Ahli perubatan islam paling awal
Dalam tamadun Islam, ilmu perubatan telah lahir dan bercambah dari semasa ke semasa sesuai dengan kemajuan yang dicapai oleh manusia sendiri dalam kehidupan. Mengikut catatan yang ada, sebelum kedatangan Islam orang-orang Greek dan orang Mesir telah agak maju dalam bidang tersebut. Malahan orang-orang Arab juga telah berpeluang mempelajari ilmu tersebut daripada mereka.
Selepas kedatangan Islam orang yang paling awal sekali disebut sebagai ahli perubatan yang ternama ialah Al-Harth Ibnu Khaladah Al Thaqafi. Berdasarkan kenyataan ini beliau layak disebut sebagai tokoh perubatan yang pertama sekali dalam Islam.
Ibnu Khaladah berasal dari Taif. Beliau telah banyak merantau dan mempelajari ilmu perubatan termasuk ke Yaman dan Parsi. Di Parsi beliau dikatakan mendapat latihan yang mendalam dalam ilmu ubat-ubatan.
Di samping itu juga beliau merupakan seorang pemuzik yang berkebolehan. Pengetahuan tentang ilmu ini juga beliau peroleh di Parsi dan di Yaman.
Beliau sempat bergaul rapat dengan Rasulullah SAW, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar Al-Khattab, Khalifah Usman Affan dan Khalifah Ali Karramallahu Wajhah. Begitu juga dengan Muawiyah Ibnu Abu Suffian Khalifah pertama Bani Umaiyyah.
Saad Ibnu Abi Waqqas meriwayatkan apabila beliau jatuh sakit di Mekah Rasulullah SAW datang menziarahinya. Baginda lalu menyuruh orang pergi menjemput Ibnu Khaladah. Kata baginda beliau adalah seorang ahli perubatan . Apabila Khaladah datang beliau terus memeriksa Saad dan merawatnya. Saad kemudiannya sembuh dengan rawatan yang diterimanya itu.
Menurut Ibnu Abi Usaiba’ah dalam buku beliau, ‘ Uyuuun Al-Anba’, Ibnu Khaladah mempunyai banyak rekod dalam bidang Perubatan. Beliau banyak mengetahui tentang penyakit-penyakit yang dialami oleh orang-orang Arab dan bagaimana cara-cara mengubatinya.
Antara catatan menarik tentang beliau, termasuklah satu peristiwa yang berlaku antara beliau dengan Kisra ( Raja ) Anu Syiryan, Maharaja Sasan. Menurut catatan tersebut beliau pada suatu waktu telha diutus untuk menemui raja tersebut.
Apabila beliau dibenarkan masuk menghadap Kisra bertanya kepadanya dalam keadaan masih berdiri Siapa Kamu?, Jawab Ibnu Khaladah saya Al Harth Ibnu Khaladah al Thaqaf. Kisra bertanya lagi pekerjaan kamu? Jawab beliau perubatan.
Raja itu kemudian bertanya Adakah kamu seorang Arab Jawab Khaladah Ya Arab Tulen. Kata Kisra Apakah yang orang Arab boleh dapati daripada seorang ahli perubatan sedangkan mereka itu jahil bodoh dan tidak tahu memilih makanan yang baik? Jawab Ibnu Khaladah Tuanku. Jika begitulah sifat orang-orang arab ternyatalah mereka sangat memerlukan orang untuk memperbaiki keadaan mereka . Hanya orang-orang yang cerdik sahaja yang mampu menguruskan diri mereka dan memilih sendiri ubat-ubtan yang sesuia demngan diri mereka.
Tertarik dengan jawapan itu , Kisra memuji Ibnu Khaladah sebagai seorang yang tegas dan bijaksana. Setelah dijemput duduk Ibnu Khaladah di soal dengan lebih banyak lagi oleh Kisra. Kata raja itu “Apakah tujuan kamu mempelajari perubatan?” jawab Ibnu Khaladah Tuanku lebih maklum. Tanya Kisra lagi “ Apakah asas perubatan? Ibnu Khaladah ‘ pemakanan” Tanya baginda lagi “Apakah konsep pemakanan?” Jawab beliau Menjaga dua bibir mulut dan bertimbang rasa terhadap dua belkah tangan.Mempersetujui jawapan itu Kisra terus mengiyakannya.
Seterusnya baginda Kisra bertanya lagi “apakah Penyakit yang paling merbahaya?” Jawab Ibnu Khaladah Menimbunkankan makanan ke dalam perut.Ia boleh menjahannamkan semua hidupan atas muka bumi ini. Bahkan ia ia boleh menjahannamkan binatnag buas di perut bumi. Kata Raja ‘kamu betul”
Dalam diaologf yang panjang di atas Kisra sempat bertanya banyak perkara lagi . Antara jawapan Ibnu Khaladah ialah “ Jangan mandi sewaktu perut kenyang,jangan melakukan hubungan seks sewaktu mabuk dan jangan makan sewaktu masih marah dan jangan memaksa diri.
Antara anjuran yang telah dibuat oleh Ibnu Khaladah dalam dialog itu juga termasuklah supaya orang yang mahu menjaga kesihatannya agar mengurangkan makan. Kata beliau sikap seperti itu boleh memberi keselesaan sewaktu tidur. Berkenaan dengan ubat beliau menasihatkan agar supaya ia digunakan hanya pada waktu sakit. Walau bagaimanapun kata baliau , tindakan awal dan segera sebaik sahaja merasai sakit ialah jalan terbaik unutk mengatasi penyakit itu.Sehubungan dengan itu beliau menyifatkan tubuh manusia seperti tanah. Sekiranya tanah itu digarap dan sering dibajai ia akan menjadi subur tetapi sebaliknya kalau dibiarkan ia akan terbiar dan gersang.
Menurut riwayat Khalifah Al Wathiq Billah ( 842-846 ) dalam bukunya Al-Bustan Ibnu Khaladah pernah melarang orang berjemur di bawah cahaya panas terik matahari .Kata beliau cahaya panas matahari membasahkan pakaian yang dipakainya memudarkan warna dan mencungkil penyakit yang terembunyi dalam tubuh. Pada pandangan beliau lagi perut ialah rumah penyakit . Apa yang beliau maksudkan ialah Maidah.
Antara kata-kata lain yang diriwayatkan oleh beliau termasuklah “Empat perkara yang boleh merosakkan tubuh manusia: Bersetubuh sewaktu kenyang, mandi sewaktu kenyang,memakan daging yang dikeringkan dan menyutubuhi perempuan tua.”
0 komen:
Post a Comment