Thursday, July 14, 2011

Ini kata Pak Samad

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.
-temubual dilakukan oleh wartawan Malaysiakini

Bagi penulis Malaysia sememangnya diperintah oleh golongan bangsawan yang tidak pernah tahu jerik payah rakyat bawah. Rakyat seharusnya sedar tentang hak-hak sebagai rakyat yang berkuasa.

0 komen:

Post a Comment