Saturday, November 28, 2009

Pemimpin Yang Baik Selalu Membantu Golongan yang Lemah Bukan Hanya Mencari Kesenangan Semata-Mata

Erti pengorbanan dan perjuangan amat besar maknanya bagi kita semua. Bulan Zulhijjah bulan mulia untuk hambanya yang selalu dahagakan kerahmatan hidup di dunia dan mencari kebahagiaan di akhirat kelak.

Bagi insan yang selalu mencari kereda’an dunia dan akhirat, dunia bukanlah janji segala-galanya. Bukan tempat mengumpul kekayaan dunia tanpa memandang tentang kehidupan selepas mati! Bukan juga tempat untuk bersenang-senang dan berfoya-foya.
Setiap kita yang memiliki kehidupan sementara di duinia ini memiliki tanggungjawap tersendiri, mungkin kita sebagai pendidik memiliki tanggungjawap menyampaikan ilmu untuk mendidik anak-anak kita. Mungkin kita sebagai pelajar, bertanggungjawap terhadap diri untuk menimba ilmu dan memajukan diri bangsa agama dan tanah air. Walaupun apa bidang kita duduki, laksanakanlah dengan sedaya upaya agar perjuangan kita lebih bermakna.

Bagi pemimpin kita, amanah yang dipertanggungjawapkan amat berat dan besar. Bukan semata-mata untuk menambah kekayaan dunia sahaja tetapi tanggungjawap membela masyarakat dan rakyat yang masih menagih simpati di sini.

Pemimpin di angkat oleh rakyat untuk memimpin. Tanpa rakyat takkan ada pemimpin. Itu hakikat! Tetapi kalau pemimpin hidup senang lenang, rakyat di bawah mesti dua kali lebih senang dari pemimpin. Tapi sekarang lain, pemimpin kita hidup senang tapi rakyat sendiri hanya seorang pengayuh beca. Pemimpin berumah besar tapi rakyat sendiri hanya petani beratap bocor, pemimpin berkereta mewah tapi rakyat sendiri bermotor lapuk tak cukup sifat. Mungkin inilah kita lihat sekarang. OOOhh pemimpin ku.!!!

Tapi lebih menyedihkan, bukan rumah mewah atau kereta besar tetapi kos selenggara rumah sahaja dah cecah sebuah rumah murah untuk rakyat yang memerlukan, (taknak cakap miskin). Logikkah bagi kita memdengar kos penyelenggaraan kediaman rasmi Menteri Besar sahaja mencecah RM33,000 sebulan, bukan setahun!! Bukan sikit bagi rakyat yang amat memerlukan. Kalau diberilah kepada rakyat, pasti semua dah dapat rasa keselesaan hidup.

Bukan kos selenggara saja, tapi bil elektrik sebulan lebih dari RM16,000!! Ya tuhan, apa dah jadi.bil telefon dan air pula, RM27,585 dan RM39,+++ untuk 18 bulan. Malang sungguh bagi rakyat yang terlalu mengharap pembelaan dari pemimpin yang diangkat. Sudikah para pemimpin Malaysia kita untuk bersenang dan bersusah dengan rakyatnya sendiri????

Seribu persoalan dan pertanyaan juga berjuta harapan kepada para pemimpin kita untuk terus berkhidmat dengan sebaik mungkin. Untuk para pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, bantulah rakyat bawahan untuk sama-sama kita kecapi kehidupan yang lebih selesa. Janganlah bazirkan duit rakyat untuk kesenangan diri dan keluarga sahaja. Teroponglah kesusahan rakyat. Apa yang diamanahkan laksanakanlah dengan sebaik mungkin.

0 komen:

Post a Comment