Sabar dan tawakal dalam menghadapi segala dugaan Allah adalah sifat yang dituntut oleh Islam. Sebagai umat Islam yang beriman kepada-Nya, kita perlu reda dengan setiap kejadian yang berlaku.
Alyafii meriwayatkan daripada Abdul Hassan Assarraj: “Ketika tawaf di Baitullah, aku ternampak seorang wanita yang secantik dan secerahnya. Pastinya dia tidak pernah berasa risau dan sedih.”
Rupa-rupanya wanita itu mendengar kata-kataku lalu menjawab: “Apa katamu wahai lelaki. Demi Allah aku kini dibelenggu perasaan sedih yang amat sangat.
“Cuba bayangkan, aku mempunyai tiga orang anak. Dua sudah boleh bermain sendiri dan seorang lagi masih menyusu. Yang besar berkata kepada adiknya: “Mahukah kau aku tunjukkan bagaimana ayah menyembelih kambing.?” Lalu dijawab adiknya: “Mahu”.
“Lalu ditelentangkan adiknya dan disembelih lehernya dengan pisau, lalu meninggal dunia. Dia kemudian ketekutan lalu lari ke arah bukit. Malangnya, di sana dia dimakan serigala.
“Suamiku pergi mencarinya hiungga meninggal dunia kerana kehausan. Ketika aku meninggalkan bayiku untuk meninjau kepulangan suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak ke kuali yang sedang mendidih. Ditariknya kuali itu hingga melecur dan mati disimbah air panas. Hidupku kini sebatang kara,” kata wanita itu.
“Jadi, bagaimana kau boleh bersabar menghadapi dugaan ini?” tanyaku.
Jawab wanita itu: “Tiada sesiapa yang dapat membezakan sifat sabar dengan mengeluh kecuali diri sendiri menemui kedua-duanya.”
0 komen:
Post a Comment