Saturday, November 28, 2009

Sebuah Cerita - Asma (bahagian 1)

Pandangan mata Asma kabur tapi dia cuba membuka matanya sedaya mungkin. Asma yakin tempat yang dia terbaring kini bukanlah rumahnya tetapi sebuah tempat yang asing. Asma terasa sedih dan keliru dengan apa yang menimpa dirinya.

“Asma dah sedar?’ satu suara kedengaran di sebelah kanannya.

Asma berpaling kepada suara itu dan mendapati seorang lelaki berada di sebelahnya. Asma bangkit cepat dari katilnya.

“Siapa awak? Kenapa awak di sini?” tanya Asma tegas.

Lelaki itu tersenyum tenang. Entah apa yang dia fikir tentang dirinya.

“Jangan takut. Awak kemalangan tadi. Saya membawa awak ke hospital untuk rawatan”, ujar lelaki itu.

Penjelasan lelaki itu sungguh mengejutkannya. Asma baru perasan bahawa baju yang dia pakai kini bukan lagi baju kurung tetapi baju bewarna putih yang kebiasaan di pakai kebanyakan pesakit di hospital. Asma mula keliru dengan apa yang menimpanya. Kakinya terasa berat. Asma mula berfikir bahawa keadaannya tidak lagi normal.

“Oh Tuhan, apakah dosaku hingga begini yang menimpa diriku.” Luah Asma di dalam hati.

Air matanya jatuh membasahi pipi. Dia memekup mukanya dengan bantal. Tangisannya tidak tertahan.

“Awak jangan menangis. Saya faham perasaan awak. Saya rasa tidak senang hati melihat awak begini” ujar lelaki itu dengan nada bersalah.
Asma berpaling kepada lelaki itu. Asma yakin lelaki itulah yang melanggarnya. Asma tidak tahu apakah yang harus di ceritakan kepada orang tuanya berkenaan dirinya. Asma amat kecewa dengan apa yang menimpa dirinya kini.

“Awak pergi dari sini! Saya tidak mahu melihat wajah awak di sini! Pergi!” jerit puteri sekuat hati.

Asma menangis lagi. Asma benar-benar tidak dapat menerima hakikat ke atas perkara yang menimpanya kini. Dia tidak pernah terfikir untuk menjadi orang cacat. Lelaki itu amat terkejut dengan tindakan Asma.

“Awak jangan begini. Saya minta maaf. Please…” rayu lelaki itu kemudian.

Asma amat benci dengan lelaki itu. Adakah begitu mudah melafazkan maaf bagi seseorang yang memusnahkan masa depan orang lain sepertinya.

“Awak mahu apa dari saya hah! Awak kejam! Pergi dari sini!” jerit Asma kemudian.

Asma membaling apa sahaja yang berdekatan dirinya kepada lelaki itu. Hati Asma amat pedih dan terasa amat terluka dengan sikap lelaki itu. Beberapa jururawat meluru masuk ke dalam bilik rawatan Asma termasuk seorang doktor. Tubuh Asma di dakap kuat oleh jururawat tersebut. Asma terasa amat lemas dan tidak bertenaga. Air mata Asma mengalir laju.

“Mengapa saya di layan begini? Berdosakah saya memberontak dengan apa yang menimpa diri saya?” bisik Asma dalam hati

Hatinya terasa jauh. Dia diam tanpa bicara. Hatinya terasa merajuk dengan insan di sekelilingnya.

“Sila bertenang Cik Asma. Jika awak bersikap begini selalu, saya tidak yakin awak akan sembuh lagi.” Ujar doktor muda itu dengan tegas.

Asma terkedu.

“Benarkah apa yang saya dengar ini Tuhan? Adakah saya masih berpeluang uintuk sembuh seperti biasa?” bisiknya dalam hati.

Asma terasa lebih tenang.

“Benarkah doktor?” Soalku mohon kepastian daripada doktor itu.

Doktor itu mengangguk perlahan dan tersenyum tenang. Asma terasa gelisah dengan cara doktor itu berbicara.

“Benarkah kata-kata itu atau itu cuma kata-kata manis seorang doktor kepada pesakitnya?” Asma berbisik kecil dalam hatinya.

Asma amat meragui kata-kata doktor itu namun hatinya bersetuju untuk menerima kata-kata itu daripada dia menolak kata-kata itu. Fikirannya amat bercelaru.

“Saya harap Cik Asma bertenang. Cik Asma harus bersyukur kerana masih hidup untuk meneruskan kehidupan ini. Cik Asma tiba di sini tadi dalam keadaan yang teruk. Cik Asma kehilangan banyak darah. Kawan lelaki Cik Asma yang bersama Cik Asma tadilah yang menderma darahnya kepada Cik Asma. Dia juga akan menanggung semua kos rawatan Cik Asma di sini. Saya yakin Cik Asma dapat sembuh dengan cepat jika bekerjasama dengan pihak kami untuk merawat Cik Asma. Harap Cik Asma fikirkan kembali apa yang saya katakan ini” ujar doktor muda itu kemudian dengan panjang lebar.

Lidah Asma terkelu dengan penjelasan doktor itu. Asma berkira-kira untuk mempercayai kata-kata itu. Asma benar-benar berharap apa yang dia dengar itu adalah kebenaran.

“Baiklah. Saya bersetuju dengan apa yang doktor perkatakan.” Balas Asma kemudian.

Asma benar-benar berharap dia dapat sembuh seperti biasa. Dia semakin yakin dengan apa yang diperkatakan oleh doktor muda itu.

“Jika demikian, saya pergi dulu. Berehatlah”ujar doktor itu

Doktor dan jururawat itu berlalu pergi meninggalkannya kemudian. Asma mula berfikir kembali dengan apa yang menimpa dirinya.

