Jika rumah berlubang-lubang, bocor sana sini maka akan lahirlah anak-anak yang rosak dan bocor akhlaknya di sana sini. Tu lah ibaratnya jika keluarga kita kacau bilau dengan runtuhnya rumahtangga dalam keluarga masyarakat kita. Itu dulu, tapi sekarang apa cerita?? rumah yang sempurna, penuh dengan keselesaan lagi mewah, adakah anak-anak yang dilahirkan sempurna akhlak nya? Adakah anak-anak kita dapat memperjuangkan nasib generasi akan datang? Tinggikah semangat juang mereka ini? Sekarang pun dah ramai lelaki yang “lembik” dan “separuh lelaki”. Ni pulak apa crite plk??
Suatu ketika dahulu, anak-anak kita mampu dididik dengan elok walaupun tak sempurna kemudahan. Ibubapa yang tidaklah tinggi pelajaran tapi anak-anak tidak biadap dan ego sikapnya. Sekarang apa dah jadi. Anak-anak yang hidup selesa dengan kemewahan melampau dan selesa dengan status kekayaan keluarga sampai lupa satu hari nanti “akan mati anak-anak adam itu, hanya di pakai kain putih yang berlapis saja”. Takda kot mahal-mahal, baju POLO yang kau beli luar Negara tu. Atau motosikal yang kau bangga2 kan dulu. Berlagak seolah2 “sampah”.
Bukan itu aku mahu persoalkan tapi suasana sekarang yang terlalu kuat untuk merosakkan anak bangsa kita. Dari dalam rumah hingga ke luar rumah semuanya mencabar. Bagi aku yang separuh usia hidup, ia terlalu berbeza dengan zaman aku bersekolah suatu ketika dahulu. Sekarang apa yang kita mahu, kita sentiasa akan dapat. Tiada kesusahan lansung. Nak makan orang suap, nak tidur orang belai, nak pergi Bandar ada orang hantar, apa lagi tidak sempurna? Semua cukup. Ini lah kesenangan orang sekarang.
Tetapi masalah timbul pulak gejala lembik dan lena dikalangan masyarakat kita hari ini. Semua nya perlu disuap. Banyak dikalangan kita terlalu manja sehingga tidak langsung boleh disentuh sampaikan guru yang selama ni bertanggungjawap untuk mendidik terbantu tanggungjawapnya. Kerana anak-anak kita terlalu dimanjakan dengan kesenangan dan keselesaan MANJA!!!. Itulah apa yang aku Nampak selama aku melangkah ke usia muda. Kalau di rotan apa akan jadi? Kalau di tampar apa akan jadi? Kalau di marah??
Aku terlalu lama untuk mengambil masa untuk melihat dan berfikir. Kenapa masyarakat kita terlalu hanyut dalam cabaran hidup zaman kemajuan ini. Mungkin teknologi menyebabkan sesuatu masyarakat itu leka tetapi itu bukan masalah kepada masyarakat kita menenpuh cabaran dalam zaman kemodenan.
Apa yang perlu ibubapa lakukan, tidakkah kita mahu tinggalkan kepada generasi anak2 kita suatu generasi yang bisu lembik dan manja? yang apabila digertak terus terkencing dan mati ditembak tanpa berjuang. Fikirkan bersama…
Kenapa kita sekarang miskin dengan adap dan sopan? Adakah kita tersilap diajar oleh generasi sebelum kita?
Lembutkanlah hati dan rendahkan ego kita untuk berfikir siapa kita sekarang. Hantukah atau manusiakah??
0 komen:
Post a Comment