Ditengah keributan himpunan bersih, YDPA Agong Sultan Mizan mengambil sikap yang amat prihatin dikala rakyat bangkit menuntut sesuatu yang menjadi hak yang telah termaktub dalam perlembagaan yang memberikan kebebasan kepada rakyat untuk melontarkan rasa hati dengan cara baik tetapi pihak tertentu yang menimbulkan rasa tidak selesa memperbesarkan yang perhimpunan rakyat ini sebagai golongan pengacau yang membuat huru-hara.
Selepas Agong mengeluarkan titah baginda menyeru rakyat berbuat yang terbaik untuk negara ini maka disambut oleh Perdana Menteri yang memberi lampu hijau dengan membuka jalan untuk BERSIH menyuarakan suara.
DS Najib menyeru gabungan ini menggunakan saluran yang lebih baik. “Jika mereka hendak sangat kemukakan memorandum dan sebagainya untuk menunjukkan mereka ‘decent’ dalam demokrasi, pakat baik-baik dengan pihak berkuasa.
“Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan,” katanya.
Itulah seruan DS Najib, lantas seruan ini disambut terus oleh gabungan BERSIH2.0 dan selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, BERSIH memutuskan untuk membuat perhimpunan di Stadium Merdeka.
Kini DS Najib terkejut kerana tanpa disangka-sangka idea yang diutarakan disambut oleh BERSIH2.0 .Mungkin terkejut dengan sambutan yang diberi oleh bersih maka DS Najib memusingkan sedikit nadanya dengan memberi pelbagai syarat untuk diadakan juga perhimpunan ini.
Kerajaan yang dikatakan akan menyediakan stadium untuk perhimpunan ini juga hanyalah bayangan sementara beralaskan percakapan sahaja dan ini diakui selepas berita dilaporkan yang kerajaan belum lagi menetapkan stadium mana yang akan digunakan. Adakan kerajaan akan memberi keputusan selepas 9 Julai ini?
Seterusnya pelbagai pihak dalam kerajaan tidak senada dengan DS Najib dan adakah Najib menggunakan semua kementerian untuk memperbetulkan terkilafnya ucapan yang membenarkan stadium digunakan untuk perhimpunan ini pada ucapan bulanan kerajaan baru-baru ini?
Terbaru pihak perbadanan stadium mengeluarkan keyataan bahawa Pihak- berkenaan perlu dahulu membuat tempahan untuk menggunakan stadium ini. Ini merupakan halangan pertama di pihak BERSIH.
Kini Datuk Rais menghalang pihak bersih menggunakan stadium Merdeka atas alasan keselamatan seperti dijelaskan dalam laporan berita menyebut Kabinet memutuskan tidak membenarkan perhimpunan haram BERSIH Sabtu ini diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara dengan alasan kumpulan berkenaan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) selain faktor keselamatan.
Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata selepas mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara dan nasihat rasmi kerajaan, permohonan kumpulan berkenaan untuk menggunakan stadium terbabit tidak dapat dipertimbangkan.
Mana seruan DS Najib yang membenarkan BERSIH menggunakan stadium untuk Berhimpun? Siapa yang menyambut seruan orang nombor satu negara ini setelah Bersih Bersetuju dengan tidak disangka-sangka oleh DS Najib. Semuanya kini seolah-olah "backup" DS Najib.
Mungkin DS Najib tidak menyangka bersih boleh menerima cadangan beliau menyebabkan beliau berani menawarkan di pihak kerajaan tapi malang sekali BERSIH menerimanya yang membawa satu kejutan terbesar terhadap Najib.
Sebahagian besar rakyat percaya kerajaan akan tetap ingin mengagalkan perhimpunan bersih ini walau dengan apa cara sekalipun dan dengan media yang kerajaan ada akan memusingkan cerita-cerita lain untuk memperbetulkan ucapan dan seruan DS Najib. Juga akan menyalahkan dan memburuk-burukkan BERSIH sehingga kelihatan seKOTOR-KOTORnya.
0 komen:
Post a Comment