Tuesday, February 15, 2011

30Peratus : Kisah duka Saham Carrefour-Bumiputra Menangis


Kes Mahkamah

Pindahan saham Hartajaya Harmoni sah


2011/02/15
MAHKAMAH Persekutuan semalam memutuskan bahawa pemindahan 30 peratus kepentingan saham milik Hartajaya Harmoni Sdn Bhd dalam Magnificient Diagraph Sdn Bhd, iaitu pengendali Carrefour Malaysia, kepada Carrefour Netherlands BV sebagai sah.

Keputusan itu sekali gus menjadikan pengendali pasar raya besar Carrefour Malaysia itu 100 peratus milik syarikat berpangkalan di Belanda itu.
Carrefour Netherlands BV adalah anak syarikat kepada syarikat Perancis, Carrefour SA.
Mahkamah Persekutuan juga menolak permohonan injunksi oleh Hartajaya bagi menghalang saham terbabit dipindahkan sementara menanti keputusan tuntutan penindasan yang dibuat Hartajaya di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Petisyen Hartajaya itu ditolak mahkamah dengan kos RM30,000 dibayar Hartajaya kepada Carrefour.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan pemindahan 30 kepentingan Bumiputera dalam Carrefour Malaysia sudah dilaksanakan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Februari lalu.

Hartajaya dikuasai bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Aziz Shamsuddin, manakala Magnificient Diagraph adalah pengendali perniagaan runcit pasar raya besar Carrefour di Malaysia dan Singapura.
Tuntutan penindasan yang dibuat Hartajaya di bawah Seksyen 181 Akta Syarikat memperuntukkan pemegang saham boleh mendapatkan keadilan jika mereka tidak perlakukan secara adil.


Sementara itu Hartajaya dalam satu kenyataannya semalam, mendakwa struktur ekuiti baru itu melanggar syarat lesen pasar raya besar Carrefour yang diluluskan seperti ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna (PDNKK) sebelum ini.

Pegawai kementerian itu bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

sumber : Bharian Ekonomi

p/a : Apa kata Bumiputera, Orang2 kitalah yang ramai menderma ke pasaraya besar carrefour tapi apa yang kita dapat? semuanya dah kembali ke Carrefour Belanda. Negara kita tak nampak dijajah tapi ekonomi dah terjajah pun. semua dah dikaut kene bawak lari. Siapa yang terpaksa tanggung jatuhnya ekonomi kita?Kita tak buta tetapi tak nampak kita diJAJAH.

jangan kita lupa media sedang memperbodohkan kita kerana pemimpin pandai bermain dengan kata-kata.

MALAYSIA tidak perlu bimbang dengan harga tinggi barangan penting seperti makanan dan minyak, jika ia berjaya beralih kepada sebuah negara dengan ekonomi bernilai tinggi dan dari negara berpendapatan sederhana ke negara berpendapatan tinggi.


1 comment:

  1. ni cita copy paper ka??

    http://www.contengcorner.com/2011/02/kepenatan.html

    ReplyDelete