Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Al-Azim.com
Seperti kebiasaan kita setiap 12 Rabiulawal setiap tahun kita riuh menyambut hari keputeraan nabi kita Nabi Muhamad S.A.W Tetapi sebelum ini kita digegarkan dengan isu perarakan sempena maulidul rasul ni. Apa masalah sebenarnya yang kita hadapi sampaikan riuh di media membesarkan isu ini. Apa yang kita perjuangkan ?? perarakan atau penghayatan??
Kita mungkin dikaburkan dengan semangat ritual semata-mata sampaikan kita gagal menghayati apa semangat yang dibawa oleh Rasulullah 1431 tahun dahulu. Semangat yang menjadikan Islam suatu agama yang disanjung dan di pandang gerun oleh musuh.
Bangkitlah wahai rakan-rakan dan semua umat Islam, Perjuangan kita sekarang banyak dicerminkan oleh benda-benda topengan musuh semata-mata. Itulah sebabnya kita lemah untuk bangkit dan bersuara. Cubalah kita fikirkan sama-sama dimana Islam dan umat Islam sekarang. Kita sekadar dipandang lekeh oleh musuh-musuh Islam.
Bukan salah agama tetapi salah kita yang tak berpegang pada agama kita.
Salam Maulidul Rasul 1431 Hijrah
0 komen:
Post a Comment