“Mampukah saya meneruskan hidup dalam keadaan cacat? Oh Tuhan, janganlah saya dihukum sekejam ini. Berikanlah saya kekuatan untuk berhadapan dengan dugaanMu ini..”bisik Asma dalam hati

Asma memejamkan matanya perlahan-lahan. Dia mahu melupakan apa yang terjadi dan menganggap semua ini sebagai suatu mimpi. Mahu rasanya bila dia terjaga lagi selepas ini, dia bukan berada di katil pesakit tetapi di tempat lain.

“Asma” suara yang amat dikenalinya kedengaran.

Asma berpaling kepada suara itu. Asma mendapati dua orang kawan baiknya berjalan maju menuju ke arahnya. Asma tersenyum tenang. Asma gembira dengan kehadiran dua orang kawan baiknya.

“Waalaikumussalam” balas Asma kemudian.

Kehadiran Sofea dan Diana membuatnya gembira dan dia seakan terlupa sekejap dengan keadaan dirinya yang terlantar.

“Asma, kami doakan kau cepat sembuh. Kau kena rajin makan ubat. Kau kena cepat sembuh supaya kedua ibu bapa kau kat kampong tidak bimbang dengan kau. saya dah maklumkan pada ibu dan ayah kau tapi saya tidak cakap yang keadaan kau teruk sebab saya yakin hati kau kuat. Kau pasti cepat sembuh” ujar Sofea tenang.

Sofea mengenggam erat tangan Asma. Dia tidak mahu Asma patah semangat dengan apa yang menimpanya. Kata-kata Sofea menguatkan lagi semangat Asma untuk cepat sembuh.

“Terima kasih, Sofea dan Diana. Kau orang berdua memang kawan baik Asma. Kau orang berdua bersama Asma di kala Asma susah dan senang. Asma bersyukur pada Tuhan kerana pertemukan Asma dengan kawan baik seperti kau orang berdua” balas Asma tenang.

Ada nada sayu kedengaran. Asma amat bersyukur dengan kasih sayang Tuhan kepadanya.

“Oh ya, sebelum terlupa, Diana nak sampaikan salam Bos kepada Asma. Bos sekarang kat luar negara ada mesyuarat di Jerman. Dia beri cuti dua bulan kepada Asma. Dia menyampaikan pesanan agar Asma perlu sembuh cepat sebab banyak kerja di pejabat yang perlu Asma siapkan. Sekarang ini proposal kerjasama dengan syarikat dari Australia tu Bos beri pada Razman siapkan sementara tunggu Asma sembuh dan boleh bekerja semula” ujar Diana kemudian.

Kata-kata Diana buat Asma terfikir-fikir dalam dirinya. Mengapa Razman yang perlu mengambil alih tugasannya. Asma amat benci pada Razman kerana Razman merupakan seorang rakan sekerja yang sering bercanggah pendapat dengannya. Razman sentiasa memperlekehkan keupayaannya hanya semata-mata kerana idea yang di kemukakan olehnya adalah dari seorang wanita.

“Kenapa Asma? Engkau fikirkan tentang Razman bukan?” Sofea menyoalku kemudian.

Asma mengangguk perlahan. Dia tahu Diana dan Sofea memang masak dengan sikapnya yang tidak menyukai cara Razman.

“Sabarlah Asma. Apa yang penting sekarang ialah Asma perlu cepat sembuh. Lupakan pasal kerja itu semua dulu. Sekarang ambil masa dua bulan ini dengan tumpu pada kesihatan.” Pesan Diana lembut.

Asma mengangguk perlahan. Asma benar-benar mahu melupakan perihal tugasannya di pejabat yang tidak pernah habis. Hampir dua tahun Asma bertungkus lumus bekerja dengan syarikat Mega Glob-Healthy Berhad. Mungkin kerana itulah dia sentiasa mendapat kepercayaan Bos untuk menguruskan kerjasama besar dengan syarikat luar negara. Mungkin telah tiba masanya untuk dia berehat. Mungkin inilah setiap hikmah yang tersirat di sebalik semua yang terjadi.
----------------------------------------------------------

Pagi ini Asma terjaga awal. Asma terkejut kerana mendapati seorang lelaki yang tidur di kerusi panjang di dalam bilik rawatan. Asma tertanya diri samaada dia mengenali lelaki itu. Akhirnya dia pasti lelaki itu adalah orang yang sama dia temui pagi semalam yang berada di sebelahnya semasa terjaga. Asma mula terfikirkan sesuatu.

Benarkah apa yang diperkatakan doktor semalam bahawa lelaki inilah yang mendermakan darah kepadanya kepadaku malahan orang yang menanggung perbelanjaan rawatanku. Tapi mungkinkah ada orang yang setelus itu? Mungkinkah?” soal Asma dalam hati.

Asma cuba menekan butang intercom untuk memanggil jururawat yang boleh membantunya untuk mengambil wuduk untuk solat subuh. Namun, selimut yang meliputi tubuhnya menyekat pergerakannya. Semasa dia cuba menarik selimut, sesuatu telah di tariknya dari sebalik selimut. Asma mendapati sebuah kotak kecil bewarna biru yang telah dibungkus. Tertulis namanya di atas kotak itu. Asma terasa ingin tahu apakah yang berada di dalam kotak itu. Asma membuka pembalut hadiah itu perlahan-lahan dan mendapati sebuah kotak kecil bewarna biru. Asma membuka kotak itu dan mendapati sepucuk surat bewarna biru di dalam kotak itu. Asma menariknya dan membuka lipatan surat itu perlahan-lahan.

0 komen:

Post a Comment