Monday, February 02, 2015


Kali ni kami tidak mahu coret suatu yang panjang.

Mari pakat baca. Memang orang kita lambat untuk berubah. Terasa amat selesa walaupun hakikat bangsa kita tertinggal jauh.

Kebanyakan Golongan tua-tua memang penghalang kepada gerakan pantas zaman hari ini dek rasa selesanya dahulu. Tetapi selalu mengungkit hebatnya bangsa lain mendahului kita. Maka banyaklah idea duk kate orang kita gitu dan gini.

Sedangkan sendiri punya gigi palsu yang hancur tu duk bangga lagi nak pakai walaupun gigi baru sudah sedia ada. Malah cantik lagi lawa. Comel lotte!!!


Kisah Gigi palsu dan perubahan.

Sunday, January 25, 2015




Makin hari kita gagal melihat hebatnya panduan yang Nabi kita sampaikan. Malah perintah Allah kita buta-buta menolaknya. Bab hukum jauh sekali hendak diikutnya.

Pemimpin yang bertugas untuk mendidik akan rakyatnya jelas mengikut Tuhan HUMAN RIGHT yang seakan melihat manusia ini adalah tuan dan hidup sudah EGO dan SOMBONG. Inilah zaman manusia yang tingginya keilmuan tetapi gagal tunduk kepada pencipta. Malah seakan hilang sifat Bertuhan kepada Allah dalam diri.

Dan Hari ini kami melihat janggalnya para pemimpin yang mengatakan


"Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah"

 

 
Menteri bertanggungjawab hal kanak-kanak

 

Kami MEMBANTAH..

baca....

Isu rotan: Ambil iktibar kes pasangan Sweden

RUJUKAN kes pasangan Malaysia Sweden sudah jelas dan nyata, mungkinkah anak-anak akan dipisahkan dengan ibubapa kandung hingga berusia 18 tahun?

Akan wujudkah manipulasi dan 'industri anak angkat' yang memberi pulangan lumayan, sepertimana Sweden membayar 10 ribu Swedish Kronas (RM4,300) kepada ibubapa angkat ?

1. Pengalaman SukaGuam sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden mendapati larangan merotan anak seperti terkandung dalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ditentang hebat oleh pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak-pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

2. Jika pihak mereka juga tidak sependapat berkenaan perkara ini, mengapa pula Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat negara ini yang merotan anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin melalui kaedah tertentu.

3. Harus diingat bahawa merotan bagi tujuan mendidik adalah 'amat berbeza' dengan perbuatan mendera seperti yang ditafsir dalam CRC. Malah, statistik penderaan kanak-kanak tidak pun berkurangan, malah bertambah buruk di negara-negara yang melarang perbuatan merotan anak.

4. Kesalahan jenayah melibatkan 2 elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah). Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar dari pengertian ini.

5. SukaGuam bimbang, hukuman ke atas ibubapa yang merotan anak akan disusuli dengan tindakan susulan seperti di Sweden iaitu memisahkan anak-anak berkenaan sehingga berusia 18 tahun. Anak-anak akan diperintah mahkamah untuk diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berkemungkinan berbeza agama.

6. Hasil kajian kami di Sweden juga mendapati bahawa sejak undang-undang itu diperkenalkan pada 1979, sudah lebih 300 ribu kanak-kanak dipisahkan dengan ibubapa kandung mereka dan terpaksa hidup dengan keluarga angkat sehingga berusia 18 tahun. Undang-undang ini amatlah menyiksa jiwa anak-anak dan ibubapa kandung berkenaan.

7. Beberapa pihak di Sweden juga mendedahkan betapa undang-undang ini dimanipulasi untuk mengaut keuntungan dengan wujudnya 'industri anak angkat', di mana pemberi maklumat dan ibubapa angkat diberi bayaran sehingga 10 Ribu Swedish Krona (kira-kira RM4,300) bagi seorang anak angkat yang dijaga.

8. Menteri berkenaan mungkin terkhilaf dalam perkara ini, namun masih belum terlambat untuk memperbetulkannya. Merotan anak-anak adalah diharuskan oleh agama bagi tujuan mendidik, seperti yang disebut dalam Hadis Nabi.

9. Mengapa kita mahu termakan umpan agenda Barat melalui Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang secara halus mahu umat Islam menjauhi ajaran agama dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah?

