Monday, December 07, 2009

Andai itu Takdirnya (Bahagian i)

"Hye cik adik,buat apa tu?"
"Ello pakcik,kalau ia pun,bagi la salam dulu,ni main sergah je" kataku dengan agak marah,mana tidaknya,nasib baik la aku ni bukan pengidap sakit jantung.kalau tak dah lama jalan!

Dengan selamba Faris melabuhkan punggungnya di kerusi dihadapanku.
Keadaan di perpustakaan yang agak lengang pada awal petang ini menyenangkan aku untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.
"Oops sorry, assalamualaikum cik adik,buat apa tu?" ha,baru lah bersopan!
"Waalaikumussalam,macam tu baru la beradab,buat proposal untuk final project,next week dah nak kena submit" jawabku sambil tersenyum.
"oh,nak saya tolong ke?" tawar Faris.
"tak pe,sikit lagi nak siap,apa hal awak cari saya ni, kenapa tak call dulu?" tanyaku pada Faris,pelik.biasanya dia akan menalefon aku dahulu.
"Owh,tadi saya jumpa roommate awak,Ain kat kafe.dia cakap awak ada kat sini,so saya terus datang ke sini,sebenarnya saya ada something nak cakap kat awak ni" Faris kembali berwajah serius.

"Kenapa? Macam ada yang tak kena je ni?" tanyaku lagi.tadi bukan main ceria je mamat ni,sekarang muka macam jemput-jemput pisang basi!
"Sebenarnya permohonan saya untuk jadi cadet pilot dah berjaya.MAS dah terima saya tau,tapi saya tak tahu sama ada saya nak terima ataupun tidak."
"Owh ye ke? Tahniah! Kenapa pulak awak tak tahu nak terima ke tak. Tu kan memang cita-cita awak sejak dari dulu lagi.awak terima je la." kataku sekadar memberikan pendapat.

Aku tahu,menjadi juruterbang adalah cita-citanya sejak dahulu lagi.
Tapi kenapa pula aku rasa sedih dengan berita gembira ini.aku sepatutnya gembira bagi pihaknya kerana dia dapat apa yang diharapnya.his dream to be a pilot,not an engineer!
"tapi saya gembira belajar kat sini,result saya kat sini selama ni pun ok jugak,memang saya nak pergi,but at the same time saya sedih nak tinggalkan UTM ni, and nak tinggalkan awak jugak" terang Faris.
Kata – kata Faris sedikit sebanyak membuatkan aku kaget. Sedih nak tinggalkan aku? Huh,ingatkan aku aje yang sedih kalau dia betul-betul pergi. Kalau dia pergi,siapa nak temankan aku berjogging tiap-tiap petang? Siapa nak temankan aku bila aku sunyi? Tak..tak..dia tak boleh pergi,tak boleh!
"Leya,kenapa ni? Diam aje,apa yang awak fikir"? Sergahan Faris mengembalikan aku ke dunia realiti. Please Leya, you have to let him go.Itu cita-cita dia. You now that.
"er..nothing, kenapa pulak awak sedih nak tinggalkan saya,awak sepatutnya gembira because u'll get what you want right?"
" You know why Leya" tegas faris.
"erm…petang ni kita jogging nak, dah lama kan kita tak jog sama-sama"
"dont distract topic Leya, awak tahu kenapa kan, sebab saya sayangkan awak dan saya harap kita bukan sekadar kawan biasa, i want more than that, im already convince you, saya bukan macam Adam. Jangan disebabkan dia,awak tak boleh terima saya.its not fair for me Leya"
"im sorry Faris,buat masa sekarang saya still tak boleh lupa apa yang Adam buat pada saya dulu, saya perlukan masa Faris and im really sorry for that, I've to go now,assalamualaikum,"
" Leya..wait.."

Tanpa mempedulikan Faris,aku terus mengemas buku-buku dan bergegas keluar dari perpustakaan. Aku menyeka air mata yang mengalir. Kenapa perlu aku menangis? Faris hanya kawan aku dan kenapa aku sedih bila dia bersedih. Adakah ini cinta? Cinta? Tidak! Aku tidak cintakan Faris. Bagi aku, cinta dah lama mati, mati setelah Adam khianati cinta aku. Adam tinggalkan aku semata mata perempuan lain dan perempuan itu,kawan baik aku sendiri. Sampai hati kau Ika, dalam diam korang perbodohkan aku. Sejak kejadian itu sejak setahun yang lalu, persahabatan aku,Ika,Adam dan Faris yang dahulunya bagai isi dengan kuku hanya tinggal kenangan saja. Farislah tempat aku mengadu dan meluahkan masalah.He's really a good friend.

Sejak peristiwa yang berlaku seminggu yang lalu di Perpustakaan Sultanah Aminah, Faris tidak lagi menghubungi aku. Aku juga tidak pasti sama ada dia masih di UTM ataupun tidak mamandangkan kami dari fakulti yang berlainan.Aku mencapai handphone di atas meja dan mencari nama Faris. Tapi aku teragak agak untuk menghubunginya. Apa salahnya kalau sekadar bertanya khabar kan.tapi aku takut, kalau-kalau dia taknak bercakap denganku lagi.akhirnya aku sekadar menghantar SMS sahaja.

‘salam,awk pe kabar? So,da bt decision mne yg awk nk pilih?'

Send! Yes,akhirnya..tapi dah lima limit berlalu, faris tak reply pon?

"Leya,buat apa tu? Jom pergi makan,aku lapar la"
"tak buat apa pun,erm..kalau kau nak pergi makan,kau pergi la dulu,aku tak lapar lagi, lagipun aku tak de selera la nak makan" ujarku pada ain. Aku masih lagi menunggu balasan dari Faris,namun aku hampa.
"lor,kenapa pulak ni? dalam seminggu ni kau macam kucing hilang anak je,serba tak kena,kenapa? Ada problem ke?risau aku tau," soal Ain bertalu-talu.
Alamak! Teruk sangat ke aku ni,sampaikan Ain pun boleh perasan?
"tak de pape la Ain,aku ok je,risau nak exam kot,next week kan dah final"
Ujarku hanya untuk menyedapkan hati Ain. Takkan nak cakap aku rindukan Faris.malu la aku!
"eleh,jangan tipu la Leya,kau rindukan Faris kan,erm..baru empat hari dia pergi,kau dah macam ni.dia kat sana tiga tahun kan? Kenapa dia tak dapat kat Langkawi ye?Kelantan tu dah la jauh dari rumah dia.erm..tak pe la,mana-mana pun sama jugak kan.last-last jadi pilot jugak."

Andai itu Takdirnya (Bahagian ii)

0 komen:

Post a Comment