Thursday, January 13, 2011

Surat aduan Pembaca : Surau UM sempit, tiada elektrik

2011/01/13
KETIKA menuntut peringkat ijazah dan sarjana, tempat yang menjadi pilihan di Universiti Malaya (UM) ialah Perpustakaan Utama yang memberi banyak kemudahan dan keselesaan.

Bagaimanapun, apabila menjejakkan kaki untuk menyambung pelajaran peringkat kedoktoran, saya mendapat dua kejutan. Pertama, banyak perubahan dari segi penggunaan komputer dan buku di sana. Saya tidak ada masalah, malah bangga sebagai warga universiti terulung negara, kemantapan prasarana komputer dan bidang keilmuan semakin baik.
Kejutan kedua, surau di tingkat bawah sudah tiada. Saya faham apabila penambahbaikan perlu dibuat dan saya diberitahu surau kini di tingkat empat, aras paling atas.
Alangkah sedihnya saya baru-baru ini untuk menunaikan solat Zuhur, surau itu tidak ada elektrik. Atas apa alasan sekali pun, saya musykil kerana surau itu amat kecil dan hanya boleh menempatkan tidak sampai 10 jemaah.

Kami berjemaah disuluh lampu kecil telefon bimbit kepunyaan seorang penuntut antarabangsa.

PHA2011,
Kuala Lumpur.

copy n paste; BHarian online(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SurauUMsempit_tiadaelektrik/Article)

0 komen:

Post a Comment