Khamis , 24/03/2011 - 8 rakyat Palestin termasuk dua kanak-kanak dan seorang warga tua telah dibunuh dan sekurang-kurangnya 11 yang lain tercedera apabila IOF mengebom sebuah kediaman di timur Gaza pada petang Selasa diikuti oleh satu serangan udara.
IOF melancarkan sekurang-kurangnya 5 tembakan ke arah rumah Fayek Al-Hillu di Jalan Nazaz timur Gaza, menyebabkan kematian 4 orang dan mencederakan 10 penghuni rumah tersebut dan sekitarnya, sumber tempatan memberitahu wakil Pusat Maklumat Palestin (PIC).
Ambulans dikejarkan ke tempat kejadian, sumber tersebut memberitahu. Sumber itu menambah, ia melibatkan kecederaan yang serius.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati
Bangkitlah Ummah!! ISLAM pasti Cemerlang
0 komen:
Post a Comment