Thursday, December 03, 2009

Persoalan demi Persoalan, Adakah Kita lebih Tahu

Apa kata orang kalu kita tak ikut perkembangan semasa?? Macam katak bawah tempurung la ko ni.. kn?? Jadi sebaiknya ambik tahulah perkembangan persekitaran semasa. Kalau tak boleh banyak, sikit pun jadilah! Zaman sekarang tak susah kalu nak dapat berita dalam dan luar Negara. Buka televisyen dapat info, buka radio dapat info, ni anda tgk baca pun, ok la. Kita sebagai warga yang berilmu, sepatutnya mencari apa jua maklumat untuk membuka minda supaya minda kita terbuka. Taklah orang cakap, kita Cuma mampu menganga dan melelehkan air liur. Kat sinilah kita dapat berfikir persoalan apa?mengapa?bagaimana?kenapa? ataupun siapa…

Aku bukan ahli fikir! Aku juga bukan ahli ekonomi! Aku bukan juga ahli politik tak juga pandai nak berkata-kata indah. Kritik orang boleh.. nak menulis pun xda ilmu cukup tapi kita dikurniakan akal untuk berfikir dan mulut untuk berkata-kata. Tu sebab aku pandai nak kritik orang. (berfikirlah untuk mentafsir).

Sekarang kita heboh fasal pertembungan politik, aku taknak ulas panjang. Dalam media dah belori-lori orang bercakap. Kalu aku tambah pun, cam senada je. Apa isunya?? Tentang menteri besar Kelantan mendoakan kepada perdana menteri. Aku tak dengar sendiri apa yang didoakan oleh menteri besar Kelantan tapi aku yang dapat tahu dari satu pihak je, menteri besar mendoakan kehancuran perdana menteri dan partinya. Persoalannya, Benarkah dan Wajarkah???


Dari lain sudut semua orang mengulas, orang ni cakap menteri besar tak melambangkan seorang yang islamik, Seorang yang lari dari nilai-nilai islam, tak mengambarkan cirri-ciri islam, sanggup mendoakan kehancuran sesama islam. Semua nak masuk akhbar, TV dll. Persoalannya Siapakah mereka ini? Apa kelulusan mereka?

Pernahkah kita tahu apa kelulusan perdana menteri Malaysia kita sekarang. Bidang apa yang menjadikan dia seorang perdana menteri. Dari mana kelulusan pendidikan beliau? University UK? University di amerika? Atau pun beliau lulusan al azhar mesir? Berapa buku beliau khatam untuk jadi perdana menteri? Persoalannya adakah kita tahu semua ni?

Pernahkah kita tahu apa kelulusan menteri besar Kelantan? Bidang apa yang menjadikan beliau diangkat sebagai menteri besar? Dari mana kelulusan pendidikan beliau ? University UK? University di amerika? Atau pun beliau lulusan al azhar mesir? Atau asia barat? Dan juga persoalan sama aku lontarkan, berapa banyak kitab dan kitab apa yang beliau khatam. Persoalannya adakah kita tahu semua ni?

Aku sempat membaca sebuah artikal yang menceritakan bagaimana seorang peguam mempersoalkan kenapa hanya peguam sahaja yang boleh dan mendapat lessen untuk berbicara soalan undang-undang, kenapa doctor memonopoli pembicaraan bidang kedoktoran, dan ulama’ memonopoli tentang pembicaraan tentang islam. Persoalannya adakah anda tahu? (ingat islam adalah sebuah cara hidup)

Persoalan yang paling besar disini siapakah yang lebih tahu daripada siapa???

Tepuk dada Tanyalah hati, guna akal untuk berfikir…

0 komen:

Post a Comment