10. Cadangan ini jika dilaksanakan bakal melahirkan 'generasi besar kepala', tidak menghormati ibubapa, seterusnya membesar dengan akhlak buruk seperti yang kini berlaku di negara yang mengamalkan peraturan larangan merotan anak.

Khairul Anwar Rahmat
Pengerusi SukaGuam Malaysia

Sumber  :Sinarharian



Merotan : Kita tak ikut panduan. Makin jauh dengan panduan Rasulullah S.A.W

Saturday, January 24, 2015



KUALA TERENGGANU - Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja, 86, mangkat di sebuah pusat perubatan di ibu negara pukul 3.26 petang hari ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda.

Beliau berkata berikutan kemangkatan itu, Terengganu akan berkabung selama 40 hari dan bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula hari ini sehingga 4 Mac.

"Jenazah almarhum dijangka tiba di Kuala Terengganu pukul 10 pagi esok dan akan dibawa ke Istana Maziah sebelum dibawa ke Masjid Abidin untuk solat jenazah serta dikebumikan di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin selepas solat zuhur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata waktu untuk pembesar negara dan negeri serta tetamu kenamaan memberi penghormatan terakhir dijangka bermula 12 tengah hari esok sehingga
pukul 1 tengah hari di Istana Maziah manakala untuk rakyat jelata yang ingin memberi penghormatan terakhir adalah dari 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurutnya Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari luar negara. 

Tengku Ampuan Intan Zaharah berkahwin dengan Seri Paduka Tuanku Ismail Nasiruddin pada 3 April 1944 dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu
pada 6 Jun 1949.

Baginda menjadi Permaisuri Agong dari 1965 sehingga 1970 dan pernah dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7
Februari 1966 selain dianugerahkan Darjah Utama Mahkota Negara pada 6 April tahun yang sama.

Baginda merupakan Penaung Pertubuhan Pandu Puteri Terengganu. - Bernama


Al- Fatihah 

Tengku Ampuan Tua Terengganu mangkat

Thursday, January 22, 2015


YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan Bonus Pendeposit TH 2014 

  • Bonus Tahunan sebanyak 6.25% 

  • Bonus Haji sebanyak 2.0%.


 Syukur Alhamdulillah.

Menabunglah sekarang dengan TABUNG HAJI. Pasti Berbaloi. 


HALAL lagi Toyyiban.


 

Tabung Haji Telah umumkan BONUS tahun 2014

Sunday, January 18, 2015






Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat berikutan beberapa tiga kes kematian dipercayai disebabkan epal yang tercemar oleh jangkitan Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya memetik laporan Bernama.



Apa itu Listeriosis?

Listeriosis adalah jangkitan baketeria boleh menyebabkan kematian dan antara simpton seseorang itu dijangkiti dengan Listeriosis termasuklah demam, sakit kepala yang teruk, loya dan leher tegang.



ni ada sedikit contoh bergambar jenis jenis Epal.

Bersumberkan Berita

Epal Jenis Gala, Granny Smith Disekat Masuk ke Malaysia

Sunday, November 18, 2012

PePerangan kita juga Bermula....

Apa kita boleh buat, kita Malaysia...?

Bangkitlah Islam kata semua... nnt kita tahu bagaimn kita mampu membntu saudara kita....



[Boikot]Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/posts/375094659203013

diperjelaskan di sini, McD diboikot bukan kerana dia syarikat Yahudi (kalaupun dia syarikat Yahudi), tetapi McD diboikot kerana dia menyokong zionis (Israel). Semata-mata kerana seseorang tiru yahudi atau syarikat Yahudi tidak ada kewajaran utk boikot. Begitu juga semua syarikat di USA samada diasaskan oleh bangsa yahudi, yang beragama Kristian atau muslim sekalipun bukan sebab utk kita boikot. Tetapi apabila syarikat-syarikat ini terbukti menyumbang kepada ekonomi Israel (McD menerima anugerah rasmi tahunan dari Israel kerana sokongan yang berterusan kpd ekonomi Israel). Sebab itu tdk ada seruan utk boycott Pizza Hut, Burger King, KFC, Microsoft, Boeing dsbnya kerana syarikat-syarikat ini tdk diketahui membantu israel. Semuga ini juga menjelaskan kedudukan FB.

