Tuesday, May 17, 2011

Pencapaian diutamakan, Rakyat bergelimpangan

Kerajaan dibentuk hasil gabungan suara rakyat yang memilih wakil mereka dan dengan kuasa yang ada, para pemimpin ini membentuk jawatankuasanya untuk menjadi pelindung kepada rakyat. Ingatan ini harus diketahui oleh mereka yang memimpin kerana rakyat mengangkat mereka adalah sebagai pemuudah cara dan memimpin rakyat bawahan agar mereka merasa selamat dan sejahtera.

Persoalannya, apakah yang rakyat dapat sekarang ini? Adakah rakyat merasa selesa dengan keadaan yang ada pada masa kini. Jelas sekarang ini, sebahagian besar kita mendengar adalah keluhan yang keluar dari mulut-mulut rakyat yang memilih pemimpin-pemimpin ini. Bagaimana pula dengan pemimpin ini. Dengarkah mereka tentang keluhan rakyat yang mereka tatang semasa ingin mendapatkan undi?

Mungkin sebenarnya rakyat tertipu dengan politik pemimpin lintah seperti yang ada sekarang ini. Janji manis hanyalah ditabur semasa pilihan raya dan selepas selesai pilihan raya, setelah menang hilang janji-janji dan lintah-lintah ini tidak timbil-timbul.

Selepas kenaikan gula dan RON97. Sekarang ini kita akan dikejutkan oleh kenaikan minyak RON95. Baru-baru ini rakyat telah diugut untuk dinaikkan petrol jenis ini. Dikatakan minyak dunia semakin meningkat naik melebihi US dollar 100. Pelbagai alasan sama akan memperbodohkan rakyat. Cuba anda fikirkan.
Penipuan pertama: Malaysia tidak mampu lagi member subsidi minyak kepada rakyat kerana kerajaan memerlukan dana untuk membangunkan Negara tetapi kita dikhabarkan mata wang ringgit kita meningkat ke paras tertinggi selepas kemelesetan 1998. Maknanya minyak kita TIDAKlah MAHAL pun.

Penipuan kedua: kita dibandingkan harga petrol kita dengan Negara-negara jiran. Tahukah rakyat! Kita adalah pengesport bersih dan Negara-negara jiran adalah pengIMPORT minyak. Negara seperti Singapore yang petrolnya amat mahal tetapi pendapatan perkapitanya berkaliganda lebih tinggi dari kita. ADILkah kita dibandingkan seperti itu?

Mengapakah Rakyat yang masih belum Nampak akan kesusahan hidup dan sentiasa dihisap keringat?

Mereka harus keluar dari kepompong pembulian pemimpin yang lupa dan tidak mengambil kisah mesusahan serta kepayahan orang-orang kampung membanting tulang menyerah keringan untuk hidup menyara keluarga. Bangkitlah dari dibutakan oleh sang pemerintah yang selalu mengaut keuntungan atas kepayahan rakyat sendiri

Kita berhak mendapat yang lebih baik dari apa yang ada sekarang. "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan "
******************
Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95

Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan. "Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam. Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

lapor Malaysiakini
*******************

0 komen:

Post a Comment