Sunday, July 31, 2011

Selamat menjalani Ibadah Puasa


Bulan Ramadhan adalah bulan umat.. Allah memberikan peluang sebesar-besarnya kepada umat nabi Muhammad s.a.w untuk beribadat dan membuat kebajikan kerana bulan inilah diberikan ganjaran berlipat kali ganda berbanding ibadah pada bulan-bulan lain.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Sesungguhnya amat rugilah umat Nabi Muhammad sekiranya kita tidak merasai apa-apa akan kehadiran bulan besar ini. Maka marilah kita semua beribadat mensucikan diri dari segala doasa dan noda yang telah kita lakukan. Mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha Pengasih.

Ya Allah, aku memohon padaMu untukku ringan untuk mendekatkan diriku padaMu. Lapangkanlah hidupku untuk beribadat dan mendekatkan diriku padaMu pada bulan yang amat besar dengan marfirahMu ini. HambaMu yang kerdil ini mengharap segala hidupku hanya untukMu Ya ALLAH.....

0 komen:

Post a Comment