Kita, Malaysia dan Palestin

Thursday, August 02, 2012



Bulan Ramadhan selalu di alu-alukan bagi umat Islam. Bukan sahaja ia adalah masa untuk menunaikan ibadat puasa tetapi memberi kesempatan untuk meraih sedikit wang lebih di pasar-pasar Ramadhan bagi mereka yang pandai memasak.

Inilah masanya untuk menikmati pelbagai kuih-muih yang tidak mudah didapati pada bulan-bulan lain. Pantai timur tidak dikecualikan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kuih-muih tradisi sudah mula hilang kerana terlalu remeh untuk membuatnya. Kami menyajikan 5 jenis kuih Terengganu digemari ramai yang boleh dijumpai pada bulan Ramadhan.

No. 1- Akok, manis dan lemak, sesuap, maka kirim salamlah pada diet anda. Nasib baik orang-orang pantai timur ni makan lauk singgang yang dikatakan boleh merampingkan badan. Jadi dapatlah mengimbangkan kelemakkan kuih Akok. Akok yang terbaik dibancuh daripada santan perah, telur merah, tepung, gula nipa dan pati pandan. Ini dipukul menjadi bancuhan hijau muda dan kemudian dibakar di atas bara api daripada sabut kelapa. Mesti makan panas-panas!

No. 2- Lompat Tikang- Kuih yang amat cantik, berlapis hijau, putih dan bermakhkota pulut merah jambu. Tetapi perlu dinikmati dengan moderasi. Sum-sum hijau dibawah dibuat daripada tepung beras dan pandan, diatasnya santan masin dan gula nipa. Rasanya lemak-manis dengan kepahitan yang memberi kuih ini dimensi yang unik.

No. 3- Segumpal- Di pantai barat kuih ini lebih dikenali sebagai badak berendam. Ceritanya kuih ini mendapat namanya kerana setiap satu ‘digumpal’ dengan tangan menghasilkan kuih yang bulat dan comel. Ia mempunyai tekstur melekit, luarnya adalah sagu dan dalamnya kacang hijau yang telah dihancurkan. Sebalum dijual ia akan berendam di dalam mandian santan lemak-manis dengan kepedasan rasa halba dan halia.

No. 4- Mek Comey- Di Kelantan kuih popular ini dikenali sebagai Cek Mek Molek. Sayangnya namanya tidak serupa rupa. Lebih senang terserempak kucing bertanduk daripada terjumpa Mek Comey yang betul-betul comel. Rupa parasnya sederhana, lembut dan bewarna coklat keemasan diperbuat daripada adunan ubi kayu. Gigit Mek Comey ini dan cairan gula akan meleleh keluar. Memang betul kuih ni bakkan kuih keria yang diterbalikkan.

No. 5- Lok Lit- Ini memang rekaan Terengganu. Rupanya seiras Buah Gomok dan memang susah dijumpai walaupun di bulan Ramadhan. Ia juga bentuk bulat dibuat daripada kelapa parut, cairan gula nipa dan pulut yang ditumbuk halus. Ini dibulatkan menjadi lebih kurang bentuk bola ping pong. Cara terbaik untuk membuat kuih ini adalah dengan lesung kayu. Jikalau anda bernasib baik, kuih ini memang sesuai dijadikan juadah berbuka.

-------------------------
Artikel oleh FriedChillies.Com. Sejak 1998, FriedChillies.com telah banyak berkongsi tempat makanan best and resipi sedap untuk rakyat siber Malaysia dan dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari FriedChillies.Com

sumber : Yahoo Malaysia

5 kuih popular Terengganu di masa bulan Ramadan

Friday, July 27, 2012


Zaitun Industri Sdn Bhd. Hilangnya jenama Zaitun dan "gunakan tanpa was-was" perlahan-lahan kerana terdedah kearus keterbukaan pasaran dan ingin membesarkan empayar tanpa ada kekuatan sendiri.

syarikat ini disenaraikan di pasaran saham dengan tujuan untuk mengembangkan perniagaan, ramai yang membeliu sahamnya sama ada pihak korporat juga individu.

Colgate yang terancam dengan saingan dari Zaitun mengupah individu-individu untuk membeli saham Zaitun dan akhirnya menguasai sehingga menjadi pemegang saham mejoriti sebanyak 51peratus.

