Saturday, February 05, 2011

Suara Mahasiswa perlu diDENGAR

Selasai sahaja solat Jumaat, badan-badan bukan kerajaan serta beribu umat islam Khususnya mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokong rakyat malaysia terhadap kebangkitan rakyat Mesir yang sekarang ini menjadi isu dan titik permulaan kebangkitan rakyat seluruhnya.

Perarakan ini bermula dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Peserta dan badan-badan NGO membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Turut serta dalam himpunan ini ialah golongan Mahasiswa mewakili golongan muda yang berfikiran lebih terbuka dan berjiwa kental.
Seharusnya seluruh gerakan mahasiswa bersatu membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak-hak rakyat supaya tidak dijadikan patung kepada golongan pemimpin-pimimpin yang zalim seperti di Mesir sejak dahulu. Mahasiswa perlu ke depan membincangkan soal-soal negara dan dunia seluruhnya, dan bukan sekadar belajar di bilik kuliah semata-mata. Golongan inilah yang akan mencorak masa depan negara agar rakyat lebih terbela dan hidup dalam kemakmuran.

Syabas untuk Mahasiswa yang bangkit memperjuangkan nilai-nilai kemanusia sejagat dan harapan rakyat Malaysia agar lebih ramai Mahasiswa bangkit menjadi pembela.
Syabas GAMIS dan NGO mahasiswa lain.

0 komen:

Post a Comment