Friday, July 22, 2011

kuasa pemimpin dan rakyat yang di pimpin

Rakyat terlalu memandang tinggi terhadap para pemimpin sehinggakan sanggup menghampar karpet merah untuk pemimpin mereka. Tidak salah untuk kita memandang tinggi terhadap mereka kerana kitalah yang memilih mereka untuk memimpin kita. Itulah yang dikatakan pemimpin.

Pemimpin datangnya dari kalangan kita untuk menjadi ketua dan sebagai mulut besar kita agar suara kita didengar dengan jelas dan tegas. Sekiranya kita semua bersuara, adakah suara kita didengar? jawapannya tidak kerana suara kita tidak jelas disebabkan kita tidak bersatu untuk menyuarakan sesuatu pendapat serta permasalahan yang kita hadapi.

Para pemimpin inilah yang harus memimpin kita untuk terus ke depan mencipta sesuatu yang baik dan semua orang boleh dapat merasai kebaikan itu. Pemimpin harusklah berkerja kuat dan bertanggungjawap terhadap kuasanya untuk melindungi orang bawahannya yang memilihnya sebagai pemimpin.

Sekiranya pemimpin tersebut gagal menjalankan tugasnya sebagai pelindung kepada majoriti yang memilihnya, maka pemimpin ini sudah tidak layak lagi digelar pemimpin dan sebagai orang bawahan layak untuk memilih orang lain untuk dilantik sebagai pemimpin. Oleh itu semua antara kita layak digelar sebagai pemimpin sekiranya kita berkebolehan menjadi seorang pemimpin dan mendapat sokongan dari majoriti orang.betul bukan?

Seorang pemimpin harus sedar bahawa kuasa yang dimiliki sebagai pemimpin adalah diberi oleh orang bawahan semata-mata melihatkan kepadanya yang boleh memimpin, sekiranya orang itu gagal untuk memberi yang terbaik untuk orang bawahan maka layaklah kiranya orang lain memilih calon lain yang lebih berkelayakan sebagai pemimpin sesuatu kelompok ini.

Oleh itu pemimpin tidak boleh berbangga dengan kuasa yang mereka ada kerana kuasa itu adalah atas pemilihan rakyat. Sedarlah kita bahawa rakyat adalah penentu sesuatu keputusan dan pemimpin jangan tersalah tafsir yang mereka berkuasa setelah diberi kuasa. Walaupun pemimpin berkuasa tetapi rakyat lebih berkuasa atas mereka.

Rakyat pula perlu sedar dari momokan kuasa pemimpin yang rakyat perlu mengikut telunjuk pemimpin walaupun keputusan itu berat disebelah rakyat. Di sinilah penentu kepada minda rakyat agar rakyat boleh berubah dan berkuasa sebagai pembuat keputusan agar anak cucu kita mendapat faedah dari keputusan kita kini.

0 komen:

Post a Comment