Walaupun kita terus mara kehadapan, jangan pula kita cicirkan harta yang kita kendong. Mutiara yang kita miliki jangan pandang sebagai sampah, bukan juga sebagai beban yang berat untuk dipikul.
Seperti biasa ada forum yang membincangkan permasalahan sosial dan keruntuhan akhlak masyarakat kita masa kini. Rancangan mingguan yang sentiasa ditayangkan setiap hari khamis malam jumaat di TV1. Tapi ari ini aku menonton, ia agak sedikit luar biasa tak seperti selalu aku tonton, tak seperti zaman2 keagungan suatu ketika dulu. Aku harap tak la akan menjadi seperti mana tranformasi majalah Al-Islam di bawah Astora Jabat dahulu.
Aku pun dah lama tak menonton tapi bukan erti aku meninggalkan. Biasalah ada komitmen lain untuk diselesaikan. Sibut dengan kerja, sibuk dengan aktiviti luar.. alang2 cuti, ambil la peluang mencambahkan minda.
Sampai bila kita harus berbicara? Tu lah tajuk perbincangan yang dikupas oleh 3 ahli penal.
Masalah sosial dan keruntuhan akhlak masa kini. Sebut je masalah sosial mesti kita terbayangkan orang2 muda dan sememangnya itulah masalah orang muda. Ada ke kita terbayang dan terfikir orang2 tua buat masalah, merempit. Ada ke kita lihat nenek2 tua kita lepak2 di shopping2 complex? Ada ke kita lihat ibubapa kita membuang masa di pub2 dan kelab2 malam hingga awal2 pagi? Ada ke? Bodohlah kalu ada jugak manusia yang terbayang cam tu!buta ke?? Atau sengaja buat2 tolol??
Harap aku tak la buta!!
Apa yang panel kupas?, aku rase taklah aku nak tambah, cukup lah aku ambil sikit2 dari apa yang diaorang cakap. Buat panduan bukan apa sebab semua dah tahu segala masalah ni (Kalau nak tahu, carilah forum perdana ehwal islam 3 dis 2009). Kita dah tiap2 hari dilemparkan tentang masalah sebegini. Cuma masalah masyarakat kita terlalu memandang enteng masalah kerosakan jiwa2 anak bangsa kita. Masalah budaya ‘tak pe’. Inikah masyarakat kita?
Walaupun kubur kita berbeza, Allah tetap akan Tanya apa peranan kita menegakkan agama Allah kat atas muka bumi dia ni. Kita nak jawap apa nanti??
Aku bukan orang Bandar yang fikirannya terbuka dengan teknologi(konon) tapi aku bukan pulak beku hati dan akal untuk berfikir. Kita perlu terima pendapat dan pandangan orang. Tu la erti kehidupan dan tu la juga aku. Apa yang membuat aku suka dengan perbincangan ini adalah isu peranan keluarga dan ibubapa dalam mendidik dan membentuk keperibadian anak2. Ya, memang tepat kerana didikan awal ialah tunjuk ajar dari rumah. Semua orang dah tahu tetapi persoalannya adakah ia relevan untuk diterima pada masa sekarang? Dengan teknologi dan persekitaran serta kebebasan anak2 kini mampukah didikan pertama ini dapat menjadi benteng kukuh untuk anak2 menepis unsur2 negatif dalam persekitaran sekarang?
Mampukah anak2 muda dalam masyarakat kita sekarang mampu memjadi benteng kepada serangan para musuh, juga dapat membina keutuhan moral serta akhlak agar bangsa kita dihormati kawan dan lawan? kita semua ada jawapan…
17 Zulhijjah
mutiara timur
0 komen:
Post a Comment