Colgate telah mengambil alih syarikat ini dan hari ini Zaitun "Telah menguasai Dunia"(lupus ditelan gergasi)

Ingatan kepada felda juga. Kita boleh maju dan bangsa melayu boleh maju tetapi sekarang ramai yg kurang sedar kerana langsang tidak mahu ambil tahu selokbelok muslihat ekonomi. dan dalam pasaran terbuka risikonya adalah tinggi. kalu ingin menduga dalamnya lautan, sediakan dulu kelengkapannya..

bukan melarang untuk menyelam tapi sediakan dulu untuk langkah waspada. Wlaupun dikatakan cetek tapi kalau tidak pandai berenang. lemas jugak akhirnya.

Kisah Zaitun dan Colgate

Monday, July 02, 2012

Zakat secara umumnya bermaksud setiap orang Islam yang mempunyai harta yang diwajibkan zakat melebihi syarat yang ditentukan oleh syariat islam, perlu memberikan sebahagian kecil dari hartanya tadi kepada mereka yang layak menerima zakat. Tidak kira samada kita ini seorang ahli perniagaan, usahawan atau hanya seorang pekerja. Sekiranya mempunyai emas dan perak mesti dan diwajibkan membayar zakat emas dan perak.


Sejarah telah membuktikan bahawa emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Emas dan perak telah dijadikan sebagai perhiasan malah sebagai nilai tukaran wang sehingga ke hari ini.
Syariat mewajibkan zakat kedua-duanya, baik emas dan perak dalam bentuk wang atau leburan logam, mahupun dalam bentuk yang lain seperti jongkong, matawang, perkakas atau perhiasan wanita atau rumah.
Wajibnya zakat dijelaskan dalam al-Quran dan balasan orang yang enggan membayar zakat sesungguhnya amatlah pedih. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih, pada hari mereka dibakar di dalam neraka jahanam dan dibakar muka mereka, rusuk dan belakang mereka hanya seraya dikatakan kepadanya inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu”. (Surah At-Taubah ayat 34-35)

Syarat2 wajib zakat emas dan perak

Islam

  • Zakat hanya dikenakan keatas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambil kira untuk zakat.

Merdeka

  • Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Sempurna

  • Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Haul

  • Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Cukup Nisab

  • Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak seseatu harta dikeluarkan. Pendapat para ulamatermasuk Imam Malik, Imam Syafi’e, Imam Hanafi, Imam Hambali, nisab emas adalah 20 dinar atau lebih kurang 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 8000 pada tahun 2009 (bergantung kepada harga semasa emas)
  • Kadar zakat emas ialah satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%).
Riwayat Abu Daud dari sabda Rasullullah s.a.w maksudnya:

“Apabila engkau memiliki 20 dinar (85 gram) dan genap setahun, maka kadar zakatnya setengah dinar dan yang lebih dikenakan kadar yang sama (2.5%)”
  •  Ijmak ulama telah menetapkan kadar nisbah perak pula sebanyak 200 dirham bersamaan 595 gram.

Jenis2 emas yang diwajibkan zakat

Emas yang tidak dipakai

  • Bermaksud emas yang tidak digunakan ayau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Emas yang dipakai

  • Emas samada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahuntidak wajib dikeluarkan zakat keatasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah RM14,118 atau sekitar 150 gram.

Contoh pengiraan zakat emas:

Emas yang disimpan dalam setahun: tidak dipakai jika melebihi nisbah iaitu RM8,000
Nilai Emas disimpan x 2.5%
Contoh: RM8,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 212.50
Emas yang dipakai : jika melebihi uruf iaitu 150 gram
(Berat emas dipakai - uruf) x Harga semasa (1 gram) x 2.5%
Contoh: 200 gram - 150 gram = 500 50 gram
500 gram x RM94.12 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 117.65

Contoh pengiraan zakat perak

Berat barangan perak x Harga semasa perak (1 gram) x 2.5%
1,000 gram perak (lebih 595 gram daripada nisab)
1,000 gram x 0.62 x 2.5% = RM15.50
Emas dan perak yang dipajak di Ar-Rahnu tidak dikenakan zakat. Sebaliknya jika emas itu digadai dalam masa kurang setahun dan menebus semula dalam tahun haul yang sama maka dikenakan zakat.

