Saturday, November 27, 2010

Sedikit Untuk Wanita, juga Buat Para Isteri

Pergaulan dan layanan mesra merupakan satu element yang sangat penting dalam hubungan suami isteri sama ada dalam perkahwinan biasa atau perkahwinan misyar. Ini kerana di dalam al-Quran awal-awal lagi telah menjelaskan perkara ini dengan perintah suruhan yang mana membawa kepada tindakan wajib kepada para suami supaya bergaul dan melayani isteri dengna cara yang baik.

Tambahan pula, sikap dan amalan memberi layanan yang mesra kepada isteri ini telahpun ditunjukkan oleh Rasulullah, malah dianggap sempurna iman seseorang jika memiliki akhlak yang baik, bermesra serta berlemah-lembut dengan ahli keluarga sebagaiman sabda rasulullah:

“Sesempurnanya iman seseorang mukmin itu ialah yang baik akhlaknya dan yang berlemah lembut kepada ahli keluarganya”.



Sehubungan dengan itu, Rasulullah sendiri sebagai seorang suami memberi tunjuk ajar secara psikologi bagaimana membimbing dan bergaul dengan isteri serta memahami sifat dan tabiat seseorang wanita. Justera itu, penganiayaan terhadap isteri sama ada secara mental, dan fizikal memang dilarang di dalam islam.

Oleh yang demikian, perlindungan yang khusus terhadap isteri telah diperuntukkan di dalam undang-undang Keluarga Islam apabila hukuman atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kombonasi hukuman kedua-duanya jika seseorang itu, menganiayai isterinya atau menipu harta isterinya. Peruntukan ini adalah terpakai bagi semua wanita sama ada dalam perkahwinan biasa atau perkahwinan misyar. Ini bermaksud, isteri-isteri misyar juga boleh membuat tuntutan atau aduan di bawah tuntutan ini sekiranya berlaku penganiayaan terhadapnya.

Disamping itu, dalam konteks remidi isteri yang dianiaya oleh suami, undang-undang keluarga islam di Malaysia melindungi isteri dengan memberi kuasa kepada mahkamah Syariah mengeluarkan perintah perlindungan interim iaitu memerintahkan seseorang itu, menahan dirinya daripada menggangu atau menceroboh dengan apa cara ke atas mana-man pihak dalm sesebuah perkahwinan. Kemungkiran mematuhi perintah tersebut boleh dikenakan hukuman sebagai ssuatu penghinaan terhadap mahkamah.

Selain daripada menyakiti atau melakukan penganiayaaan terhadap isteri, undang-undang keluarga islam juga memberi penyelesaian kepada isteri misyar untuk menuntut pembubaran perkahwinan di mahkamah apabila suami gagal melayani isteri, enggan melaakukan hubungan kelamin dengan isterinya, serta. gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah batin tanpa sebab yang munasabah . Ini kerana di dalam perkahwinan misyar isteri hanya menggugurkaan hak-haknya dalam mendapatkan nafkah batin sahaja.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Bersumber daripada aisyah: ‘wanita yang paling aku senangi adalah Saudah . Aku ingin sekali menjadi seperti dia. Ia adalah seorang yang cukup tabah hatinya,’ketika sudah tua, saudah memberikan giliran harinya bersama rasulullah kepada Aisyah. Kata Saudah: “ Wahai Rasulullah, Aku berikan giliran hariku kepada Aisyah. Jadi rasulullah harus berikan waktu kepada Aisyah selama 2 hari, sehari dari gilirannya sendiri dan sehari lagi dari giliran pemberian saudah.

.

0 komen:

Post a Comment