Tuesday, July 26, 2011

Senang hanya kosmetik!

Kehidupan hari ini kelihatannya agak selesa dan dengan pengurusan ekonomi sekarang kita kelihatan juga agak senang. Tetapi janganlah kita bandingkan dengan pengemis yang meminta-minta kerana mereka ini buta akan kesenangan.

Kita selalu diperlihatkan watak luaran sesuatu keadaan tetapi tahukah kita dilain sudut yang mampu digambarkan dengan raut wajah dan usaha gigih bagi mendapatkan sesuatu.

Sejak kebelakangan ini, Dasar ekonomi kita kurang menitik beratkan soal keselesaan hidup disebalik rupa wajah mewah setiap orang. Keselesaan ini hanyalah kosmetik di sudut luaran tetapi buruk di sudut yang sebaliknya.

Kita sedikit tertipu tanpa sedar dengan permainan dunia sekarang yang kebanyakkan kita terlalu mudah untuk ditipu dan tertipu. Keselesaan kita boleh diselingkap dari..

Pinjaman PTPTN yang menjadi bebanan untuk mahasiswa. 20 tahun anak muda perlu menyelesaikan bebanan yang berpuluh ribu ringgit semata-mata untulk mendapatkan sekelumit ilmu untuk dijadikan benteng kebangkitan diri.

Pinjaman kediaman yang terus membelenggu kita selepas menghabiskan urusan keilmuan di Universiti.

Pinjaman Peribadi terpaksa diminta untuk digunakan bukan untuk bermewah tapi semata-mata bagi menampung keperluan hidup yang semakin mencengkam. Pinjaman ini jugak untuk menyelesaikan hutang PTPTN.Inilah yang terpaksa kita tanggung.

Pinjaman kenderaan - Kenapa kita harus memohon pinjaman untuk membeli kereta? Kenderaan kita satu keperluan tidak kira kerata atau motosikal. Dengan kemudahan pengangkutan awam yang masih tidak berubah menyebabkan kenderaan menjadi pilihan pertama. Penyelesaian untuk pengangkutan awam masih ditagih!

Malah bagi anak-anak muda yang berkahwin pun terpaksa menggunakan PINJAMAN untuk melangsungkan perkahwinan. Kebanyakkan kita terlalu egois melihat sebuah perkahwinan dan kebodohan media mengagong-agongkan perkahwinan bangsawan mempengaruhi minda dan budaya kita.

Apa lagi yang boleh kita bersuka dan berseronok dengan kemajuan dan keselesaan kita di Malaysia. Berbagai pinjaman harus kita pinjam bukan kerana kita suka meminjam tetapi dasar dan keperitan yang harus dihadapi di zaman pimpinan golongan elit dan bangsawan sekarang. Kegagalan kerajaan memahami keperitan rakyat menyebabkan rakyat tiada tempat berpayung.

Apa yang boleh kita rasa kita sudah hidup dalam kesenangan?

Kita selalu ditipu oleh elit bangsawan yang setiap hari menghisap keringat orang seperti kita, yang berkerja dan bulan-bulan dapat gaji. Hari-hari juga dimaki dan dihamun dek kerana keegoan elit bangsawan kita.

Apa yang boleh kita harapkan dengan orang yang berkuasa tetapi gagal melindungi orang seperti kita. Adalah gagal kita berfikir sekiranya kita sudah merasa selesan dan berterima kasih kepada kerajaan yang gagal memayungi rakyat daripada ditindas oleh kuasa dan keadaan.

Ketahuilah pabila kubur kita sudah ditutupi dengan semak samu pun belum tentu hutang kita akan langsai.....

0 komen:

Post a Comment