##search Zakat
http://www.e-zakat.com.my

Zakat Emas : Syarat dan lengkapan

Wednesday, December 28, 2011

Google releases Malaysia's top searches 2011

KUALA LUMPUR (Dec 7, 2011): Google is releasing today its annual Zeitgeist lists for Malaysia: this year’s hottest selection of search terms on google.com.my. The lists offer a unique glimpse through the collective eyes of Malaysian searchers into the big events, memorable moments and emerging trends that captivated the nation throughout this year.

Like search n u know what u search?

DONT shy to use "PAKCIK Google"..I like This..

Fastest rising searches
1. Facebook
2. Angry Birds
3. Maharaja Lawak
4. iPhone 5
5. Samsung Galaxy
6. iPad2
7. Jawatan kosong
8. Android
9. Tonton
10.Aishiteru

Fastest rising people
1. Bruno Mars
2. Hana Tajima
3. Cikgu Shida
4. Avril Lavigne
5. Anwar Ibrahim
6. Fatin Liyana
7. Justin Bieber
8. Rihanna
9. Ustaz Kazim
10.Hanis Zalikha

Top news stories
1. ipad 2
2. Malaysian grand prix
3. Kennedy space center
4. Kentucky derby
5. Japan nuclear crisis
6. MTV movie awards
7. Michael Jackson funeral
8. Malaysian open
9. Thailand flood
10.Malaysia budget 2012

Top image searches
1. Justin Bieber
2. Background designs
3. Fixie bike
4. Domo Kun
5. Monster energy
6. Supra shoes
7. Jules Verne
8. Smiley face
9. Kartun muslimah
10.Chelsea Olivia

Top ‘what is...’ searches
1. what is bersih
2. what is g6
3. what is ppvrip
4. what is ipad
5. what are words
6. what is jailbreak
7. what is android
8. what is lmao
9. what is hacking
10.what is information

Top TV shows
1. ANTM
2. x factor usa
3. american idol 2011
4. amazing race 18
5. tvb drama 2011
6. nagamma serial
7. supernatural
8. bones season 7
9. Al Jazeera
10.My Princess

Top international travel destinations
1. Kowloon/Hong Kong
2. Su Mei Island, Thailand
3. Phuket Island
4. Bangkok
5. Maldives
6. Disneyland Hong Kong
7. Taipei
8. Paris Disneyland
9. New York
10.Caribbean

Top blogs
1. Blog Serius
2. Beautifunara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari ngeri
8. Malaymoviesfull
9. My Resipi
10.IniBelogSaya

“Most popular” indicates search terms that are most frequently searched, while “fastest rising” queries are the search terms that have seen the largest increase in search volume over the year.

Source : TheSun

Kami tunggu Ust Azhar Idrus masuk carta Top 10..see 2012



[Google] Most popular and fastest-rising searches for 2011

Tuesday, December 27, 2011



Sekarang bru nk keluar berita2 ombak besar menghakis pantai kt Dungun. Org dh sampai New York tp dia bru kejut tido! Rasenya dh ramai yg tahu sebelum berita2 ni riuh kat media massa. "Hakikatnya media bukan untuk kita. "

Projek dh tender tp lambat buat keje. Patutlah ramai yg angin. lembab bertindak. Papan tanda dh naik tp masalah mentaliti sbhgn dr kita, jadilah cmni. projek xsiap... you kate "lagi byk projek lagi masyuk."

KAKI PROJEK...

Ramai dh manusia yg ccelik tp sengaja pakai spek Hitam siang2 ari.. duk jaga banglo sendiri je.


G@mb@r2 sekitar Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun

ni gamb@r 12 Disember, 2011







ni pulak Pada 26 Disember 2011






Sumber Gambar dari BuletinOnline

[Gambar] Lambat bertindak dan byk Masyuk

Monday, December 26, 2011

Alhamdulillah, sehingga kini telah ramai artis Malaysia yang telah mendapat hidayah dan berubah ke arah yang lebih Islamik dan memberi ketenangan kepada siapa yang melihatnya. Hidayah adalah milik Allah jua, dan bila-bila masa saja Dia boleh kurniakan kepada hamba-hambaNya.

Berikut saya kumpulkan setakat yang saya dapat artis-artis yang berkenaan. Semoga akan ramai lagi artis yang akan menurut jejak langkah mereka nanti, agar kita semua mendapat kebaikan dan manfaat darinya. Lagi pun artis sangat berpengaruh kepada masyarakat. Jika artis tidak mengambil peluang untuk berdakwah ke jalan yang benar, maka sayang seribu kali sayang lah kerana peluangnya amat terbuka luas.

