Thursday, June 03, 2010

Pilih Pemerintah : Untuk menyenangkan Atau Menambah Kesusahan?

Fenomena untuk mengiakan apa yang akan dilaksanakan tanpa membuat satu kajian yang menyeluruh dengan mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat yang rata-rata antara kita ini masih lagi bergantung kepada keperluan yang termampu.

Kini kita di war-warkan Negara kita akan bangkrap pada tahun 2019. Kita hanya tinggal 9 tahun untuk melihat Negara yang dipimpin oleh orang-orang cerdik pandai ini untuk berkira-kira Negara akan muflis jika subsidi tidak dihapuskan kerana ia menjadi bebanan kepada kerajaan menanggung semua ini. Ini semua perkiraan orang yang bijak pandai dan dipilih untuk memimpin rakyat bawahan. Ini gunanya pilihanraya.

Sengal dan jelik kita mendengar kata-kata orang yang diangkat untuk memimpin tapi para pemimpin ini tidak sedar kuasa yang mengangkat mereka ini, untuk memberi kesejahteraan kepada semua rakyat dari semua golongan tapi dalam masa yang sama mereka ini membobrok bahawa negara ini akan muflis. Cuba kita bertanya adakah kita berbaloi mengangkat para peminpin jenis ini ?kita memilih untuk mentadbir bukan untuk menyusahkan!

Semua media massa mengambil hati untuk mengiakan masalah Negara. Kononnya kita akan muflis pada tahun 2019. Termasuklah para pakar juga mengiakan masalah ini dengan mengatakan langkah yang tegas perlu diambil untul menghalang dari berlakunya Malaysia terjebak dalam krisis hutang negara. Kita lihat sendiri dalam akhbar-akhbar utama sejak kebelakangan ini mengeluarkan artikal dan berita tentang ‘patutnya’ kita menghapuskan subsidi untuk rakyat.

Dibesarkan juga jika tidak kita menghapuskan subsidi maka kita akan mengikut jejak Negara Greece yang muflis akibat terpaksa menganggung hutang Negara yang berjumlah lebih 120bilion. Ini adalah sebuah ugutan untuk menakutkan kita semua bagi menghalalkan subsidi ini dihapuskan. Kita boleh bertanya dan kita juga boleh berfikir kenapa Greece hampir muslis. Adakah kerana Negara ini terlalu membantu rakyat sehinggakan ia hampir muflis? Adakah salah kerana membantu rakyatnya? Jawapannya tidak ditimbulkan tetapi hanya persolan yang diutarakan dan Greece akan muflis. Cubalah kita lihat dari sudut dan kaca mata sebuah hakikat kenapa Greece terpaksa menanggung hutang yang besar, deficit perbelanjaan yang tinggi. Itu adalah rentetan sejak kejohanan olimpik 2004 atas perbelanjaan yang tidak memberi pulangan atas pelaburan untuk menjayakan sukan itu.

Pada pemikiran kita, patutkah kita membanding-bandingkan dengan mencari kelemahan orang untuk menakut-nakutkan anak di rumah sendiri. ??

Bersambung…..
Subsidi buat kerajaan miskin atau ketidakpandaian mengurus kekayaan negara buat kita miskin. Apa terjadi atas kerugia sine Darby, Pos Malaysia, PKFZ dan pembaziran perbelanjaan negara?

0 komen:

Post a Comment