Wednesday, June 08, 2011

Mahasiswa perlu bangkit

Kini zaman telah berubah dan corak pemikiran mahasiswa juga perlu berubah. mahasiswa kini memerlukan semangat juang untuk menjadi seorang pejuang kerana dengan keintelektualan mereka boleh merubah corak pemikiran dan pentadbiran masa depan.

Mahasiswa akan gagal memahami kehendak semasa sekiranya mahasiswa masih menganggap mereka seorang pelajar sekolah yang perlu disuap segala hal untuk mereka berfikir dan membuat keputusan.

Mahasiswa adalah manusia yang terdidik dengan baik kerana keilmuannya. Mahasiswa juga berperanan mengubah pemikiran golongan-golongan terdahulu supaya dapat mengajar golongan veteran untuk mengenal erti perjuangan zaman moden supya orang-orang lama tidak lagi dibelenggu oleh sikap dan pemikiran jumud sehinggakan mereka gagal memahami sebuah kehidupan walaupun mereka(orang berusia)di nafikan hak serta ditindas buta-buta oleh pemimpin mereka.

paling penting perlu diingatkan oleh mahasiswa sendiri adalah mahasiswa perlu mendalami erti perjuangan sebelum mengorak langkah ke medan perjuangan. Sekiranya mahasiswa masih gagal erti "mahasiswa" maka tiada makna bagi mahasiswa untuk turun ke medan juang. Ini kerana mahasiswa akan tewas kerana gagal memahami perjuang yang perlu dilaksanakan.

Seharusnya mahasiswa membuka mata melihat ketidakadilan yang terjadi sekarang dan merasa bertanggungjawap untuk mengubah ketidakadilan ini.

MAHASISWA BANGKIT!!

0 komen:

Post a Comment