1 - Ustaz Akhil Hayy


Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia iaitu D'Riyadh.

Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran 'Ustaz Rock' kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.




2 - Azmil Mustafa


Azmil Mustafa adalah seorang pelakon Melayu lelaki yang menjadi fenomena pada lewat tahun 80-an. Antara filem-filem yang yang melonjakkan nama beliau seperti Ali Setan (1985) dan Ali Setan 2. Filem-filem lain beliau seperti Mekanik (1983), Iman Alone (1998), Fifty/Fifty (1991).

Namun kini beliau telah bersara dari dunia lakonan dan lebih menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah-ceramah agama.

"Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah.

Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya.

Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu."

3 - Noorkumalasari


Noor Kumalasari lahir pada tahun 1956 di Singapura. Beliau merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang terkenal pada 1970-an dan 1980-an.

Noorkumalasari merupakan anak kepada S. Roomai Noor dan Datin Hajjah Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.

Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut mengacara, antaranya Anugerah Juara Lagu 1987.

"Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang target untuk berubah. Bila saya bercerai dan tiga tahun menjanda, sembahyang pun bukan semua waktu... Noor berdoa, kalau ada jodoh lagi Noor nak seorang suami yang dapat membantu Noor dekatkan diri dengan Allah.

"Alhamdulillah lepas 3 tahun jumpa suami sekarang... dia dulu moden juga... apa yang (saya) minta Allah makbul..." cerita NoorKumalasari kepada Damaitv.

4 - Aishah


Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand.

Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Kumpulan itu popular dengan lagu-lagu seperti 'Call me' , 'Sensation' , 'Paradise' dan beberapa lagi.

Aishah telah berpecah dengan kumpulan Fan Club pada tahun 1992 dan seterusnya menjadi penyanyi solo.

Aishah telah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 30hb April 2010. Pasangan ini telah bernikah di Narathiwat, Thailand.

5 - Mel (Wings)


Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu.

Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial.

Baru-baru ini Mel muncul dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya. Kata Mel, dia menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana dia pernah bersama Wings satu waktu dulu. Namun kata Mel ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Dia selesa dengan kehidupan sekarang.

Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan. [mStar - 7 Mei 2011]



6 - Wardina


Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot lahir 5 Jun 1979 di Kuala Lumpur, ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja.

Wardina mempunyai darah campuran Australia oleh bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya. Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.



7 - Ashraf Muslim


Ashraf Muslim dilahirkan pada 19 September 1981, di Teluk Emas, Melaka. Beliau merupakan anak pertama dari 7 orang adik beradik.
Ashraf merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi filem 'Aku Masih Dara', dan drama-drama tempatan seperti Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Puaka Niang Rapik, Ustaz Amirul dan beberapa lagi.

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional bersama Ustaz Lokman Abdul Hamid, iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak , Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.


8 - Bob Lokman


Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman berasal dari Kubang Krian, Kelantan. Lahir pada tahun 1964 dan kemudian bersekolah dan menetap di Selangor.

Beliau merupakan seorang penulis lirik, pencipta lagu, pengurus artis dan kumpulan muzik, pelawak dan juga pelakon. Pernah menjadi Penulis Lirik Terbaik di Anugerah Juara Lagu TV3 tahun 1989 bagi lagu Isabella yang dinyanyikan oleh kumpulan Search.

Beliau kini telah menyertai parti PAS dan bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah dan juga politik. Beliau juga masih tidak menolak jika ada tawaran berlakon, tetapi akan memilih watak yang sesuai dengan dirinya sekarang.

Bob merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali (1870 - 1933). Menurut beliau, kematian rakan seni secara mengejut membuatkan dirinya semakin mahu mendekati dan mentaati Allah.

“Sebelum ini saya kaya, pendapatan 30 ribu hingga 50 ribu sebulan hasil perniagaan tetapi kekayaan itu tidak memberi ketenangan dan ketenteraman kepada saya. Kemudian saya jatuh, kejatuhan pertama menjadikan saya lupa dunia,” akuinya jujur.

