”tanya Rabiah lagi.
“Tiga puluh tahun”.
“Apakah engkau pernah merasa sedih sepanjang hidupmu?” soal Rabiah.
“Tidak”.
“Selama tiga puluh tahun engkau telah menikmati kesihatan yang baik dan engkau tidak pernah membalut kepalamu sebagai rasa bersyukur. Sekarang hanya kerana kepalamu sakit satu malam, lalu engkau mengikat kepalamu dengan balutan keluhan,” tutur Rabiah.
Berdoa Selama Tiga Puluh Tahun
Rabiah pernah puasa selama seminggu, tidak makan dan tidak pula tidur. Sepanjang malam selalu solat. Rasa lapar amat terasa. Suatu ketika, seorangtamu mendatanginya dan membawakan semangkuk makanan. Rabiah menerimanya. Sementara hendak mengambil lampu, mangkuk tadi tumpah tersenggol kucing.
“Aku akan pergi untuk mengambil kendi untuk berbuka puasa,” kata tetamu itu. Ketika kendi itu di bawa ke tempat Rabiah, lampunya pula padam dan kendi itu terlepas dari tangan dan pecah.
“Ya Allah,” jeritnya. “Apakah yang Engkau lakukan terhadap hambaMu yang lemah ini?” sambung Rabiah lagi.
Tiba-tiba terdengar satu suara, “Waspadalah………..! Jika engkau tidak ingat kepadaKu, Aku akan melimpahkan semua anugerah duniawi ini kepadamu. Tetapi akan Kucabut perhatian hatimu kepadaKu. Perhatian terhadapKu dan anugerah duniawi tidak pernah bersatu dalam satu hati. Rabiah, engkau mengkehendaki sesuatu, sedang Aku menginginkan yang lain.KeinginanKu dan keinginanmu tidak dapat bersama dalam satu hati”.
“Sejak ada teguran itu, aku memutuskan diri dari keinginanku terhadap duniawi dan menguranginya hingga akhir hidupku. Aku berdoa selama tiga puluh tahun terakhir,. Aku menganggap itulah doaku yang terakhir”, cerita Rabiah.
Hamba Allah Sejati
Suatu ketika Abdul Wahid pergi bersama Sufyan Tsaurirahi Rabiah yang sedang sakit tenat.
Sufyan berkata, “jika engkau mahu berdoa, rasa sakitmu akan berkurangan”
“Apakah engkau tahu siapakah yang mengkehendaki aku sakit? Bukankah Allah?”jawab Rabiah bernada tanya.
“Ya,” sahut Sufyan.
“Bagaiman aengkau dapat mengetahuinya, tetapi masih menyuruhku memohon kepadaNya atas apa yang bertentangan dengan kehendakNya? Tidak dibenarkan menentang kehendakNya, wahai sahabatku,” ujar Rabiah.
“jadi apa yang engkau inginkan wahai Rabiah?” tanya Sufyan.
“Sufyan, engkau orang alim, berilmu tinggi. Mengapa engkau mengatakan begitu? Apa yang engkau inginkan? Demi Allah yang maha besar, dua belas tahun lalu aku pernah menginginkan buah kurma segar. Engkau tahu bahawa kurma tidak sukar dicari di Basrah ini. Namun hingga sekarang aku tidak pernah memakannya, kerana aku hambaNya. Bagaimana mungkin seorang hamba berkehendak?Jika aku ingin, sedangkan Allah tidak menginginkannya, maka itu telah menjadi sikap ketidaksesuaian,” ujar Rabiah.
Sambungnya lagi, “engkau hanya boleh menginginkan apa yang Dia inginkan agar enkau menjadi hamba yang sejati. Jika Allah sendiri yang memberikan itu, lainlah kiranya”.
Sufyan terdiam sejenak. Termenung, kemudian berkata lagi, “Kerana tidak ada orang yang berbicara keadaanmu, maka bicaralah keadaanku”.
“Engkau orang baik. Kenyataannya, engkau sering menyampaikan sunnah-sunnah Rasul. Malangnya, engkau masih menyintai dunia,” kata Rabiah.
“ Ya Allah…, “ desis Sufyan sambil menangis teresak-esak. “tenangkanlah aku agar aku senang”.
“Apa engkau tidak berasa malu?” kata Rabiah lagi. “Meminta Dia menyenangkanmu tapi dirimu sendiri tidak pernah menyenangkanNya”.
Rabiah Wafat
Ketika Rabiah hampir wafat, beliau dikunjungi seorang ulamak Basrah. Rabiah bangkit lalu duduk di sisi bantalnya sambil berkata, “kamu melebihi dunia secara berlebih-lebihan. Kalau kamu tidak mencintai dunia , kamu tidak akan sering menyebut-nyebutnya. Sebaliknya jika engkau tidak menyintai dunia, engkau tidak akan sering menyebutnya sama ada baik ataupun buruk. Jadi kerana engkau sering menyebutnya, bererti angkau menyintainya. Seperti peribahasa, ‘ barang siapa mencintai sesuatu, dia sering menyebut sesuatu itu”.
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus diam membisu.
Selepas kewafatan Rabiah, ada orang yang mimpi melihatnya. Orang itu berkata, “wahai Rabiah, bagaimana dikau menghadapi soalan Munkar dan Nakir?”
Rabiah menjawab, “mereka datang kepadaku dan bertanya siapa tuhanku. Aku menjawab, kembalilah kepada tuhan dan katakan, “Engkau tentu tidak lupa pada seorang wanita tua lagi lemah.Sewaktu di dunia aku hanya memiliki Engkau, tidak pernah melupakan Engkau. Jadi perlukah Engkau mengirimkan utusan bertanyakan siapakah tuhanku?”
Doa Rabiah
“Ya Allah…, anugerah duniawi apapun yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, berikanlah kepada musuh-musuhMu. Dan anugerah apapun yang Engkau tetapkan kepadaku berikanlah kepada kawan-kawanMu, kerana Engkau sudah cukup bagiku”
“Ya Allah…, andai aku menyembahmu kerana takutneraka, bakarlah aku ke dalam neraka. Dan andai aku menyembahMu kerana syurgaMu, keluarkanlah aku dari syurgaMu. Tetapi andai aku menyembahMudemi kerana Engkau semat-mata, janganlah Engkau menyembunyikan keindahanMu yang abadi.”
“Ya Allah…, satu-satunya kesibukandan keinginanku di dunia ini hanya menginagtMu dan mengidam-idamkan berjumpa denganMu di akhirat nanti. Iyulah bahagian dari hidupku seperti yang sering kukatakan. Sekarang, lakukanlah apa yang Engkau inginkan.”
Dipetik dari buku
‘1001 memori’ oleh Abu Hikmah Al Husni
0 komen:
Post a Comment