
Menguruskan perkahwinan anak?
(gambar : DS Najib dan D Rosmah bersama Nooryana Najwa)
Ada yang menulis mengatakan DS Najib ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya iaitu Nooryana Najwa. Adakah benar cerita ini?
Nooryana Najwa, 22, pada 22 Mei lalu menerima ijazah Bachelor of Science in Foreign Science dari Universiti Georgetown, Washington, selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service, universiti berusia 222 tahun itu.
Dari sumber berita menyatakan DS najib dan isteri datin seri Rosmah ke Kazakhstan bagi melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke negara bekas Soviet Union itu. juga adalah bagi memenuhi jemputan Presiden Nursultan Nazarbayev. Perdana Menteri Dan Isteri berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 11.45 pagi semalam iaitu 5 Jun.
Spekulasi ini mengambil laporan dari portal Eurasia yang mengatakan DS Najib bakal mendapat menantu dari negara tersebut iaitu seorang dari golongan bangsawan Kazakhstan bernama Daniyar Nazarbayev.
Adakah benar atau hanyalah mainan politik? hanya datuk seri dan keluarga yang tahu.
0 komen:
Post a Comment