Kemudian beliau kembali dilimpahi kekayaan yang berganda namun kekayaan itu membuatkan isterinya lari dan dirinya mengalami masalah tulang belakang hingga lumpuh selama lapan bulan.

“Kekayaan waktu itu tidak menjamin kebahagiaan kepada saya hingga isteri lari dan saya mengalami lumpuh. Kejatuhan kali kedua ini membuatkan semangat saya bertambah kuat dan saya lebih mendekati Allah walaupun ketika itu pendapatan saya tidak ada langsung.


“Saya tahu semua itu adalah atas kehendak Allah, ada masanya dia beri dan ada masanya dia tarik, saya redha atas apa yang berlaku. Bagaimana pun saya tetap akan berusaha mencari rezeki yang bersesuaian dengan diri saya,” katanya.

“Saya tidak tahu bila akan mati tetapi dapat rasai umur tidak panjang kerana sudah dua kali sepatutnya mati akibat serangan jantung tetapi Allah masih memberi peluang, panjangkan umurkan saya.

“Saya mahu mati dalam Islam, tidak mahu mati dalam keadaan leka mencari wang”, ujarnya yang banyak membaca buku agama, mendengar ceramah dan mendekati golongan agama dan seterusnya menyertai jemaah kerana melalui cara itu beliau akan memperolehi apa yang dikehendaki selama ini.


9 - Iwan


Iwan dangdut sudah menjadi Iwan nasyid
Bagi peminat irama dangdut sekitar 90-an, nama Wan Syahman Wan Yunus, 50, atau lebih dikenali dengan panggilan Iwan Dangdut pastinya menjadi sebutan.

Ingat dangdut, ingat Iwan kerana anak seni kelahiran Aceh, Indonesia ini dikatakan pencetus kebangkitan irama dangdut di Malaysia.

Kejayaannya bersama Amalina membuka laluan kepada irama berkenaan seterusnya kepada kemunculan beberapa penyanyi dangdut seperti Sheeda, Mas Idayu dan Haiza.

Lagu-lagu yang dinyanyikan Iwan seperti Memori Daun Pisang dan Wulan masih diminati sehingga kini.

Namun, semua itu sudah lama ditinggalkan apabila Iwan sudah berhijrah dengan melakukan perubahan dari segi penampilan dan mendalami ilmu agama sejak dua tahun lalu.

Dia mula dengan menyertai tabligh sekitar 2009 diikuti mendalami ilmu agama bersama beberapa ustaz, tetapi cintanya kepada dunia nyanyian tidak pernah padam. [Harian Metro]




10 - Erma Fatima


Fatimah bt Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia.

Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987.

Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau. Filem pertama yang beliau arahkan ialah 'Perempuan Melayu Terakhir' lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan.

Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Arahan terakhir beliau setakat ini adalah filem 'Diva Popular' yang menggandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn.



11 - Sham Kamikaze



Sham Kamikaze dapat hidayah
Shamril Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze adalah bekas pemain gitar utama kumpulan rock Kamikaze.

“Hati saya mula terbuka apabila Allah menemukan saya dengan Imam Satu Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais ketika saya merayau-rayau di utara.

“Orang kata, memang susah untuk orang biasa berjumpa imam besar itu. Sejak itulah, saya percaya ada hikmah tersembunyi yang ingin Allah berikan.

“Syukur saya akhirnya mendapat petunjuk daripada Allah. Sekurang-kurangnya, saya tidak lagi hanyut dengan pelbagai perkara yang melalaikan,” katanya.

“Saya akui, dulu saya jahil. Dengan penampilan memakai subang dan pakaian tidak sopan serta melakukan pelbagai perkara yang menyalahi agama.




12 - Catriona Ross


Catriona Noorhayati Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross @ Cat, adalah seorang pelakon yang berkacukan Melayu dan Scottish.

Tentang pemakaian tudung, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai 2010.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.


Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

“Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. [Harian Metro]


13 - Sheila Rusly


Sheila Rusly merupakan pelakon komedi Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Sheila dilahirkan di Selayang pada 1970, memiliki darah campuran Melayu dan Cina. Dia mula bergiat aktif di persada seni sejak tahun 1986 ketika berusia 16 tahun.

Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.




14 - Seniwati Datuk Sarimah


Datuk Sarimah Ahmad dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang, lebih dikenali sebagai Sarimah dan merupakan artis Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya oleh Allahyarham P. Ramlee.

