Saturday, April 30, 2011

Kita mundur kerana Dibuai DONGENGAN kosong



Salam sejahtera buat semua pembaca, Hari ini mungkin semua dalam keadaan kebingungan memandangkan suasana kini membawa kita ke suatu alam yang amat menyedihkan.
Persoalan yang boleh diajukan adalah mengapa kita hari ini seburuk itu dengan membesar-besarkan keaiban orang yang mana mereka adalah seumat dengan kita satu bangsa dengan kita dan satu agama. andai kita membuka pekung kurap di badan orang maka terpalitlah sekali pada diri kita dan umat Melayu islam.

kisah Anwar ibrahim yang di buka semua keaiban dari kisah liwat, agen yahudi, kisah pelacuran yang terpampang di dada akhbar dan dijaja video seks yang dikatakan mirik wajahnya menyebabkan kita berbalah sesama sendiri.

Umat melayu beragama islam menanti2 kisah seterusnya seperti seronoknya kita mendengar gosip2 liar yang belum tentu kesahihannya. Kita selalu dibuai dengan kisah2 seperti ini dari dahulu lagi. dari kisah hang jebat yang dikatakan menderhagai sultan dan cerita mahsuri yang difitnah sehingga dibunuh. Ini sebahagian dosa Melayu.

INi lah Melayu islam kita, gagal membentuk satu budaya yang bertamadun tinggi kerana selalu di buai keagungan Melaka suatu ketika dahulu. Bagi penulis berpeganglah pada keiman dan ketakwaan.

Ingatlah wahai bangsaku, bangsa kita sedang dijajah dengan budaya kotor yang melemahkan kita untuk bangkt dan bersaing. lihatlah bangsa dihadapanmu bagaimana mereka sedang mencari keselesaan ditanah kita yang dahulunya milik kita. mereka merantau dari nun jauh di tanah besar.


kita yang "selesa" di bumi kita tak mampu untuk membina tamadun Melayu AGONG dek kerana kegagalan kita untuk memahami erti perjuangan serta buta dalam mencari kebenaran.

0 komen:

Post a Comment