Monday, June 13, 2011

Zaman DS Najib lebih teruk dari Zaman Tun Abdullah


Semasa kita sama-sama merasai keperitan di zaman Tun Abdullah, kita selalu mendengar keluhan mengatakan yang bahawa Tun tidak arif dalam bidang pentadbiran dengan menaikkan harga minyak secara terburu-buru dan tidak memikirkan kesusahan hidup rakyat. Oleh kerana kenaikan harga petrol ini menyebabkan kenaikan berantai iaitu kenaikan harga barang-barang di pasaran.

Pakcik dan makcik membeli sayur pun terpaksa menerima tempias kenaikan harga petrol ini. Walaupun Pakcik ini berkata "pakcik pakai basikal je beli sayur" tetapi sayur yang dibeli oleh pakcik tadi diangkut oleh van dan pemandu lori tadi terpaksa mengambil upah yang tinggi kerana kos hidup yang sedikit meningkat. Bukan itu sahaja rantaian juga didahului oleh kos pengangkutan baja dan harga anak benih sayar yang dibawa dengan pengangkutan dijana oleh petrol. Dalam kata mudah peningkatan harga bermula dari ladang sehinggalah sayur tersebut sampai di tangan pengguna hanya atas 1sebab! kenaikan harga minyak!!

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)
TarikhHarga baruPerubahanHarga sejagat1Perubahan
RM/literPeratus (%)AS$/tongPeratus (%)
Sebelum 19900.89-18.33 (1989)-
19901.102524.4933.6
1 Oktober 20001.20924.680.8
20 Oktober 20011.308.325.904.9
1 Mei 20021.321.530.8619.2
31 Oktober 20021.33124.535.3
1 Mac 20031.351.531.5428.6
1 Mei 20041.371.540.2827.7
1 Oktober 20041.423.653.1391.8
5 Mei 20051.52756.265.9
31 Julai 20051.626.658.704.3
28 Februari 20061.9218.561.645
5 Jun 20082.7041121.0096.3
23 Ogos 200822.55(5.6)114.60(5.3)
25 September 20082.45(3.9)109.20(4.7)
15 Oktober 20082.30(6.1)84.07(23)
1 November 20082.15(6.5)64.38(23)
18 November 20082.00(7.0)55.37(13)
3 Disember 20081.90(5.0)46.96(15)
16 Disember 20081.80(5.3)46.28(1.4)
1 September 20092.0513.969.9651.2

Sumber Wikipedia

Tetapi setelah rakyat menolak kepimpinan Tun Abdullah atas ketidakcekapan beliau dalam mentadbir negara rakyat mahukan perubahan supaya rakyat boleh merasai keselesaan dan sama-sama merasai kekayaan negara dengan pemilihan pemimpin baru supaya inspirasi rakyat boleh difahami oleh pemimpin pilihan rakyat.

Harus diingat pemimpin diangkat menjadi pemimpin adalah kerana rakyat mengangkat orang tersebut menjadi pemimpin. sekiranya rakyat tidak memilihnya, maka pemimpin ini tidak akan dipanggil pemimpin. Betul bukan!

maka terjawap sekarang rakyat telah memilih pemimpinnya untuk menjadi pembela dan pelindung juga sebagai pengurus negara bagi membantu rakyat menikmati keharmonian negara.

Kini sebahagian besar dikalangan rakyat terasa terbeban dengan kenaikan teruk yang menimpa rakyat. bukan setakat minyak/petrol tetapi barang-barang lain, Gula serta gandum. Kali ini bukan salah Tun Abdullah lagi kerana Perdana menteri kali ini bertukar tampuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari kenaikan harga minyak tanpa putus dan menteri yang terbabit sanggup menipu rakyatnya dengan mengatakan Harga petrol tidak akan dinaikkan tahun ini. Seterusnya harga guna yang kini berharga RM2.30 sekilo dan gandum. Kerajaan tidak harus dibebankan dengan barangan keperluan asas kerana barangan ini asas kehidupan rakyat Malaysia.

Awal tahun ini, sebahagan besar dari kita tidak mengetahui kenaikan cukai perkhidmatan dari 5% ke 6%. Tahun ini juga kerajaan dengan suara besarnya ingin memperkenalkan GST yang akan membabitkan seluruh rakyat dan ini sekaligus menjadi bebanan terus menerus dihadapi oleh rakyat Malaysia. Menyedihkan kerana kerajaan bukan sebagai pelindung kepada rakyat lagi dan kerajaan kini sebagai pemeras keringat rakyat untuk membangunkan negara.

Falsafah kerajaan rakyat kini boleh dikatakan berkubur dek kerana kerangkusan para pemimpin yang gagal melihat kesusahan dan kesulitan rakyat menjalani hidup seharian.

Saya mengajak para pembaca merenung keluhan yang saya dengar baru-baru ini
~ kerajaan memang menbantu kita dengan memberi duit 50-60 ringgir sebelum pilihan raya berjabat salam, keluar TV mengatakan kerajaan mengeluarkan berbilion ringgit membantu rakyat. Itu hadapan kita tetapi hakikatnya di belakangkan rakyat " setelah kerajaan membantai, memukul rakyat sampai lembik longlai dan dalam masa yang sama BAIK pula perbuatannya dengan mengantar rakyat kehospitan untuk menerima rawatan. Setelah pukul habis-habisan tapi buat baik plk hantar ke hospital. "ada makna ke semua ni"..

Apa rakyat terus boleh diperbodohkan dengan permainan ini? Jawapan rakyat harus dibuktikan SEKARANG.

0 komen:

Post a Comment