Beliau diberi pengenalan umum melalui filem Ali Baba Bujang Lapok. Seorang yang cepat bersinar bintangnya. Diantara filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.

Filem-filem lain lakonannya ialah Si Tanggang, Indera Bangsawan, Lubalang Daik, Neracha, Raja Bersiong, Ranjau Sepanjang Jalan, Warna-warna hati, Sepi itu indah, Momok the movie dan sebagainya lagi.

Merupakan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Dia Ibuku pada Festival Filem Malaysia ke-2, 1981.

Semoga makin ramai lagi dan kalau boleh semua artis akan mengikut jejak-jejak yang sangat bagus ini, untuk kebaikan bersama. Biar Malaysia menjadi contoh kepada dunia, mempunyai artis-artis yang islamik dan pandai menutup auratnya, agar masyarakat tidak punah ranah dan bergelumang dengan dosa dengan mendedah tubuh sana-sini, na'uzubillah.

CitraCahaya ##@ Allah akan dekat dengan kita bilamana kita dekat kpdNYA. Bagaimana pula sekiranya kita terus berlari menjauhi Allah s.w.t dan adakah rahmat serta hidayahNYA akan sampai kpd kita disebabkan kita semakin jauh denganNYA?jawpannya semestinya tidak melainkan dengan izinNYA. Wallahua'lam

credit to unikversiti.blogspot.com

Artis-artis Malaysia yang telah berubah dan tampil dengan imej Islamik

Gempar!

Air pasang besar kat Kuala Terengganu mlm td. Ni sedikit gmbr2 yg telah dimuatturun di Facebook. Jika dilihat secara kasarnya, kejadian ini agak luar biasa dan jarang berlaku

Air laut yg pasang di Pantai Batu Buruk naik sehingga melimpah ke jalan sedangkan jalan di pantai Batu Buruk agak jauh dari gigi pantai.

Makin byk perkara2 yg luar biasa sudah berlaku.alamat dan petanda??











Video Air pasang besar blh lihat di Youtube

Di Sini


Allah Maha Mengetahui apa yg hambanya tidak ketahui...

Air Pasang Besar di Kuala Terengganu

Saturday, December 24, 2011

"Tiduri isteri kawan sendiri..
Apa nak jadilah.. Isteri org dan suami org duk buat keje terkutuk..sanggup si suami ni tingalkan isteri yg sarat mengandung n si pempuan ni tipu suami sendiri.

dah terkantoi baru nk merayu =, baru nak menyesal..ish..

Nasi dah jadi bubur,

pepun yg dh tertangkap ni nasiblah xlh buat pe ah tp sebenarnya Allah nk bgth kat org2 luar sana yg masih dan sedang duk buat kerje2 terkutuk tu, Buat-buatlah taubah. Gun@ la saluran baik. Kawen kalu betol caranya.

Jauhi la maksiat, JgN tunggu TerKANTOI. Dh kantoi jangan plk buat2 nk taubat, nak menyesal.. NNt tunggulah masa org gelak kat korg...


GEORGETOWN – “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.


sumber: sinarharian.com.my"

jauhilah benda2 yg durkai Allah...insyallah kita selamat dunia akhirat..

Sanggup tipu suami. tinggal isteri

Thursday, December 22, 2011

Wah hebat jurutera2 PROTON ni. Kreatif dan inovatif…

Udah lama PROTON anjurkan Pertandingan Rekacipta dan Inovasi untuk kakitangannya dan ni lah peluang para jurutera tuk luahkan perasaan mereka kat kereta. ~##balun habes~~

Selama ni merekalah yg duk kerja ikut design syarikat tp kali ni mereka plk buat kereta sendiri.. Terbaik bro..

Dikhabarkan setiap pasukan ada masa Cuma 6 bulan nak siapkan produk diorang tp kene buat luar waktu berkerja la. Tahun ni sebanyak 20 pasukan ambik bahagian dan Tema pertandingan tahun kali ni ‘Compact Car’

kredit tuk blog arenakereta gambar2 ni di ambik kat lokasi pameran diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor sempena Karnival Komuniti Pasir Gudang 2011 yang berlangsung pada tarikh 17 & 18 Disember 2011







































KRe@tif-kreaTif...Tahniah

[Gambar]Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Jurutera2 tunjuk kehebatan