Thursday, August 04, 2011

Iklan TV9 Menghina Islam

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengecam tindakan TV9 menyiarkan Iklan berkenaan Ibadah Sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar Ibadah di dalam Agama Islam. Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seoarang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan Ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Agama Islam. Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat. Ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah S.A.W. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain. Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan Ibadah sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Ialam di dalam Negara ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

03 Ogos 2011

1 comment:

  1. TIADA ISU PUN.......
    OLAHAN IDEA BARU DARI CERITA P.RAMLEE.. MASAM-MASAM MANIS... KENA RUJUK USTAZ JUGAK KAAAA??? CERITA INI BUKAN CERITA SUBJEK PENGETAHUAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 2 SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN MALAYSIA.......

    MORAL CERITA INI IALAH JAGA-JAGAA... JANGAN SAMPAI TERLEPAS SAHUR ANDAA.....

    ReplyDelete