Thursday, June 23, 2011

Bukan perhimpunan je "Haram" tp Baju pun?


Seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur diarahkan untuk tidak menjual baju yang tertera BERSIH dan baju yang berwarna kuning ini oleh pihak berkuasa semalam.

Sumber berita Harakahdaily menyatakan itu adalah suatu "arahan pihak atasan" untuk menghalang baju tersebut di jual. Mungkin seterusnya benda-benda yang berkaitan seperti topi, payung atau kain kepala BERSIH juga akan dihalang dari dijual bagi menaikkan semangat para peserta Perhimpunan BERSIH 9 Julai ini.

Razali menjual pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

p/s Sesuatu yang haram tidak pula haram tapi baju BERSIH, berdosa dijual.? Dimana hak sesuatu yang bersih kita pegang? Rakyat harus bangkit menjadi seorang pejuang.

Polis arah jangan jual baju Bersih

0 komen:

Post a Comment