Monday, July 18, 2011

Semoga Allah merahmati YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali

Al-Fatihah..

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi. Jenazah diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat dan Allahyarhamah dikebumikan pada pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

Beliau dilanti sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa selepas menang dalam pilihanraya umum 2008 baru-baru ini. eliau sungguh komited dengan tanggungjawap sebagai wakil rakyat untuk membela rakyat dalam kawasan Titiwangsa.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.
Allahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

sumber malaysiakini dan harakahdaily

0 komen:

Post a Comment